Membebel Pada Diary



A: Rasa Nak Membebel Macam Ni..
Tapi tak boleh lah rasa..kena juga bersopan..
B: Membebel macam mana tu?
A: Macam ni..

Orang yang suka pilih jahat memang suka dengar ni...
Sebab dia tak boleh dikata..dinasihat...
Akan ‘jawab’ kita balik..
Biasalah kalau adanya sifat takkabur seperti iblis!.
Mana lah mahu kalah..
Dia rasa paling benar dan hebat!
Tapi kalau dia jadi taat dan merendah..
Selepas dinasihat..
Dia dengar dia tak marah!
Dia insaf dan berubah..
..dialah orang yang paling baik!
Orang yang kuat kerana sabar!

Nak kata...
Orang yang suka pilih jahat ni..kan!
(tak label orang jahat)
Dia pilih jadi jahat bukan ada siapa pun yang jahat pada dia..
..dia sendiri yang suka pilih macam tu…
Bukan semestinya sebab jahil tak tau apa!

Jangan ingat.
Disakiti dizalimi tu syarat diri nak buat zalim kepada sesiapa..
Disakiti dizalimi bukan syarat diri nak buat zalim kepada sesiapa..
Kita ada matlamat dan pendirian kita sendiri.
Untuk tak membalas..!

Bukan X mampu jadi jahat.
Bukan X mampu pilih jahat...

Hanya sanya tak nak jadi bodoh!..

Tahu jadi jahat tu benda bodoh..
membuat Allah murka..duduk dalam neraka..
..buat apa kita nak pilih bodoh!!?

Orang jahat..
Kalau terdesak...
Taik pun berguna bagi dia...
Kalau tak berguna bagi dia..
Itu lah taik bagi dia..

Siapa hairan..
Orang yang sengaja nak menempah ke neraka??
Dia ingat dengan ikut perangai jahat syaitan tu dia dah selamat..
Kata Nabi,
Siapa yang berusaha buruk..
Buruklah untuk dirinya sendiri..
Siapa yang berusaha baik..
Baik untuk dirinya sendiri...

Fikir lah buruk baik diri sendiri dan perbetulkan!!!!
Jangan sibuk baik buruk orang lain!!!
Sampai naik dengki dengan orang berbuat baik!!
Apa yang dapat dengan menjatuhkan??
Cukuplah diri sendiri yang dah jatuh!!

Ni...
Bukan masa nak berfoya2..
Yang tua tak merasakan diri dah tua..
Yang muda merasakan diri dah tua..
Masing2 bagai celaru dengan status masing2.
Adanya fitnah yang bermaharajalela..
Jahat menjahati yang semakin tak bersempadan..
Kita bukan berada di zaman..
yang susah mendapatkan ilmu..
Namun dengan kemudahan yang ada
..menjadikan kita tak bersyukur tersungkur tetap memilih bodoh dan mengabaikan yang fardhu!!
Hasbunallahuwanikmalwakil!!

Bangkit lah solat!!
Dirikan tiang yang dah roboh...
Bendung lah kejahatan diri..
Tukarlah matlamat merobohkan menjadi membina!!
Bukan lagi menghina dan mencaci 'merasa diri dah suci'..
Sindiran 'merasa amalan diri dah diterima'..
..terhadap mereka yang memberi peringatan..
Menjadi pembina itu mencari redha Allah..
Kerana redha Allah itulah tiket kita ke syurga..sana nanti.

Allahuakbar!.

A: Terima kasih kerana sudi dengar bebel saya
Jangan cerita kat orang lain taw bebel saya..
Contoh je. Dah nama pun diary!
B: Saya diary??

Assalamualaikum.. wbt