Damailah Orang Yang Tak Puas Hati..Orang Yang Stress


Saya cuma nak tulis sesuatu nasihat,

Jikalau kiasannya sukar difahami dan buat geli hati..

Perlukah 24 jam..?

 .......

Orang yang tak puas hati dengan kita..

Memang tak kan berhenti dari tak puas hatinya..kalau dia sakit mental!

Sakit mental bukanlah gila.

Cuma ada luka seperti di tubuh saja..

Namun ia masih boleh bergerak dan beroperasi..


Akhir zaman ni,

Ramai orang sakit mental..

Selagi ada namanya stress..

Ujian tak semestinya menyebabkan stress..

Tapi stress itu adalah asbab daripada ujian.

Kerana jua adanya..

Hasutan demi hasutan daripada syaitan yang tak pernah mati..

Hasutnya yang tak pernah mati..

Diri dan generasinya juga dalam perjanjian dengan Allah yang tak mati-mati!..

Semakin melambak-lambak..

Sejak zaman sebelum Nabi Adam hinggalah hari kiamat nanti.

Kerana itulah mengapa dunia ini semkain penuh dengan kejahatan..

Kerana semakin padat dan semak dengan syaitan2..yang tak mati2!

Hasbunallahuwanikmalwakil..

Cuba lah bayangkan jika kita manusia ni yang begitu..

Tak mati2 hingga usia beribu tahun!..

Muatkah dunia? 

Jika kita pun dijanjikan bila ditiup sangkakala baru kan mati..

Pastilah dunia terlalu padat..dan berlaga, 

..kerana kita bukanlah spisis ghaib yang boleh tembus seandai berlaga!

..dan kerana itu mungkin kenapa kita ada limit!

Jadi bagaimana pula dengan syaitan..?

Mereka boleh hidup lama..

..kerananya mereka itu ghaib dan boleh tembus..

Mereka boleh tembus,

..yang apabila tubuh mereka bertembung sesama mereka..

Tubuh mereka itu tembus..apabila berlaga..

Kerana itu mereka layak untuk tak mati2..

Jika tak faham2 lagi!

Wallahu a'lam.

Namun hakikatnya mereka tetap dijadikan asbab ujian buat kita.


Merenung sejenak kehendak kita yang tak pernah puas hati.

Sedarlah..

Tiada siapa yang mampu puaskan hati sesiapa!

Hanya Allah yang boleh puaskan hati hambaNya.

Kerana itu jika diri kita tak puas hati hingga menyiksa orang lain,

..belajar lah muhasabah diri dan redha di atas kehendak kita yang terlalu memaksa..

Sedang setiap sesuatu itu..

Bukan lah semestinya tertulis seseorang itu bakal mendapat rezeki ujian sedemikian..

Kerana kita sendiri jua tak pernah faham..

Setiap sesuatu itu adalah ujian dari Allah..

Kita nak dia begitu begini beerti kita nak dia mengharungi sesuatu ujian dari Allah,

Sedang jika ia bukan tertulis kehendak Allah nak menguji atau memberi ujian itu padanya...

Kita tak kan mampu memaksanya untuk mengambil tindakan..

Sedang Allah swt tak memberinya kemampuan,

Dan Allah sekadar nak uji cara kita hadapi ujian..

Apa yang kita patut lakukan mungkin hanyalah beri sesuatu kata peringatan atau teguran,

Sedang kita jua tak faham bahawa ujian itu adalah rezeki..

..di dalam ujian ada pahala jika kita hadapinya dengan sabar! 

Jadi jika bukan kehendak Allah untuk sesiapa pun dapat rezeki ujian tersebut,

Aka bukan kehendak Allah untuk ujian itu dia mendapatnya..

..maka itu bukan rezeki buat dia..

Buat apa kita nak terlalu memaksa?

Dan menyimpan rasa tak puas hati..

Sampai bila2..

Cukuplah sampai bila2..

Tukarlah kepada di sini!

Cukup sampai di sini!

Rasa buruk yang hadir dari kesan mengharap!

Jadilah orang yang cepat sejuk hati dan reda!

Bila sudah reda..habislah cuma di situ!

Usah dibawa2 lagi ke hadapan..

Untuk dijadikan topik perbualan dan remeh meremeh..

Hina menghina apabila terdorong sakit hati lagi dek merasa lebih bagus, lebih mampu!

Atau merasa ingin berbuat jahat lagi!

Tak penatkah tenggelam dalam sakit hati, sombong dan benci?

Kasihanlah pada diri sendiri dan kepada sesiapa yang menjadi mangsa oleh sikap buruk kita!


Hati2 lah dengan dosa jariyah..

Dengan sikap buruk kita yang boleh tercontohi kepada orang lain..

Dosa kan tetap berlangsung walau setelah ajal kita..

Seperti pahala.

Yang jika diamalkan oleh orang yang kita ajarkan sesuatu ilmu yang bermanfaat jua,  

Ia tetap mengalir selagi mana seseorang itu mengamalkan..

Walhal belum pun pupus nikmat2 kebaikan di dunia ini untuk kita pilih..

Kenapakah kita terpuruk hanya memilih keburukan iaitu tetap menuntut sesuatu yang memuaskan hati dengan cara yang salah!?

Mungkin kita lah yang terlalu ingin berkuasa..

Sehingga kalau boleh hingga ke kelompok makhluk di alam ghaib pun kita ingin berkuasa atas mereka.

Kerana itu sukar untuk terima hakikat diri menjadi orang yang tak mampu berkuasa dan menguasai!

Kita rasa gagal..

Maka itu merasa tak puas hati tak pernah henti2..

Kenapa kita tak pernah ingin cari di mana silapnya?

Kenapa yang kita ingin cari..'biarpun diri sakit dan terpuruk buruk sikap..

asal berkuasa!!?'

Allahuakbar!

Bukankah itu sombong dan takkabur?!

Rasa diri hebat namun biarpun jahat!

Megah dengan menunduki dalam lisan dan pandangan yang menyakiti..

Sedang tahu di setiap hati yang ada kesombongan..

Nerakalah tempatnya!

Waliyazubillah..


Sama2 lah kita berubah di lewat usia ini,

Hentikanlah gemarkan kuasa dalam persaingan yang diwujudkan atas dasar hasad dan menjatuhkan!

Serta tidak kepuasan hati yang wujud kerana ketidakmampuan mereka menjadi seperti yang kita mahu..

Sama ada kemahuan itu baik atau buruk..

Lalu diganggu gugat dengan sikap buruk kita..

Waliyazubullah..

Perlakukanlah sesiapapun dengan sebaiknya,

Walau kemahuan kita sendiri tertolak!

Ingatlah pada,

Malaikat raqib atid yang sedang menulis..

Dan dengan kita yang tak kan dihitung amal pahala selagi tidak mencari damai dengan sesiapa yang kita sakiti... 

Apa yang kita perlu kejar hanyalah redha Allah..

Tanpa kita menyakiti hati sesiapa pun..

Bukan kejar redha Allah sementara kita fikir tak perlu jaga hati sesiapa pun..

Kerana menganggap tak perlukan redha manusia..

Dalam hal agama..

Kita nasihat dan buat teguran pada orang yang ingkar kepada Allah,

Dan mereka tidak redha kepada kita itu serah pada Allah,

Kita tak berdosa..

Tapi jika sebaliknya,

Kita saja menyakitinya bukan tujuan untuk menasihatinya,

Kita wajib menjaga redhanya, menjaga hubungan dengannya,

..demi untuk menjaga redha Allah.

Dan ingatlah juga! 

Bukan berbuat baik tertentu kepada orang yang kita perlukan cuma..tapi kepada semua,

Sedangkan berbuat baik itu ibadah.. 

Dan setiap masa yang berlangsung di dunia ini..dalam kita sedang diuji..

Dunia pentas ujian!

Hati-hatilah...dengan dosa sesama manusia..