..tutur kata kita tu buruk..
Kita bukanlah semuanya sempurna,
Kita ada dan boleh terbuat kesilapan,
Antara banyak-banyak kesilapan yang kita terbuat.
Pasti akan ada cara penyelesaian atau tindakan salah dari orang lain pada kita
...dalam membuat teguran.
Kita tegur itu suatu yang bagus menampakkan kita sebagai seorang yang prihatin,
Tapi cara kita tegur tu pula salah,
Kita maki-maki orang yang buat salah,
KIta ejek-mengejek dan ajak berdebat kata di media sosial..
Kata Nabi,
'Orang Islam bercakaran sesama Islam itu tak ubah seperti syaitan bercakaran sesama syaitan,'
Setiap kata-kata yang digunakan tidak beradab tak mencerminkan diri seorang islam sejati..
Paling teruk cara teguran kita ialah melalui sihir.
Dia tak tegur dengan mulut..
Nasihat pun tidak,
Dia diam je..
Sebab dia tak suka menasihat,
Bagaimana dia nak suka menasihat,
Dia sendiri pun tak suka dinasihat..
Akhirnya dia pun terus bom je..
Ala-ala rasa diri suci tak pernah buat silap,
Hasbunallahuwanikmalwakil!
Walhal sikap buruk pada dia lagi banyak,
Dia tak nak renungkan salah silap diri dia..
Sebab orang tu tak kenal dia maka dia rasa dia selamatlah,,
Jangan lupa Allah yang Maha melihat segalanya,
Juga tentera Allah yang mencatit amal baik buruk berada di kanan kiri bahu kita,
Yang suatu masa akan didedahkan dan dipersoal,
Yang sebenarnya kita tegur atau tunjuk amarah kita..
...bukan kita fikir dosa sangat pun,
Kita fikir kita benar je,
Kita nampak salah silap orang,
Kita tak puas hati,
Kita jahati orang bagai rasa ilmu dah penuh di dada,
Dengan alasan orang tu ni tak betul..
Itu yang Allah murka,
Sifat rasa diri mulia, rendah-rendahkan orang lain, rasa diri lebih baik dan rasa diri suci,
Itu adalah sifat sombong..
Sifat yang hanya Allah SWT je yang boleh ada.
Kita kata orang lain sombong,
Walhal kita lah yang sombong,
Orang tu..boleh jadi dia pendiam dan tak suka bercampur gaul kerana fokus pada memperbetulkan kekurangan diri sendiri..
Tapi malah dia diberi gangguan sihir,
Diganggu dengan sindirian dan ejekan,
Hasbulnallahuwanikmalwakil,
Gangguan sihir juga boleh terjadi kerana adanya sikap dengki,
Dia dengki, dia menyampah kat orang lain je dia buat,
Dia sakit hati dengki dengan mana-mana orang yang bersaing dengan dia, dia buat!
Orang tu suka melenting, over, ataupun sombong, riak dan macam-macam lagi pun dia buat!,
Padahal bukan kacau dia pun..
Memang semua orang tak kena pada mata, pada hati dia,
Betul ke tak betul ke seseorang tu..,
Cuba lah kita buat teguran secara baik,
Cara teguran yang mengikut cara islam..
..beradab sopan, berhemah, dengan ilmu,
Tapi kalau buat teguran yang macam nauzubullah mungkin syaitan pun lebih takut kita lebih dari kejahatan diri dia sendiri,,
Bila buat teguran je..bukan jadi membaik malah jadi huru hara,
Maksudnya...kita lah yang tak betul itu..
Sebab kita nampak tak betul lagi..
Kita buat lah teguran pada diri kita sendiri dulu,
Kerana ada perkataan yang kita ucapkan itu tak betul,
Perbetulkanlah perkataan kita dulu,
Selagi tak betul kita jangan bagi teguran kat mana-mana orang,
Kita banyakkan diam banyakkan zikir dan bermuhasabah..
Kalau kita main lazer je,
Itu bukan teguran,
Itu bukan nak selesai secara baik,
Sebaliknya ia menambah sakit..
Sakit yang akhirnya..boleh menjadi..asbab kematian,
Bila orang tu makin sakit hati,
Makin stress maka makin pendek lah umur dia,
Kesan keterlibatan kita..yang menegur tanpa fikir panjang dan hanya ikut perasaan,
..menambah beban dia yang sedia beban dengan masalah sendiri,
Membawa kita dan dia pada hari hisab untuk dituntut,
Hasbunallahuwanikmalwakil,
Dosa dengan Allah, Allah boleh ampun,
Tapi dosa sesama manusia..belum tentu orang tu akan ampunkan!
Hingga mati kita kerjakan dia.
Membunuh dengan sihir, dalam islam hukumnya adalah neraka selamanya bagi orang yang terlibat dengan sihir.
Kita tak boleh hanya fikir tentang perasaan kita yang tak selesa,
Kita harus fikir sama perasaan orang lain yang kita aniaya,
Orang Islam tu bersaudara,
Orang Islam tidak menganiaya saudara Islam dia sendiri,
Islam mewajibkan sayangi saudara Islam sendiri seperti mana kita sayangi diri kita sendiri,
Kerana itu bahagian daripada Iman yang sempurna,
Kita berdebat, memaki orang tak puas hati kat orang,
Hakikat kita tak tahu pun apa sebennarnya orang yang kita maki tu lalui,
Kita tak duduk sebumbung dengan dia untuk fahami dan tahu apa sebenarnya yang berlaku pada dia,
Jadi tak wajar kita nilai dia yang bukan-bukan.
Kita pun tak fikir akan kesan dosa dari maksiat mulut yang kita dah buat, akibat mengata,
Lebih-lebih lagi jikalau kata-kata yang kita lemparkan tu dengan niat untuk kita jadikan contoh ikutan pada orang lain,
Dosa-dosa daripada video atau komen-komen negatif yang ditulis tu,
Akan jadi dosa jariah buat kita,
Sampai kita dah di alam kubur pun dosa tersebut masih mengalir..
Kita lihat orang lain buat salah dan jatuh dosa maka kita komen yang buruk-buruk pada dia,,
Tapi kita tak fikir diri kita sendiri yang jatuh dosa apabila menegur dengan lisan yang jahat.
Mana yang menegur dengan gangguan sihir pun satu hal.
Nak orang jadi baik-baik tapi menegur dengan gangguan sihir,
Sihir tu..ia tak mampu pun buat seseorang tu bertambah jadi baik,
Makin..makin bertambah jadi buruk kalau tak dirawat,
Apa beza dengan dia kena lanyak sampai koma atau strok.
Nauzubillahiminzalik!
Apabila kehendak kita dia tak turuti,
Maka kita pun rasa tak puas hati,
Dan kita nak dia sakit..!!
Kononnya nak bagi padan muka sebab sombong!
Buat apa lah kita mahu dia sakit sedangkan diawalnya kita nak dia jadi yang baik-baik je,
Kita nak dia sihat perasaan, tak sombong..tak jahat.. baik je,
Sedangkan sakit tu tak baik bagi dia,
Kita lah yang tak normal..sebenarnya,
Diri kita lah yang bermasalah..
Berbalik pada hati kita yang tak lurus..tak betul,
Maka..luruskanlah..betulkanlah..
Maka semua anggota, lidah, jari-jari tangan, kaki, fikiran kita pun akan jadi lurus dan betul,
Sebab hati adalah raja.
Cuba kalau kita terapkan hukuman di sekolah,
Cikgu2 wajib sihir murid2 jika bengap dan bodoh dalam belajar,
Agak-agaknya murid2 tu bertambah bijak ke bertambah bodoh?
Sama juga kalau yang kita bagi kat orang tu kata-kata yang berbaur negatif,
Kata-kata itu boleh membunuh jiwa orang itu,
Jadi pointnya buat apa kita mahu bercakap atau mengomen,
Jika yang jadi bukanlah menyelamatkan diri kita dan dia,
Malah bertambah rosak dan huru hara.
Seiring bertambahnya dosa-dosa pada lidah kita,
Juga pada tangan dan anggota lain yang ikut serta.,
SEkian..
Assalamualaikum..
Sama2 kita perbetulkan diri sempena bulan rejab yang mulia ini,
Banyakkan amal soleh👍