(Kali ini bahasa saya agak formal sikit)
Assalamualaikum wbt,
Tahukah Anda!
Semalang-malang hidup kita sebagai seorang Islam ialah,
Kita tak beribadah kepada Allah itu merupakan satu malang.
Dalam kita tak beribadah..kita diuji pula dengan nasib susah derita di dunia..itu satu malang,
Dalam susah derita tu kita menyelesaikan pula dengan cara haram dan dosa,
Aka memilih jalan yang tidak diredai Allah sebagai langkah penyelesaian, itu adalah satu yang malang..
Malang atau kesialan atau kebodohan yang kita buat untuk diri kita sendiri.
Dalam sedar tak sedar kita telah zalim aka tak adil dengan diri sendiri.
Kita tak sayangi diri kita sendiri.
Kita mengambil tindakan sendiri dengan membunuh untuk kepuasan hati kita atas dendam dan sakit hati,
Kita memilih musuh2 Allah syaitan, iblis dan jin sebagai senjata untuk menyakiti mereka2 yang menyakiti perasaan kita dan menyusahkan hidup kita, atau
Kita memilih rasuah untuk mempermudahkan serta memperkenankan sesuatu urusan kita dan sebagainya.
Kenapa kita tak pilih senjata Iman dengan mendekatkan diri kita pada Allah Aka memperkuat diri dengan jalan beribadah kepada Allah sebagai langkah penyelesaian.?
Semua kesukaran itu hanya ujian, ujian yang menuntut kita untuk tetap memilih Allah atau jalan yang hanya diredhai Allah sebagai jalan penyelesaian.
Seperti yang termaktub di dalam al-quran dan As-Sunnah.
Kita diperintahkan untuk beribadah bukan hanya pada ketika berlaku ujian sahaja.
Tanpa ujian berlangsung pun kita sebagai Manusia adalah diperintahkan untuk wajib beramal ibadah kepada Allah SWT,
Kerana tujuan hidup kita diciptakan adalah untuk mengabdikan diri pada Allah swt.
"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepada-Ku."(Qs. Adz-Dzariyat: 56)
Kita malah memilih jalan2 yang salah dan dosa, termasuk memilih musuh2 Allah SWT sebagai jalan penyelesaian, beerti kita sedang menolak Allah.
"Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia sebagai musuh. Sebenarnya dia hanya mengajak kamu (sekira menjadi golongannya) supaya menjadi penghuni neraka.” (Qs. Fathir: 06)
Bila kita kembali kepada Allah nanti (mati), sekiranya kita tak sempat untuk bertaubat. (nauzubillah)
Di dalam kubur kita malang, tiada amal soleh yang mampu menolong. (nauzubillah)
Di akhirat nanti pula malang, dibangkitkan dalam cara kita mati atau amalan kita di dunia dengan meninggalkan solat atau dengan keburukan yang kita lakukan iaitu mengumpat, mengeji, syirik, khurafat dll kepada Allah.
Di dunia malang...di dalam kubur malang..di akhirat pun malang. (nauzubillahiminzalik)
Walaubagaimanapun,
Semalang-malang kita sebagai seorang Islam yang sebgitu,
Sekiranya kita ada iman walau hanya sebesar zarah di dalam hati,
Kita tetap lebih mulia daripada mereka yang kafir (orang bukan Islam) di sisi Allah SWT.
Kita lebih mulia kerana adanya Iman.
Dengan adanya Iman,
Itulah jaminan dan kelayakan kita untuk mendapat kan peluang dan tempat tinggal di Syurga Allah swt.
"Sesungguhnya semulia-mulia manusia di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu." (Al Hujurat: 13)
Iman adalah dasar yang melahirkan sikap taqwa, iaitu tindakan ketaatan, ibadah, dan menjaga diri daripada perbuatan dosa dan larangan Allah SWT.
Namun, Iman juga boleh wujud melalui percaya pada apa yang terkandung di dalam rukun2 Iman, iaitu percaya pada Allah, percaya pada malaikat2, percaya pada para nabi dan rasul2, percaya pada kitab2 Allah, percaya pada hari akhirat, dan pada qada' dan qadar Allah SWT.
Walau tanpa kita melaksanakan ibadah2, kita lalai, kita bermalasan, kita berbuat dosa2 atau meninggalkan suruhan Allah SWT.
Samada ketika itu status kita sedang diuji dengan nikmat kesenangan atau susah derita.
Kita percaya dan beriman namun kita malas beribadah, kemudian kita berbuat dosa2 mengumpat, mengeji..mencari2 kesalahan orang lain dan sebagainya,
Itu merupakan ciri-ciri orang yang fasik atau kufur. (berkekalan dalam dosa2 besar).
Yang mana kita tidak akan terlepas daripada ancaman dan azab Allah SWT.
"...orang-orang yang fasik, maka tempat kediaman mereka ialah Neraka; tiap-tiap kali mereka hendak keluar dari Neraka itu, mereka dikembalikan kepadanya, serta dikatakan kepada mereka: Rasalah azab Neraka yang kamu sentiasa mendustakannya di dunia dahulu." (Qs As-Sajdah: 20)
Namun, tahap orang-orang fasik diazab (nauzubillah) oleh kerana kefasikan dan kekufuran mereka,
berbeza dengan azab yang ditimpakan kepada golongan kafir. (mereka yang bukan Islam)
Orang-orang fasik disiksa di dalam neraka hanya sementara dengan hanya dikopek dosa2 daripada kulit2 dan kemudian setelah habis dosa2 dihapuskan,
Allah SWT lalu memasukkan mereka ke dalam syurga.
Syukur Alhamdulillah. Allah Maha Baik, Allah Maha Pemurah.
"Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (Qs An-Nisa': 56)
Manakala mereka orang2 kafir pula mereka diazab sehingga ke dalam isi, tulang belulang mereka direndam selama-lamanya di dalam neraka.
"Sesungguhnya orang-orang kafir, bagi mereka tidak akan berguna sedikit pun harta benda dan anak-anak mereka terhadap (azab) Allah. Dan mereka itu (menjadi) bahan bakar api neraka." (Qs Ali-'imran: 10)
"Adapun orang-orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat Kami, mereka itu penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya." (Qs Al-Baqarah: 39)
Oleh kerana itu jika Allah SWT uji kita seolah-olah kita sudah tiada jalan keluar,
Tetap lah harus kita berusaha mencari jalan keluar,
Namun berusaha menyelesai dan mencari jalan keluar dengan cara yang halal dan diredai Allah SWT.
Kerana satu hari Allah pasti akan memberikan jalan keluar mengikut yang Allah kehendaki,
Bukan jalan keluar mengikut yang kita kehendaki.
Sedar lah bahawa usaha kita adalah sebuah ujian dari Allah SWT.
Samada kita akan menambah lebih banyak dosa2 atau lebih banyak pahala2 disebalik langkah usaha kita setelah dan selama mana kita diuji.
Yang membuktikan bahawa kita hamba Allah yang memperjuangkan iman atau sebaliknya.
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" (Qs Al-Ankabut: 02)
Sewajarnyalah bila kita diuji dengan nikmat kesenangan dan kemudahan, kita tetap sentiasa dalam syukur dan mengingati Allah.
Kita pun tidak jauh malangnya daripada orang yang malang di dunia dan di akhirat mereka sekiranya meninggalkan Allah dan menjauhkan hubungan dengan Allah swt. Nauzubillah.
"Wahai umat manusia, sesungguhnya janji Allah (membalas amal kamu) adalah benar; maka janganlah kamu diperdayakan oleh kemewahan hidup di dunia, dan janganlah Syaitan yang menjadi sebesar-besar penipu itu berpeluang menyebabkan kamu terpedaya dengan (kemurahan) Allah (lalu kamu lalai dan menderhaka)." (Qs Al-Ankabut: 05)
Takutlah kita kepada ISTIDRAJ Allah Swt.
Istidraj bermaksud pemberian nikmat atau kesenangan daripada Allah SWT kepada seseorang yang ingkar dan lalai dalam agama, bertujuan untuk semakin menjauhkan orang tersebut daripada rahmat-Nya dan menjerumuskan mereka ke dalam kebinasaan kelak.
Istidraj merupakan satu bentuk pembiaran dan pembiaran oleh Allah, di mana kesenangan yang datang bukan tanda kasih sayang tetapi peringatan terakhir sebelum azab yang lebih besar.
Nauzubillahiminzalik.
Kerana itu hendaklah kita sentiasa bertaubat dengan sebenar-taubat (taubat nasuha) dan menyesali atas segala2 dosa dosa yang kita lakukan serta kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya sebelum ajal menjemput kita, sebelum tertutup peluang kita untuk melaksanakan amal soleh buat perjuangan kita meraih redha Allah dan syurgaNya..yang seluas langit dan bumi.
SEkian.
Wallahu a'lam bissawab,