Pernah tak korang rasa di situasi bahawa...
Bila korang telah share sesuatu dari video ceramah atau pamplet berupa kata2 nasihat dan teguran,
Tiba-tiba...
Orang terdekat korang di media sosial terkesan dan bagai menyalahkan korang cuba menyindir, menghina atau menyibuk hal diorang...?
Padahal korang share melalui akaun media sosial korang kan..
Bukan sibuk share melalui akaun media sosial diorang..
Kan..pelik kan!! Subhanallah..indah peliknya.
Ape pun kita ni,
Kenapa lah ya tak habis2 nak rasa tersindir saja kemudian berdendam..lepas tu bermasam muka..?
Kenapa tak mahu try ubah..?
Dan cuba fahami apa dia nya kehendak Allah...
Last-last yang kita dapat..
Poyo!!
Ungkapan ni selalu dengar bila kita cuba share nasihat,
Bila kita cuba ajak ke jalan baik...
Bila kita cuba tegur kesilapan2.
Poyo tu kan maksudnya berlagak Aka rasa cukup bagus.
Sebenarnya share2 nasihat atau tegur menegur ni bukan tanda poyo..
Perkara ni adalah tanggungjawab agama.
Bila tau sesuatu ilmu..kemudian share..sambil2 diri dituntut beramal..
Ia adalah perintah Allah dan Rasul.
Bukan mandai2..
Kalau tak de perintah agama tapi share nasihat maknanya orang tu bebetul sayang kat kita..
Kalau ada perintah macam ni..tentulah..
..sebab sayang dan sebab nak tunai tanggung jawab agama...
Kalau tak tegur langsung sedangkan..
..dia tahu tanggungjawab agama dia adalah..
Untuk tegur menegur dan menasihati bila ada yang terbuat kesilapan2..
Maka itu bukanlah sikap sebenar geng2..
Geng atau kawan2 mestilah nak tengok kawan2 dia selamat dan senang,
Kalau sifat membiarkan kesilapan2 orang di depan mata dia dan dia senang hati melihatnya..
Itu dipanggil sifat musuh..hanya musuh2 yang suka tengok seseorang tu tak betul macam dia atau tak lebih baik dari dia..
Aka itu bukan sikap seorang sahabat syurga lah..
Seumpama sikap syaitan yang sukakan manusia terbuat dosa-dosa hingga Allah menjadi tak redha macam tak redha Allah kepada syaitan2 tu sendiri....kan..
Maaf jika ada yang teresa..
Just fokus pada perangai dan sifat..
Hadith di atas jelas menunjukkan kepada kita bahawa Rasulullah SAW mahu setiap kita menjadi pendakwah walaupun sedikit tetapi diasaskan dengan ilmu dan pengetahuan. Tanpanya (ilmu dan pengetahuan), maka sia-sialah dakwah yang nak disampaikan bahkan berbaki kejahatan yang akan menguasai ummah.