Sekarang ni..di aplikasi shopping ada menyediakan aktiviti,
Yang mana bila view video orang je kita dapat duit.
Secara direct nya..nak cakap,
Sekarang ni tengok maksiat pun boleh dapat duit...
Jadi hati-hati bila view video berunsur maksiat.
Di situ bukan setakat hanya post tentang barang-barang produk2 jualan,
Tapi antaranya juga post tentang selain dari produk2 jualan..
Dan bila view video2 apa pun yang dipost maka akan dapatlah coin ke kita..
Secara jelasnya,
Kita tengok video dengan model yang menampakkan aurat, bermaksud kita tengok maksiat.
Kita tengok video tentang kisah cinta retis2 dahulu kala kala sejak mereka belum berhijrah dan masih menampakkan aurat lagi, bermaksud kita tengok maksiat.
Termasuk kisah percintaan yang kini dah tak wujud di antara mereka dan gossip2 yang boleh mengundang fitnah dan umpatan, bermaksud kita tengok maksiat.
Lalu di view oleh kita dan beroleh duit hasil dari kita melihat video tersebut.
Walaupun satu dua sen je kita dapat daripada view video tersebut,
Semua tu tetap hasil dari kita berbuat dosa maksiat.
Maksiat..bila mana apa yang kita tonton tu satu yang terdapat unsur2 dosa seperti membuka aurat, lagha, mengumpat, mengadu domba, sangka buruk..fitnah dan macam2 lagi...
Dengan tu kita dapat duit setelah menonton.
Seolah2 nya kita disuruh tonton atau lihat maksiat tersebut lalu dibagi upah, duit atau hadiah.
Hasbunallahuwanikmalwakil!
Rasa hinanya diri ni bila ada yang support diri kita berbuat maksiat!
Biasanya kita tonton kat tv tapi tanpa upah tak lah kita terasa2 disokong,
Walaupun ternyata itu dosa juga dan kita dianjurkan beristighfar sebaik kita terlihat.
Allahuakbar!!
Dan sambung tadi,
Kemudian duit tu pulak kita buat beli barang makan dan minum.
Ingat tak hadis?
Darah daging yang tubuh dari sumber yang haram, nerakalah tempatnya.
Ya Allah! Selamatkan lah Kami, umat2 NabiMu ini dari azab api nerakaMu..Aamiin.
Jadi..hati2 pilih video...
Pilih lah video yang bukan maksiat dan dosa...
Nampak video yang berupa dosa maksiat..
Skip..skip...
Kalau nampak benda dosa je..skip..skip...
Kita kena jaga diri kita..hati kita kerana ia untuk kebaikan akhirat kita..
..dari kesan hitam dosa yang bertompok dalam hati...menjadikan kita degil mendengar arahan dan amanah Allah.. lalu kita semakin jauh dan berat dengan Allah..dan apa kualiti pada amalan kita?
Kita fikirlah sendiri..
Kalau kita tak nak rugi...
Jadi beringatlah...
Sama2 kita beringat!
Dan orang yang post pun sama.
Beringat lah bila post,
Jangan post atau share perkara2 dosa,
Jangan sesekali mengundang orang lain terbuat dosa mengata, mengumpat, dosa zina mata, zina hati dan sebagainya.
Semua nya akan dipertanyakan oleh Allah nanti.
Apa yang kita buat pada nikmat yang Allah beri?
Bagaimana kita manfaatkan.?
Semuanya Allah akan tanya.
Allahuakbar!!
Sama2 kita beringat.
SEkian.