Yahya Sinwar Dalam Kenangan



When A Man Is Brave, He Is Called A Wolf.

When He is Strong, He Is Called A Lion,

When He Is Merciful, He Is Called A Human.

When All The Qualities Are Combined In Him,

He Is 'Yahya Sinwar!'


InnalillahiWa innailaihiRajiuun.

Al-fatihah buat beliau.


Pergilah tinggalkan kami pemimpin yang berani..

Semuanya akan menyusul satu persatu...

Kerana...

Kata Ulama 'Dunia ni bukan untuk kita tinggal...

Tapi Dunia ni adalah untuk kita meninggal..'


Menangis dan sebak tak henti2 sepanjang mengetahui kesyahidannya,

Di antara orang yang bersungguh2 dalam kebaikan...


Wajar lah diri menangis...

Sedang Rasulullah pun menangis dengan kesyahidan bapa saudaranya Sayyida Hamzah,

Seorang yang banyak membela beliau di dalam perjuangan Islam selain sangat menyayangi beliau.

Beliau sangat berduka dan marah apabila terbunuhnya bapa saudaranya itu di dalam peperangan dalam keadaan jenazahnya di belah dada dan dikeluarkan isi tubuhnya,,innalillah..

Maka turunlah wahyu Allah SWT menegur perbuatan baginda Rasulullah SAW dan menyuruhnya agar bersabar.


Apatah lagi diri yang berstatus hamba biasa ini....

Mendepani berita kesyahidan Yahya Sinwar ini...

Sangat menghibakan,

Lagak beraninya saat berjuang, yang mungkin seperti Sayyidina Hamzah,

Walhal tubuh beliau kurus tapi gagah berani..

Memang benarlah...

Berani tak perlukan bertubuh besar dan sasa..

Tak perlu kuat..

Kita hanya perlu menyediakan sabar yang dibaluti iman dan tawakkal..dalam sesuatu usaha,

Kerana kita bersama Allah yang Maha kuat..

Izin Allah untuk kita menang atau kalah...

Semuanya dalam kehendak Allah jua selepas kita berusaha...

Bukanlah tak menang tanda kalah..

Bukanlah menang kita tak perlu waspada lagi... 

Dan hingga,

Apabila ada musuh2 menyerang..

Beliau bertarung nyawa sendirian seolah2 di tinggal kumpulan sendiri...

...hingga ke akhirnya, beliau syahid seperti yang telah diimpikannya...

Beliau tidak sakit...walau sehingga terputus jari dan tangan...

Beliau masih mampu mengangkat alat senjata di tangannya dan dibaling ke drone musuh yang tiba sambil berduduk.

Kerana orang yang diganjarkan mati syahid tidak merasakan sakitnya sewaktu nazak.

Beliau hanya lemah kerana rohnya..sedikit demi sedikit ditarik keluar oleh malaikat...


Rasulullah SAW bersabda:
مَا يَجِدُ الشَّهِيدُ مِنْ مَسِّ الْقَتْلِ إِلَّا كَمَا يَجِدُ أَحَدُكُمْ مِنْ مَسِّ الْقَرْصَةِ 
“Seorang syahid (mati dalam perang fi sabilillah) tidak merasakan sakitnya mati dibunuh kecuali sebagaimana salah seorang dari kamu merasakan sakitnya digigit semut.” 
(HR. At-Tirmizi 1668)

Semoga kini beliau berada di taman2 Syurga Allah SWT bersama para syahid semuanya...AAmiin.

Beliau yang kini sedang bahagia di Syurga...

Sedang diri yang masih tinggal...

Masih bertempur dengan ujian kesenangan...dan hawa nafsu.


Allahuakbar! 

Diri yang ada nikmat kesenangan di sekeliling...diuji dengan nafsu...

Mereka yang tidak nampak di sekeliling nikmat2 yang menyukakan nafsu...

Diuji dengan gangguan musuh kafir...

Seolah2 itu lah peringkat yang paling limit...

Sekiranya kita...Allah ingin hapuskan keseluruhan dosa2..

Atau peringkat yang paling mulia..

Sehingga mencapai darjat yang tertinggi...selepas penghapusan dosa2..

Akibat mampu mengawal nafsu terhadap nikmat dunia...Allahu,

Wallahu a'lam...

Walhal...rezeki masing2 yang Allah tetapkan selepas kita memilih...atau diberikan yang lain tak seperti yang kita ingin pilih....(kita ingin hidup lagi tapi Allah berikan kematian).

Kerana sudah janjiNya...


Sebagai contoh..

Kita pilih untuk tetap di tanah air berdepan dengan musuh2...berani berdepan dengan musuh2 untuk sebuah syahid,

Atau kita pilih untuk pergi ke tempat lain...yang kita inginkan yang kita rasa lebih selamat..

Tapi ternyata ia jua tidak selamat (tetap di usir dan dibunuh walau cepat @ lambat)..

Kerana telah tertulis rezeki yang lebih selamat dan terbaik untuk kita adalah di sisiNya...

Lalu mati lah kita semua menuju ke hadrat Ilahi yang semuanya dalam berstatus penghuni Syurga. AAmiin...


Percayalah...tiada yang kita nampak buruk berlaku melainkan tercipta hikmah yang lebih baik disebaliknya..dan setiap yang terbaik adalah yang terbaik bagi Allah untuk kita...


Jangan lah hairan...jika kita dibenci..

Sedang Allah dan Rasul yang Mulia pun ada yang benci...

Kita ikut je..jalan aturan Allah...

Ini semua adalah ujian daripada Allah, 

Pada setiap orang yang wujud di dunia...

Yang suatu masa semuanya Allah akan soal...

Termasuk apa yang kita buat pada haiwan yang tidak berakal..

Ini kan pula pada kita sebagai manusia..yang berakal sempurna..


Wallahu a'lam..

SEkian,

Untuk renungan dan peringatan bersama...