Bagi aku la,
Lelaki tu kalau kurang warak tapi nak kahwin,
...dia tengok seseorang wanita tu dah warak,
...semestinya akhlaknya pun ada!
Tapi penampilan dan saiz badannya pulak tak menarik,
...Dan lelaki tu pun tolak dia sebagai jodoh,
Kalau hakikat dia lebih memilih yang lebih elok!
Yakni dari segi luaran tapi imannya kurang ada,
Dan akhlaknya random, ok tak ok ok tak ok...
Sekejap macam tu sekejap macam macam ni...
Dan hidup sama2 dalam kejahilan.
Baik dia lelaki tu tak payah kahwinlah.
Tapi kalau berkahwin niat nak membimbing dan berada dalam redha Allah,
Dia pun dah betulkan diri sendiri lengkapkan diri dengan agama,
Maka kahwin sajalah aka dengan wanita yang kurang warak atau kurang iman dan akhlaknya tu...
Mungkin si isteri tersebut akan terbuka hati nak taat agama selepas berkahwin atau di suatu masa..
InsyaAllah.
Hidayah tu kan milik Allah..
Tapi kalau tak nak ada istilah perjuangan,
Sedang diri pun kurang warak...
...pilihlah isteri yang sedia warak.
Kira isterinya akan lebih warak dari suami,
Lama2 suami yang nak hidup rukun damai pun akan terikut rentak isteri.
Ikut cara beragama, damai, tenang...
Meski pun dia tak cantik, meskipun tak berharta,
..tak de banyak kemahiran namun taat dan kuat pada agama.
Tapi jika mengajak isteri ke arah yang tak selari dengan kehendak syarak.
Menyulitkan isteri nak beribadah.
Suami tiba2 malas nak faham isteri seorang yang warak,
...tak jaga kesensitifan agama yang isteri pegang.
Itu adalah tak selari dengan matlamat dari awal niat berkahwin memang nak hidup bersama dalam aman...rukun, damai dan faham memahami antara satu sama lain.
Namun,
Lelaki kan...kalau nak kahwin dengan yang sedia warak je,
Macam mana nak nampak dianya seorang pembimbing!
Macam mana wanita2 yang tak teratur agamanya kat luar sana tu nak teratur agamanya kalau dalam hidup hanya harapkan pendididkan sekolah yang dah lama ditinggalkan?
Atau dari majlis2 berupa ceramah2 dari masjid sajakah atau dari media sosial?
Dulu sekolah pun barangkali bukan sekolah agama penuh,
Setakat sekolah pagi yang terselit satu je pendidikan agama yang lain ilmu keduniaan.
Lepas tu yang ada sekolah petang plak,
Atau pagi petang agama mungkin setakat kat sekolah aje amalnya,
Balik rumah tinggal terus lebih2 lagi jika adanya mak ayah yang tak warak,
Mereka pun sebagai roll model kepada anak tak jalankan tanggungjawab kat diri sendiri,
Kerja yang mereka tahu hanyalah menghantar anak ke sekolah agama sahaja,
Asal anak tau..amal tak amal lantak kau lah..pandai2 lah.
Sebab mak ayah pun tak beramal.
Sepanjang masa merasa diri sendiri tak sesuai menasihati untuk anak bangkit beribadah.
Nak tunggu sesuai bertegas...tapi diri sendiri pun tak bangkit2 lagi beribadah..tak usaha ubah diri.
Takut bertegas dikatakan anak..mak ayah pun sama!!
Yang tak menghantar ke sekolah agama lagi lah masalah.
Anak tak tau apa-apa tentang asas agama.
Sampai ke dewasa lah mungkin macam tu..wallahu a'lam,
....sampai boleh jadi mak orang...
Didikan kat sekolah dulu tak mampu bantu pun...
Didikan nasihat kat masjid nak kena usaha pergi...
Kat media sosial kalau like page agama baru lah slot agama yang lain2 keluar kat time line atau fyp..
...tak pergi like dan cari tak kan jumpa..tak kan lalu,
Bukan dia datang sendiri cari kita.
Sebab tu lah nak ada rasa pergi ke agama tu kena ada orang sokong.
Contohnya sokongan dari kawan2 yang di antara dah berhirah.
Buat program2, ajak pergi program..ajak pergi masjid.
Dan di antara cara lain ialah dari anisiatif lelaki lah...
Cari wanita yang kurang agamanya sebagai isteri,
Sebagai jalan tuk bagi didikan dan bimbingan agama.
Tapi diri sendiri plak mesti betul dulu.
Tak betul karang..
...bila kahwin isteri ingkar je terus...cerai!
Asal ingkar je...cerai..
Itu diri sendiri yang belum betul caranya.
Dan itu belum ke arah menyelamat umat nabi.
Selepas isteri dicerai dia kat luar tu pasti lah lagi tak selamat,
...pasti bergelumang dengan dedosa..dan terdedah dengan fitnah2, sebab tiada gate!
Pasti Nabi kan sedih kan,
Melihat umatnya ramai rosak!
Mengenang Nabi kan sedih sewajarnya kita turut sedih.
Wanita memang bersifat bengkok,
Dari tulang rusuk yang bengkok.
Bila dididik kasar ia makin lah bengkok.
Bukanlah nak backup golongan sendiri.
Bercakap atas nama kebenaran!
Nak nasihat tu jangan angkat suara.
Bak kata UAI,
Wanita memang macam budak2.
......
SEkian.
Wallahu a'lam.