Tentang BULI 1

 

Hari ni aku nak berkisah tentang topik BULI.

Korang pernah kena buli tak?

Siapa yang buli korang?

Buli yang macam mana tu?

Aku percaya hampir setiap orang dalam dunia ni pernah kena buli.

Cuma agak2 antara buli yang serious dan tak je lah kan.

Buli ni lebih kurang definasinya ditindas atau dianiaya la kan.

Tau x pe!


HIdup korang tak terlepas kena buli,

Begitu juga aku..

SEjak lahir lagi kena buli..

Kena buli oleh siapa?

Kena buli oleh HANTU..Hahaha..

Mindset korang 'Eh hape daa hantu!?'


Yes betul..

Aku lahir dekat hospital.

Masa dekat hospital tu arwah mak aku kata mula aku menangis tak diam2.

Lebih kurang terkena hantu hospital lah aku. 

Lebih kurang 3 bulan tak berhenti nangis,

Arwah mak aku kata aku diam cuma waktu tidur je.

Ialah kan, mana ada tidur nangis,

Kalau nangis waktu tidur tu ngigau je..

Hampir sebiji macam perangai anak si syawal si Ahmad albab tu.

Nasiblah aku diam bukan pakai ketuk pintu kalau tak nama aku siap ada bunyi 'bab' di belakang sempena nama pintu dalam bahasa arab 'al bab'

'MISS...BABY' lah kan..contoh je.


Kebetulan lepas 3 bulan arwah atuk aku yakni beliau seorang bomoh tradisional,

...datang dari oversea bermalam kat rumah aku,

Selalu atuk2 datang dari kampung,..kan!

Ni atuk aku dari over sea...fuh! Moden subhanallah, janji orang!

Jadi beliau lah yang bagi rawatan kat aku sampai sembuh.

Dengan izin Allah swt. Alhamdulillah.

Jadi makanya stop lah pembulian hantu2 hospital tu sejak tu.

Aku dah tak nangis sangat dah,

Aku boleh kena bawak jalan2 sampai kurus...


Tapi,

Dia tak berhenti setakat tu...

Masa umur aku sekitar 11 tahun.

Aku mula terdengar bisikan2...

Aku tak tau itu Hantu syaitan ke iblis ke Jin ke,

Masih budak2 kan...bukan tau apa,

Yang aku tau kalau aku bagitau orang dia kata aku akan dichop gila.

Jadi aku pun senyapkan mulut termasuk masalah pelik2 yang lain yang aku alami waktu tu.

Agak kerap bisikan tu..

Bagai cuba menakut2 kan aku...

Bagai saja nak buat aku panik!

Dia kata...

'Tunggu,,,Sabar...

Belum lagi masanya..

Lambat lagi..relaks,'

Lebih kurang macam tu lah!


Hampir tiap hari dia takutkan aku,

Dia cuba buat aku sedar akan berlakunya suatu masa sesuatu yang boleh bikin gempar,

Dia cuba buat aku percaya (benda pelik2 yang jadi yang tak boleh diterima oleh akal aku itu), 

Adalah berpunca dari aku,

Dan kenapa dia kata relaks dulu,

Mungkin itu yang dia cuba nak bahan kan yakni benda pelik2 tu,

Tapi dulu aku tak pernah terfikir macam tu!!

Aku cuma terfikir benda tu semakin menyerlah dan menganggu fikiran aku,


Dan sekarang masih berlangsung dan makin banyak menganggu aku bukan takat HANTU2 je macam dulu,

Ada orang2 ikut sekali bersama2 HANTU2 tu...

HANTU yang mengancam aku waktu kecil tu dah beli mereka...istilah katanya,

Dan mereka pun rela dan bangga bersyirik dan bersekongkol,

Tiada sebab apa..

Sebab merasa diganggu Hantu dan sambil2 merasa iri dengki.

Merasa diganggu?

Haha,

Syiok sendiri,

Bukan kah mereka kata mereka rela sakit demi aku disakiti,


Di sini ada beberapa sebab mereka diganggu...

Pertama Mereka tak diganggu tapi cuma berdrama seolah diganggu hantu, supaya Hantu yang mereka upah mahu beraksi bela nasib mereka konon ada asbab...

AKA Mereka hantar Hantu kepada aku dan bila dah dianggap sakit sebagai asbab, mereka hantar Hantu lain kategori kedua yang mereka hantar kat aku untuk menyalahkan aku menuduh aku yang kononnya ketika itu dianggap tak sedar aka telah menjadi Hantu...telah menganiaya mereka dan orang lain....

(Padahal aku sedar apa yang berlaku, badan aku kut takkan aku tak rasa masuk keluarnya, ataupun ia tak masuk tapi di sekitar di tepi2, dan walhal lagi penganiayaan tu dari Hantu yang mereka hantar mula2 tu dan yang berlegar di sekeliling, dan bila Hantu kedua yakni yang lain tu sedar aku tak sakit mereka pun mengundur dan bercakap2 'eh dia tak sakit lah!)

Aku cakap (membebel dengan Hantu tu) kalau nak cari orang sakit untuk dikacau banyak je di hospital Isrewel sana, jangan di malaysia ni, nak cari orang jahat pun di sana banyak, tak payah di penjara, di alam ghaib sana pun berlambak kaum2 Hantu kau tu sendiri lebih jahat dari manusia)  Hah settle! HANTU2 tu terus menyambung cakap 'eh sihat..eh sihat lah! berlalu pergi mengadu dekat orang yang menghantar dia dekat aku tu. Dekat je orang nya...

..dan kenapa aku tau semua agenda mereka...mereka rasa Hantu mereka lagi kuat dari aku yang empunya badan yang bersandar dengan Tuhan ni. Sedangkan Hantu yang mereka hantar pertama tu aku dah halau awal2, kemudian bila aku protest mereka akan hantar lagi sebab mereka rasa aku sihat! Dan supaya aku tak ada idea nak protest, dan mereka cuma nak pastikan aku berhantu supaya mereka boleh BULI lagi dan lagi dengan Hantu yang lain bila2 masa dengan asbab orang yang sakit.

* Jangan ingat aku kebal, lenyek lori pun aku boleh MATI. Nauzubillah.

Kedua Hantu yang mereka hantar berbalik kepada mereka sendiri kesan beribadah,

Ketiga Mereka ikut2 jalan Hantu, sebab tu Hantu mahu kawan mahu bersahabat, suka pun dia kacau, dia benci pun dia kacau, mereka dilaga2 dengan orang yang Hantu tak suka atau mereka sendiri tak suka,

Kempat mereka diganggu sebab memang mereka menganggu dan Hantu yang membantu aku sekadar mahu mewujud fitnah bahawa aku bersekongkol dengan mereka wal hal tidak, supaya aku dianggap buruk, bersyirik atau dianggap memiliki Hantu itu..


Di atas perbuatan BULI tanpa henti yang mereka lakukan terhadap aku ni,

Itu bermakna mereka lebih menerima HANTU itu di dunia ini berbanding aku,

HANTU itu lebih mulia dan layak hidup berbanding aku kaum semanusia mereka sendiri?

HANTU apa yang mereka terima??

HANTU yang telah mengklonkan mereka supaya jiwa raga seperti sebahagian Hantu itu sendiri?

Tinggal Allah tinggal rasul, tinggal Iman...islam..nauzubillah!?

Perjuangkan dunia, takut terlepas dan tergugat nikmat2 atas ideologi yang dihasut2, menuduh tanpa bukti yang hakikatnya kerja tangan mereka sendiri dan atas dosa2 mereka sendiri yang buat mereka semakin terganggu dan diganggu,

Allahuakbar!

Mereka lah yang merosakkan diri mereka sendiri!

Belum dajjal keluar lagi...kan merampas harta benda untuk dia diakui Tuhan,

Oleh kerana mereka tak tahan tiada harta benda...

Mereka pun sanggup gadai Iman dengan bersekongkol dengan musuh2 Allah tu seperti sekarang, 

Dah ada contohnya!!!

Nauzubillahiminzalik kita ni!!

Mereka tu rela mereka tersesat jauh,

Percayalah!

Buang air lio je berceramah supaya bertaubat dan insaf dengan mereka yang jelas nyata hampir semuanya berpenyakitan Narsistik!

Bukan kerana itu bersangkut paut masalah aku,

Tapi kerana itu adalah perbuatan jahat!

Yang suatu masa akan dihukum dan dihadapkan kepada Allah, 


Allah ciptakan ujian macam ni bukan untuk dilayan,

Yang datang maksiat, layan maksiat, yang datang Syaitan layan Syaitan, yang datang Jin berkawan dengan Jin, yang datang suami orang layan suami orang sampai terkahwin,

Tapi buat kita mencari Allah tunjukkan ke Allah amal apa terbaik kita buat menyelesaikan ujiian,


Sebenarnya ujian aku dan kita yang teruji tak kiralah ujian apa, tak macam ni,

Ia macam kita duduk dalam Syurga tak ada ujian langsung,

Kenapa hanya sebab Allah meletak galas tanggungjawab menerima ujian macam tu yang macam ni sampai lah kita kembali kepadaNya nanti, mereka dengan mudah menyingkir dan mengganak tiri memandang hina seperti iblis yang rasa dirnya lebih mulia dari Adam lalu menjadi takbur rasa diri lebih layak hidup???

Syaitan dan Jin tu suruh mereka tak berkawan, tak membina ukhwah, tak bersilatulrahim dengan aku,

Mereka pun lalu setuju!

Tapi perintah Allah supaya berjemaah, dirikan solat, berukhwah, bersilatulrahim mereka menjauh, 

Mereka tak hendak..

Tepuk tangan Syaitan dan iblis2 tu, aka bersorak tanda kemenangan.

Telah merosakkan mental, Iman dan perjuangan anak2 Adam untuk mendapat REDHA Allah ke syurga.

Mereka fikir, dengan semua orang mereka okay,

Dengan aku je tak..

Mereka lalu beroleh jalan mudah ke Syurga...

Jangan2 dengan sebab bencikan aku, sombong dengan aku sorang punca mereka ke neraka.


Aku cuma fikir perjuangan apa lah yang mereka tegakkan,

Bukankah lebih elok lagi sekiranya HANTU itu tidak dilayan dan 

Masing2 berkuat diri dengan Allah.

Mungkin mereka rasa mereka tak bersama Hantu spisis Syaitan tapi bersama Hantu spisis Jin,

Dengan Hantu Jin ke Syaitan ke,

Kalau dah niat BULI,

Jalan dan caranya pun salah lah...

Bukan aku tak tau mereka berurusan dengan Jin yang mengupah2 syaitan2,

Cuba buka Ayat Al Quran atau baca sendiri Ayat Al Quran, mana yang suara ribut2 tadi hilang itu Syaitan,

Yang tinggal mengusik2 cari pasal pot pet macam minah kumari itu Jin,

Beerti Jin bersama Syaitan dan mereka bersubhat,


Tahu tak Jin tu pun seperti kita manusia,

Ada kafir ada Islam yang imannya boleh tak kuat,

Atau Islam hanya sekadar islam sahaja,

Solat tak solat,

Sama je dengan golongan kita,

Samada,

Jin tu sendiri yang membawa syaitan2 tu, 

Atau,

Jin tu berkawan dengan mereka sebagai orang yang tak solat, atau syirik sebab berkawan dengan Syaitan,

Siapa lagi jin yang berkeliling dengan orang2 tak mendekati Allah,

Mereka pun sama bersama2 lah berurusan dengan Syaitan,

Wallahu a'lam,

Tiada malaikat2 yang bersama2 dengan perjuangan mereka kalau di situ ada Syaitan..

Syaitan akan hanya ada pada perjuangan yang batil,

Sebab Syaitan adalah makhluk yang batil lagi sesat,

Kalau dah dalam perjuangan mereka ada yang sesat..

Jadi di manakah pahala dan benarnya tindakan BULI mereka itu???

Allah REDHA kah dengan pembulian mereka itu???

Adakah PEMBULIAN yang diredhai??


Dan mereka sendiri orang yang ikut2 tu ternyata bukan lah ahli solat atau bukanlah beriman kuat,

Kalau Iman kuat mereka tak menjadikan makhluk ghaib teman rapat atau rujukan,

Mereka kalau Iman kuat pasti percayakan Allah 100%.

Kita tak pasti status mereka itu selamat tak selamat, syirik tak syirik, haram tak haram untuk didekat,

Sedangkan babi yang boleh nampak pun dihukumkan haram......dimakan,

Tapi kalau dah diguna ke tujuan jahat tu yang halal pun boleh jadi haram..kan!


Lebih2 lagi guna dengan tindakan sendiri mengupah2 makhluk tu,

Seandainya mengaku diri mereka di pihak benar!

Tiada pihak benar menggunakan kaedah syirik & khurafat lagi bertindak sendiri plus main2 macam tu..!

Sedangkan undang2 Allah pun menggunakan pihak berwajib menyelesaikan masalah dan menghukum,

Mereka bukan tak gelak selepas MEMBULI...mereka gelak dan bertambah positif ye...jelas terang istidrajnya tu!

Belum lagi ditegur Allah...untuk bertaubat!

Sedangkan aku hanya disuruh menjadi seperti patung yang tidak boleh berperasaan marah..gembira dan protes..

Marah niat menegur pun sakit hati kat aku,

Aku gembira dalam dapat pahala hasil sabar diuji pun sakit hati dekat aku..

Jadi, macam mereka nak aku beraksi bukan kerana Allah!

Hey..

Kita ni kan Islam!

Kalau mereka tak Islam pun cukuplah mengaku orang Malaysia,

Ni tak bendera Malaysia pun siap cakap bendera AmSterika!


Aku bukanlah nak menghukum orang dah ahli Syurga ke neraka ke,

Islam ke kafir ke,

Nak paksa kawan dengan aku ke..tidak lah! Aku REDHA kalau itu bukan rezeki aku,

Kasih sayang, cinta tu semua rezeki...!

Cukuplah jangan MEMBULI dan jangan berkawan dan layan dengan terang nyata musuh2 Allah tu,

Ertinya kalau mereka tetap lakukan jugak mereka tiada bezanya dengan si Isrewel tu...


Satu yang aku nak mereka tau..

TANPA mereka ganggu aku pun, aku memang dah diganggu dari awal dari kecik lagi sebelum mereka ganggu aku,...jadi kenapa mereka masih nak letak rasa tak puas hati itu?,

Walhal mereka tak nak aku lebih baik dari mereka!


Di mana mereka nak sorokkan dosa2 dan kesalahan mereka lagi...?

Jelas nampak!

Kalau perjuangan mereka atas nama dengki kesenangan aku,

Bagai nak dihalang itu ini seolah aku telah mencalit sial..

Sampai aku dah jadi papa kedana, sebatang kara pun masih nak mengganggu hidup aku,

Seolah sedetik aku tak diganggu,

Sedetik itu jua aku akan maju!

Memang sebijik perangai dengki iblis Syaitan yang dengkikan Adam dulu.

Selagi tak masuk neraka...Nauzubillah3x.