Rindu Nak CELEBRATE MERDEKA!

 

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Yang Ke-67 semua.

Assalamualaikum.


Rindunya nak sambut hari kebangsaan macam waktu kecik2 dulu.

Selepas pindah ke semenanjung ni,

Tak pernah pun sambut lagi.

Samada diri ni sebab dah tak sekolah lagi,

Dah tak de kesempatan tu lagi,

Atau pun,

Mungkin sebab diri dah dewasa sibuk kerja atau keadaan dah jauh berbeza,

Ya lah..sejak pindah ke semenanjung.

Lama rasanya hati baru boleh nak terima hakikat diri adalah warga Malaysia waktu tu,

Memakan masa bertahun2.

Akhirnya aku boleh terima diri adalah seorang warga negara malaysia!!

Alhamdulillah..

Aku bangga menjadi anak Malaysia. 

Dengan izinNya jua.

Basiclah bila dah lama duduk menetap di luar negara ada rasa asing dengan negeri lain yang jarang2 diduduki,


Dan sekarang,

Aku tak de pun sibuk sangat dah..

...ada kemampuan nak sambut merdeka..

Ada kesempatan nak pergi,

Tapi aku choose tak pergi,

..sebab dah tak de rasa excited !

Ada orang ajak celeb pun aku lebih suka duduk di rumah.

Bukan sebab suasana sekarang tak best,

Best je bila tengok dari tv..

...sama je keadaan celebrate merdeka kat mana2 negeri pun.

Mungkin la rasa excited tu tak ada sebab banyaknya penderitaan yang masih berlangsung di dunia ni...

Menyebabkan mood celebrate itu tak ada walau diri sekarang masa bukanlah sibuk mana pun.


Tapi tak ape! dan walau apa pun,

Aku tetap support celebrate hari Merdeka!!!


Semalam aku tengok live pukul 4 pagi,

Dah ramai orang berkumpul dekat dataran putrajaya,

Mungkin yang datang dari negeri jauh2.

Tertanya2 dalam hati!

Korang berkumpul awal2 tu dah solat qiyamulail ke belum?

Harap2 lepas sudah selesai berqiyamulail lah.

Sebab dah pukul 4,

Qiyamulail pukul 2.30 ke 3.30 pagi atau 3.00 ke 4.00 pagi dah sempat beberapa solat sunat. 

InsyaAllah. Semoga..Aamiin.

Kita ni dunia2 juga...tapi akhirat kita pun jangan lupa..ok!


Assalamualaikum...

SEkian.