Nak tau satu citer tak..
Tadi aku terbaca sebuah kisah seorang bapa mencuri sebuku roti kerana anak dia yang berumur 5 tahun kat rumah tak makan berhari2,
Dia cuma bagi anak dia makan mamee keropok je.
Isteri dia lari dari rumah, dia plak dibuang kerja dari kilangnya.
Dan dia pun mencurilah sebab tak de benda apa nak makan.
Sekali waktu dia mencuri tu dia kena tangkap oleh guard.
Dan dibawa ke balai polis.
Polis tu rungsing takkan nak tangkap orang mencuri yang curiannya kurang daripada Rm10?
Guard tu cakap dia cuma ikut arahan.
Tiba2 datang seorang polis lain ke balai baru masuk kerja, kira pangkat lebih sikit lah.
Bila dia tau cerita dia pun bengang..
Curian tak sampai Rm10 tapi sampai kes polis. Lebih kurang cenggitu laa..
Kata wanita yang datang bersama guard tu, kalau nak bayar atau settle, bayar lebih dari 10 ganda roti tu.
Lalu polis yang berpangkat tu pun bayarkan sejumlah amaun yang diminta dan settle.
Dia kata, sebenarnya yang diuji tu bukan dia tapi aku dan kita semua, dengan rezeki dan kuasa yang kita ada untuk tolong orang2 susah.
Lepas tu dia bagi duit belanja buat lelaki tu belanja.
Satu hari lelaki tu datang dan menceritakan dia dah dapat kerja dan nak bayar balik hutang polis yang berjasa kat dia tu.
Tapi polis tu pun dah tak de kat balai tu, dia dah ditransfer ke area lain.
Sedih bila baca kisah dia ni,
Tapi tak bleh lawan kisah sedih As Syahid Ismail hanieh.
Detik2 sebelum beliau dibunuh dan selepas,
Serta perjuangannya sebagai pemimpin yang amat sayangkan rakyatnya.
Tapi tlah dimusnahkan...satu persatu...
Sayu dan luluh hati...
Dan sekarang beliau dan mereka berkumpul bersama2...
Barisan orang2 yang mengiri jenazahnya,
Memenuhi setiap lorong2 jalan beratus meter...
Dapat diri fikirkan bahawa apa yang terjadi ialah kerana Allah sedang mengangkat darjatnya..
Aku walaupun tak terlalu kenal beliau..
Tapi membayangkan dia adalah ketua Hamas dan perdana menteri Palestin..
Tibe2...
Rasa kasih dan sedih sangat, tak tau nak ungkap...
Terbayang bagaimana perasaan beliau masa dengar berita anaknya kena bunuh,
Saat dia nak menghadiri mesyuarat bersama menteri baru di Iran,
Beliau ucap Alhamdulillah!
Terserlah hati beliau yang teguh dengan semangat juang..
Dengan fikiran yang sentiasa standby ingatkan Mati..
Tahu tak, beliau mengarahkan kita semua melakukan solidariti pada 3 ogos lepas, iaitu solat hajat dan Qunut nazilah untuk tahanan Palestin di penjara isKetam senget aka si Israel tu..Dan jugak terhadap masalah kebuluran Dan semua yang berlaku di Palestin seluruhnya.
Alik2 beliau plak pergi lebih dulu pada 31 julai tu.
Sedih sangat!
Ntah berapa kali datang kisah beliau di FYP..entah berapa kali aku jadi berderai air mata.
Yang diri ni mati nanti entah macam mana pulak ye,.
Ade ke entah orang nak sedih dengan aku!!?
Korang tolong lah sedih...kan, aku anak yatim piatu lagi sebatang kara tau..Tibeh!!
bersambung....