Isu Cerai Berai Yang Viral Di TT


Akhir-akhir ni banyak betul kes cerai berai kan,

Terutama bila ada penceraian berlaku,

Ada antara isteri yang mengaku suami mereka tak salah apa,

Suami baik-baik je yakni dengan bangganya menjelaskan kepada umum.

Korang tau tak..kata ustaz,

Seorang isteri tidak akan mencium bau syurga jikalau meminta cerai kepada suaminya sedangkan suaminya hanya baik-baik saja.

Tapi tak tahu lah kalau mereka suka sama suka,

Dan itu lain pulak kesnya.

Dan apa pun yang berlaku hanya Allah saja yang Tau,

Semacam jadi trend pulak cerai-berai ni,


Ada lagi kes lain yang viral jugak dekat TT tu,

Trend mentor buang mentee, dan mentee buang mentor pulak,

Kira isu bercerai jugak tu...bilamana,

Mentor2 mewujudkan satu aktiviti bersama ketua mereka,

Iaitu aktiviti membuang di antara 8 orang mentee2 mereka yang tak berkembang selama beberapa tahun jadi mentee diorang,

Mentor2 ni kesemuanya mengungapkan kata2 yang sama macam mentor2 yang lain,

Dengan penuh emosi, tegas, meninggi suara dengan nada yang menyampah mengumumkan dalam video ingin membuang 8 orang mentee2 mereka seolah2 mereka memang dah lama bermasalah dan anti dengan mente2 tersebut di sebabkan tak berkembangnya, yang tak menepati seleranya, katanya.

Allahuakbar!

Walhal,

Mereka bukan asalnya tak puas hati,

Tapi disuruh membuang oleh ketua mereka walhal mereka sebenarnya tak kisah pun adanya mentee2 yang dikatakan tak berkembang tu,

Hilang segala adab dan kesopanan yang mereka perlihatkan selama ni ke umum,

Bila dah follower meningkat naik lebih 10k,

Seolah2 bagi mereka boleh lah nak berlagak dan lupa diri.

Ciri2 orang yang berjaya rasanya tak ada sifat rasa diri lebih bagus...

Tak jaga air muka dan tak jaga perasaan orang lain yang tlah dipermainkan.


Nampak sangat pembuangan tu adalah sebuah aktiviti or game yang disepakati antara mentor2 bilamana mereka menetapkan semua sama, 8 orang yang mesti dibuang,

Mestilah mentor2 tak memandai2 buat semua ni, aka ia aktiviti yang dijalankan bersama ketua mentor2, 

Yakni bukan atas hati mereka sendiri yakni yang tak layak cuma 5 orang atau 3 orang, atau seorang saja ikut mentor2 tu sendiri,

Bermakna kalau yang tak layak cuma seorang, yang 7 orang mereka main suka2 petik je nak cukupkan 8 orang jugak.

Dan pembuangan tu plak pada waktu yang sama, serentak atau dekat2 dengan mentor2 yang lain, nampak sangat aktiviti yang tak matangnya tu untuk membuktikan apa pun tak tahu lah,

Mentee2 pun fikir bahawa mentor mereka main suka2 saja nak membuang, atau reject mereka dengan menyenaraikan nama mereka sebagai mentee yang tak berkembang dalam video dan viral kan,

Dan mengakui semua tu memalukan diri mereka sebagai mentee.

Mentor2 tu fikir mereka layan budak2 sekolah agaknya,

Padahal masing2, pak2, mak2 suri rumah, dah berusia hampir kesemuanya,

Sepatutnya mentor PM terlebih dahulu kepada mente2 yang dah disenaraikan untuk dibuang dan nyatakan sebab2 kenapa mereka perlu dibuang.

Bukanlah tiba2 saja nak membuang2 tanpa beritahu.

Lepas tu semasa awal2 pengambilan mentee pulak tak pernah menyebut tentang kalau mentee tak berkembang akan dibuang2.

Dan akhirnya pergaduhan pun berlaku, 

Akibat tak suka dengan mentor mereka bersikap macam tu dengan mentee2 yang lain, ada mentee yang tak dibuang pun membuang mentor mereka sendiri..

Mereka tak puas hati sepatutnya tugas mentor adalah support mentee untuk maju, bukan menjatuhkan dan melemahkan semangat lebih2 lagi sesama kaum melayu sendiri dan dengan orang yang lebih berusia,

Cuba bayangkan itu mak bapak kita...sedihkan,

Buang tak pe boleh cari mentor lain,

Tapi menjatuhkan air muka tu,

Innalillahi wa inna ilaihi raajiuun...

Tolong jangan buat orang lain macam tu, seolah2 tak ada maruah tak ada malu!!

Plez laa....

Lebih2 lagi dengan mereka yang dah berusia,

Respect boleh x...?


SEkian....

Assalamualaikum!