BUNUH Diri Adalah Penyelesai...

 

BUNUH DIRI Adalah Penyelesai, 

Ya...SELESAI sudah hidupnya..!!


BUNUH DIRI bukanlah penyelesaian yang terbaik kepada masalah.

Tau2 bila mati lebih teruk masalah yang diri nak hadapi sorang2 dalam kubur tu berbanding kat dunia ni masih boleh berpeluang memperbetul kan diri lagi,

Kata ustaz kalau dalam kubur teruk,

Akhiratnya lebih lagi teruk...

Tapi kalau dalam kuburnya tenang dan selamat..

Maka lebih selamatlah dia di akhirat...

Jadi bagai mana nak dapat kubur yang tenang,

Atau bagaimana kah yang dikatakan pengakhirat yang selamat itu!?

Yang sempat bertaubat nasuha sebelum mati..

Yang selalunya hidupnya berbuat kebaikan sehingga sampai matinya pun masih dalam berbuat kebaikan, 

Sebelum matinya Allah SWT timpakan kesusahan dan bala bencana ke atas tubuh badannya, seperti penyaki2 kronik, kemalangan dan sebagainya.

Kerana penyakit2 dan bala bencana yang menimpa itu adalah tanda pengampunan dosa2 dari Allah SWT.

Jadi bila dia dimasukkan ke dalam kubur nanti,

Dirinya dah bersih dari dosa2!


Wallahu a'lam.


Jadi memilih BUNUH DIRI tu dikategori pengakhiran yang selamat tak?

Bunuh diri adalah dosa besar, kerana adanya ancaman khusus baginya, sebagaimana sabda Nabi saw:

مَنْ قَتَلَ نَفْسَهُ بِشَىْءٍ عُذِّبَ بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ 

“Sesiapa yang membunuh diri dengan sesuatu cara, pada hari kiamat kelak dia akan diseksa dengan cara seperti itu pula.”
[Hadis Riwayat al-Bukhari (6047) d an Muslim (110)]

Nauzubillahiminzalik!! 

Jom sama2 doa..

Semoga mati kita nanti sama2 dalam khusnulkhotimah,

Dalam Iman, Islam, dan ehsan...

Dalam sempat taubat nasuha..

Pada hari yang baik dan bulan yang baik..

Dalam REDHA Allah SWT...

Dalam REDHA orang2 yang kita bersalah dalam kita sedar ataupun tidak..

AAmiin2 ya rabbal 'alamiin.