Bukan Masa Seronok2 Lagi


 

Aku boleh pilih happy2,

Aku boleh pilih lawak2 sepanjang masa,

Tapi aku saja nak pilih rasa yang susah seperti orang2 yang susah AKA serius.

Sebab melihat atas apa yang terjadi pada Palestin.

Aku percaya jika Allah tak takdir kan jadi begitu pun Allah nak diri kita ni berperasaan serius dalam hidup.

Jadi apa dia hikmah yang diri boleh ambil dari kejadian tersebut ialah,

Hidup ni bukan Allah ciptakan untuk kejar hidup yang penuh bersukaria, 

Walau Allah sendiri yang ciptakan nikmat hidup yang mengundang rasa sukaria tu,

Nikmat dan rasa sukaria tu diciptakan sebagai ujian..untuk dikawal atau dilawan rasa tu bukan dilayan sampai berpuas-puas.

Al-kononnya demi mengikut fitrah sangat.

Macam makan pun fitrah,

Kenapa diciptakan batasan,

Sebab kalau berlebihan akan memudharatkan tubuh badan dengan merisikokan mendapat penyakit, memalaskan tubuh badan dari beribadah dan sebagainya.

Begitu jugak dengan berlebihan berseronok terhadap benda dunia,

Sampai lupa Allah, sampai lupa kewajipan, sampai lupa nak beradab dengan orang2 yang sedih sebaik ditimpa malang,

Tak selari dengan tujuan hidup yang Allah tetapkan ke atas kita iaitu untuk beribadah dan menghambakan diri kepadaNya.

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku” (QS 51: 56).

Bukan lah ada benda susah hati yang terjadi pada diri orang lain lantas diri nak lari dari susah...berjoget sana sini nak gembirakan hati takut jadi sakit mental sakit jiwa,

“Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa,.. untuk Dia menguji siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya.” (Q, 11:7)

Bukan joget yang terbaik dan perlu dikejar,

Tapi diam, beradab dan banyakkan ibadah,

Memang sudah masanya kita kena sibuk serious.

Dunia dah hampir-hampir sangat nak kiamat...


Wallahu a'lam.