Siapa kah HERO / HEROIN Korang??

 

Dalam dunia ni hero yang utama kita adalah Allah.

Dan pastinya hero di kalangan makhluk Allah yang utama ialah Nabi SAW.

Memandangkan title Rasulullah sebagai hero makhluk seluruh alam tak berubah walau beliau dah tak de (wafat).


Siapa kah hero korang dalam kalangan keluarga korang??

Kalau Abang...

Sebab apa abang....?

Wait, tak jawab lagi aku dah boleh teka..

Tau sebab ayah korang dah tak de dan dia menyara dan mencari rezeki untuk keluarga korang kan???

Correct!!!

Haha syiok sendiri.


By the way kalau mak?

Sebab mak pernah melahirkan korang kan, 

Atau added lagi tugas sebagai suri rumah tangga dengan memastikan korang punya kehidupan harian sempurna, dapat makan, minum sedap2, tempat tinggal yang selesa, pendidikan yang cukup, walaupun ayah korang masih ada lagi. 

Lepas tu dia buat double kerja plak, berniaga nak tolong2 ayah korang tambahkan ekonomi dan kewangan keluarga. Bagi korang semua hidup senang, seronok dan bahagia je.

Kan..kan..!

Perfect..


Dan..

Nak tau hero aku plak?

Kalau aku..

Hero aku adalah dua dua iaitu mak dan ayah aku...

Kenapa mak adalah hero/heroin aku?

Seperti alasan di atas lah.

Dia adalah bidadari yang melahirkan aku dan adik beradik aku ke dunia ni.

Dia suka bekerja, mengambil upah baju, suka berkebun, suka berniaga, menjual kain baju tudung, suka bagi kerjasama kepada ayah aku dalam mencari duit,

Suka bermasyarakat, suka memasak, mentaati perintah agama, menjadi penguat, penasihat dan role model kepada keluarga untuk terikut dan tercontohi,

Mak aku serba boleh aka fleksible kemahiran dan sangat peramah.

Menjadi kebanggan keluarga kerana sentiasa meringankan tugas ayah aku sebagai ketua keluarga.


Dan kenapa ayah adalah hero aku jugak?

Sebab dia adalah hero dalam agama aku, berikan aku pendidikan al-quran sebelum aku masuk ke alam sekolah,

Dia sentiasa ada dan mewaspada aku, menjadi penyelamat dan penyelesai di antara waktu2 susah aku. (dengan kehendak Allah).

Dia ketua keluarga dan pencari nafkah utama dalam keluarga yang sangat bertanggungjawab dan bukan sahaja di rumah tapi juga di sekolah (berperanan sebagai guru agama sehingga beliau di naikkan pangkat kepada ketua pegawai dakwah) di luar negara.

Seorang hero semestinya kerana dia adalah seorang yang membanggakan orang sekitarnya. 

Itu lah yang ada pada seorang Mak dan ayah aku.

Bertemu sejak di bangku sekolah aka bertemu jodoh lalu berkahwin ketika masing2 dalam fasa bekerja.

Mak yang ketika itu sebagai ustazah dan ayah aku sebagai pemilik kedai runcit dan kilang pengusaha tebu.

Yang kemudiannya berhijrah ke luar negara saat mendapat tawaran kerja sebagai guru agama.

Dan di negara itu lah aku dan adik beradikku semua di lahirkan. Hihi. Tibeh..

Hidup dengan terlalu banyak kenangan manis...Alhamdulillah.


Al-fatihah buat kedua arwah Mak dan arwah Ayah aku. 

Semoga roh mereka ditempatkan di taman2 Syurga Allah SWT di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. AAmiin..Aamiin..Aamiin.

Hero dan heroin aku...adalah di kalangan orang yang Terbaik! Alhamdulillah.