(Baca dengan mata hati dan iman barulah sejalan, insyaAllah! =))
Ada sebuah media social ni...
Aku rasa jarang pernah dapat dinasihati depan2..
Tapi dengan mendekati med sos ni terasa betul dinasihati dan diperingati depan2,
Selain boleh dapat ilmu dan nasihat yang macam2,
Yang agak sukar aku dapat dan rasa melalui med sos yang lain,
Walau pun ada jugak la isi kandungannya macam tu...dalam med sos yang lain,
Tapi med sos ni lebih dekat lagi di hatiku..Alhamdulillah!
Lebih2 lagi selepas kepergian kedua orang tua aku..
Terasa sunyi tanpa teguran dan nasihat mereka pulak,
Nasihat teguran mereka walaupun terhadap sesuatu benda yang simple,
Teguran dan nasihat yang seolah2 mereka anggap, aku bagai masih kecil lagi pada pandangan mereka...
Tapi tetap terasa bermakna,
Terasa sebuah perhatian dan keprihatinan yang mensecuriti diri aku. Fuh!
Sungguhpun sebenarnya,
Sikap suka mendengar nasihat melalui med sos tu aku dah biasakan sejak mereka masih ada lagi,
Namun Alhamdulillah kali ni lebih dan lebih lagi, Alhamdulillah!
Mungkinkah kerana aku dahagakan rasa security!?
Atau,
Mungkin kerana Tuhan lah yang mendesak untuk aku tahu yakni menjadi orang yang berilmu..
Mendesak untuk aku berubah...
Dan jangan sambil main2 dengan benda dunia lagi!
Betul2 rasa dicuit Allah (dalam ilham dan lintasan hati),
'Teruskan perjuanganmu di jalan Allah !'
MashaAllah Subhanallah!
Allah berkehendakkan untuk aku dapat ilmu,
Pastinya juga panduan dan kesedaran dengan lebih lagi dalam,
Lebih berbekas di hati dan lebih banyak ilmu lagi..
Supaya berkurangnya kejahilan aku, bertambahnya motivasi dan amal aku!
Itulah tanda kasih sayangNya,
Alhamdulillah..
Lebih2 lagi sejak berlakunya kekejaman di Palestin.
Melihat kesengsaraan mereka,
Keceriaan diri yang terpamer setiap hari,
Bagai didesak untuk berhenti,
Oleh namanya rasa KEMANUSIAAN dan INSAF.
Seolah ia berkata2,
'...Cukup2 lah dengan dunia sahaja...
Mulalah serious untuk beramal..
Kematian akan sampai bila2 masa seperti mereka..
Mati yang mungkin mengejut dan terkejut tanpa sempat mempersiap amal..'
Nauzubillah.
Sementara diri sebagai umat Islam adalah disuruh beramal,
Terhadap 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara.
(Seperti mana yang terkandung di dalam hadis);
'Sihat sebelum Sakit,
Muda sebelum Tua,
Kaya sebelum Miskin,
Lapang sebelum Sempit,
Hidup sebelum Mati.'
Dan,
Nak tau med sos apa?
Dia ialah TT..
Sebuah med sos yang menyenangkan aku dan mudah dalam mencari kebaikan agama dan lain2,
Alhamdulillah,
Bila kita cari yang baik...
Niat yang baik..
InsyaAllah!
Dapat lah yang baik2,
Jangan sesekali search yang tak baik...
Bermakna kita tak sayangkan diri sendiri,
Rela mempertontonkan diri dengan sesuatu yang merosakkan mata dan iman,
Waliyazubillah!
Semoga dijauhkan Allah SWT dari perkara2 MAKSIAT dan kejahatan Amin.
Wallahu a'lam.