Kita Pun Hidup Dalam Elemental!!


Hai Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh!


Hari ni aku nak kongsi tentang tarikh kelahiran menggunakan kaedah METAFIZIK.

Anyway, betul ke gaiz benda ni?

Boleh percaya ke?

Tak nak pecaya tapi macam jatuh terpecaya jugak!

Sebab apa yang dikatakan sejibik sama dengan karakter kita.

Apa dia METAFIZIK ni? 

Korang nombor asas apa?, dan 

Macam mana nak kira tarikh lahir menggunakan kaedah metafizik ni? 

Korang search lah sendiri kat gugel ye,


Macam aku punya selepas tambah tambah mendapatlah nombor kod asas 8!

Dan dia kata aku adalah di element fire,

Jap!

Kita pun hidup dalam elemental ke gaiz?

Aku ingat 'element' ni karang2 atau dongeng untuk citer kartun je...

Macam mana dia boleh bahagikan dan tau elemen2 ni semua ye?

Musykil aku....

Dia ada element bumi, metal, api air, kayu.. dan...mmmm,

...itu aje lah kut! Hihi.

Dan no kod asas ni sampai nombor 9 je korang.


Dan kat bawah ni ramalan tentang karakter orang di no kod asas 8.

Dan orang tu aku laa!

Suka2 je dia ramal tanpa izin aku..

Bak singgit..haha tiberr!

(share untuk suka2 je) 

Mana yang tak best mengenai aku tu korang anggap je lah,

....kita semuanya manusia ni tiada yang sempurna....

Dan itu ujian masing2 untuk dilawan..bukannya untuk dilayan! ok...

Dan mana yang kelebihan pulak...ujian untuk yang maklum mengenainya supaya mengawal sikap dan hati agar tidak timbulnya iri hati dan hasad dengki..! Subhanallah!!


Panjang pulak peringatan aku.

Hemm...kita nak semuanya yang baik-baik je kan..gitu..hihi! 

Paling aku tak pecaya,

Aku dikatakan sangat pendiam,

Tapi aku kena pecaya..

Sebab apa pasal aku nak jadi banyak cakap macam orang lain aku tak mampu, 

Dan aku lebih selesa diam...

Rupanya!!! gaiz...aku pendiam pun aku tak faham!! hahaha..

Tak pelah, kan kata rasulullah...

Diam tu lebih baik! Jangan bercakap kecuali yang penting sahaja!

Aka maksudnya jangan bercakap kalau tiada yang penting sangat nak dicakapkan!

So iktibarnya jangan jealous pada orang yang banyak cakap, jangan lawan sikap suka diam untuk menjadi banyak cakap jugak untuk sesuatu yang tak penting!, kalau sebenarnya di sisi syarak diam tu lebih baik, layan aje lah..! walaupun kita bukan seorang yang pendiam. Dan macam karakter aku..Waah! senang lah. Allah mempermudahkan untuk aku...! (Alhamdulillah).

Haipp! jangan jeles kat aku...hihi! ok lets GO!


Sikap Individu dengan Nombor Kod Asas 8 (SAYA)

PENYELESAIAN (ELEMENT - FIRE)
(Patutlah aku suka advice and selesaikan masalah orang! Subhanallah!) :D


Pro: Selalunya lebih aktif di kalangan kawan-kawan, dan ini menyebabkan individu dengan nombor kod asas 8 mudah terkenal. Sangat pendiam, konservatif dan pasif. Bertanggungjawab dan sangat bermoral. Seorang yang boleh dipercayai. Boleh menyelesaikan masalah. Tidak akan mempermain-mainkan orang lain.

Kontra: Kadangkala tidak jelas dengan apa yang hendak atau sedang dilakukan. Matlamat kabur. Nampak kuat secara luaran tetapi sebenarnya berhati sensitif. Sangat berhati-hati dan percaya kepada pandangan diri. Mudah kehilangan peluang. Sekiranya terjerat dengan perkara-perkara tidak berfaedah dan membuang masa seperti hiburan, individu dengan nombor kod asas 8 mudah jatuh ke jurang kegagalan.

Selebriti yang memiliki nombor kod asas 8 termasuklah Osama Laden dan Steven Gerrad (pemain bola sepak Liverpool).


Huraian kod nombor 8 oleh Akademi Metafizik Excel 769:

Anda sentiasa mencari sesuatu. Mempunyai kebolehan dalam menguruskan sesuatu jabatan, perniagaan, projek, tugasan ataupun institusi kekeluargaan. Sekiranya anda sudah berkahwin, sudah semestinya anda pandai menguruskan keluarga.

Anda mempunyai perancangan yang hebat dan amat gemar akan suasana kehidupan yang baik. Seorang yang bertanggungjawab, tabah, waras, adil, berterus terang, penilai yang baik, tegas dan kuat bekerja.

Terkenal, kuasa dan bernasib baik adalah tiga perkara yang sentiasa mengelilingi anda. Anda juga seorang yang materialistik. (Suka sesuatu yang ada brand).

Tetapi, yang tak bestnya adalah disebabkan anda sentiasa tercari-cari dan sibuk melihat-lihat sesuatu, anda kadang-kadang tidak tahu apa yang anda cari sebenarnya. Jadi, berhati-hatilah untuk tidak membuang masa melayan perkara-perkara yang tidak bermanafaat atau berfaedah. (Allahuakbar!)


Sekian. Habis sudah ramalan sy.

Awak2 punya pulak macam2 mana?