Kejadian-Kejadian Hari Ni 06 Julai 2024

 

Alhamdulillah, hari ini aku diberi peluang oleh Allah SWT lagi untuk mendiari.

Assalamualaikum wbt...di diary public ini.


Hari ni aku ada beberapa keajadian nak di share.

Pertama, 

Tasbih aku putus (dah lama pun tak putus)

Mungkin sejak 2019.

Dan ia berulang lagi kali ni.

Mesti korang fikir2 ia disebabkan tali tu dah reput atau akulah yang guna secara kasar.

Tak jugak..kadang2 je kasar tu kalau terlalu semangat.

Tapi tali tu masih kukuh lagi.

Sebab pakai tali tangsi...

Begitulah jua dengan nasib2 tasbih aku yang sebelum2 ni..

Putus begitu je tanpa tahu apa sebabnya.

Aku rasa lebih 10 tasbih.

Btw, dah tercatat..kan.. nak wat macam mana!

forget it!


Kedua,

Ingat hari ni nak puasa..tapi x terbangun sahur plak...

Dan tak terqiam plak, mashaAllah!

Biasanya terbangun sendirew.. :=(

Mudah2 han lh Allah bagi aku pahala berniat ye..Amin.


Ketiga,

Aku ada order ayam masak rendang tapi yang aku dapat ayam masak rendang yang rasa sebiji ayam masak merah. 

Ha ha cenggana tu?

Harga dia boleh beli Rm10 top up,

Tapi hanya kenyang je aku dapat tanpa merasai ayam masak rendangnya sebiji yang macam arwah mak masak.

Tapi aku tetap bersyukur laa...

Walau pun dalam hati berkata2 juga, 

'aku rasa masakan terakhir aku untuk arwah mak ayam masak rendang hijau dengan ayamnya yang kurang lembut dulu lebih sedap.'

MashaAllah.

Astaghfirullah.

Lepas tu aku beli nasi lemak.

Tak rasapun sayanggg oii lemaknya sangat.

Korang kalau nak masak nasi lemak..ye nak kasi jual..

Jangan kedekut santan, boleh?

Lebihkan lah santan...baru terasa lemaknya...

Baru berbaloi dengan harganya..

Kan.

Nasi dah bagus tu pakai beras mahal..terpuji,

Tapi lemak nasinya tak terasa..

Macam makan nasi biasa.

Yingga poringgea,,, =D

Tapi tak pelah..

Makanan dunia kan...

Pastilah ada kurangnya ada ujiannya...


Kempat,

Hari ni sebenarnya aku kurang selera nak makan nasi, mee, kek atau yang berat2 ape pun,

Walau pun jaraknya semua semeter dua meter je dari aku..

Aku teringin yang x de..

Jajan..aku nak benda jajan...

Tapi itu lah..aku ni jenis yang kalau teringin nak time tu jugak,

Esok2 kalau ada...selera aku dah tak de!

Mengada2 nafsu aku ni kan...

Nasib dia merajuk tak lari mana, duk dalam diri je..

Dan melantak jugak nasi lemak dan rendang ayam konfius!


Ok itu je...keajadian2 yang membuat aku bingung sekejap hari ni...

Dalam diri sibuk fikir2 Allah...

Dia pun meng kejadiankan benda2 ni...sebagai ujian..

Alhamdulillah..Astaghfirullah!


Maafkan sy jika ada Salah silap tutur bichara!=) gitu...