Ya Allah...
Aku tiada suami yang bertaqwa..kerana belum bertemu jodoh dgnnya..
Aku tiada ibu bapa yang bertaqwa..kerana telah meninggal dunia..
Aku tiada adik beradik yang bertaqwa kerana mereka leka dengan dunia semata..
Aku tiada kawan2 yang bertaqwa kerana aku tak mahu mendekati mereka, khuatir mereka jadi rosak kerana tak tahan ujian Mu yang Kau berikan melalui hidupku..
Aku ya Allah tak mampu dapatkan kekuatan dari semua tu..
Apatah lagi dengan Kau uji aku didekati dengan ujian orang² yang tak soleh yang meruntuhkan agama sendiri kerana tak menjaga solat..
Dan dengan ujian makhluk ghaib dan sekutu² nya dikalangan orang² yang tak mahu berjuang tuk agamamu ya Allah..
Menganggu gugat perjalanan diriku...
Imanku..hatiku..
Khuatir aku makin lemah ya Allah..
Ya Allah mampukah aku nak berjuang dalam iman hingga dapat ke syurga seorang diri macam ni?
Ya Allah..walau aku sedari sebenarnya dan jika aku faham...
Kau takkan menimpakan sesuatu melebihi kemampuan yang Kau berikan kepada hambaMu..
Dan,
Hikmah dan tujuan semua ini Kau izinkan berlaku...kerna,
Semua ini adalah ujian..
Ujian yang menguatkan diriku untuk selalu kembali kepadaMu...
Yang kan lebih meninggikan martabatku di sisiMu...
Kau tak mahu aku hidup leka tanpa memperdulikanMu...
Tanda kasih sayangMu..
Kerna,
JanjiMu syurga untuk hamba yang taat dan beramal ibadah...
Neraka bagi yang meninggalkanMu..
Hanya ujian yang boleh menghentikan dan mengheret aku kepadaMu..
Yang bermaksud ..
Di saat tiada siapa..
Hanya Ada Engkau...