Saja Nak Bagitahu

 

Banyak tul dugaan hari ni as usual. Tapi aku hadapi dengan biasa saja. Sebab hari hari pun dapat dugaan yang sama meski caranya sedikit berbeza. Tak pernah lupa perbezaan dugaan hari ni dengan yang semalam..semalam.

Hingga hari ni aku masih lagi hidup dalam diuji dengan dugaan tu. Sekiranya memang aku akan ajal..disebabkan dugaan tu..mungkin dulu lagi aku dah mati...bukan sekarang. Maksudnya diri ni kalau dah tertulis ajal tak de sebab ape pun boleh ajal..kan.

Tanpa dugaan tu pun aku dikelilingi dengan dugaan lain. Maksudnya memang hidup ni tak lari dari dugaan dan kesusahan..

Cuma susah tu pandai2 lah nak cover jangan sampai rasa tu terjangkit kat orang lain...susah hati jugak kalau lihat orang lain susah angkara luahan hati diri (melalui suara). Tulisan ni tak de kut)

Aku lebih seronok lihat orang lain bahagia. Fuh! Tak sikit pun dengki. Alhamdulillah. Bahagia lah kou sampai setinggi langit..aku tak kan heran dan tak kan dengki..apatah lagi nak menjatuhkan. Rezeki masing2. sebab kebahagiaan ape pun boleh jadi terapi diri..

Dengki ni serious memalukan. Sebab ia sejenis sifat mazmuah. Malu lah kalau diperlihatkan ke orang lain. Diri yang ada ilmu ni tahu dengki apa yang dibolehkan je. Selebihnya berdosa. Memakan pahala sendiri.

Actually, fuh actually...

Bila tengok orang happy.. itu lah yang diri nak..bukanlah kesengsaraan penderitaan yang terlihat di depan mata. Misal hidup diri sudaa derita..apakah mahu dilihat derita dan ditambah derita lagi...? fuh! derita kah?? 

Alhamdulillah dalam dugaan aku boleh ceria lagi...boleh tergelak lagi atas apa pun yang lucu dalam hidup ni..kalau tak de dugaan..lagi la berganda ceria aku...tak terasa terkesan susah di hati..sebab adanya amalan normal diri sebagai orang islam ni kan..baca al quran..zikir2 sebagai terapi...meski pun dugaan diri berbolak2 balik..maybe berbolak dan tak tertolaknya tu sebab diri yang kurang usaha atau sebab Allah saja nak bagi peringatan supaya tetap tak lupa Dia selalu kembali pada Dia.

Bahagia bagi aku..aku dah bahagia dalam agama..

Aku percaya saat bahagia aku secara keseluruhan nanti akan tiba aka takde satu pun yang buat aku tak bahagia dalam hidup..kalau bukan di dunia tapi di akhirat...insyaAllah.

..hakikatnya,

Dalam hidup ni ada je yang tak senang tengok aku bahagia..tak tahu lah..mungkin sebab jahil or dengki kut. Tanpa dia sangka dan tuduh aku buat jahat kat dia pun, wujud orang yang pangai suka ganggu hidup orang lain ni. Agaknya diorang pakej atau semua sebab di atas. 

Dosa diorang sendiri pun tak nak fikir. Tak nak fikir tak solat tu berdosa, tak buat perkara sunat tu rugi. Mungkin sebab tu apa yang dia nak buat orang lain jatuh ke berdosa, jatuh sakit...dia tak nak fikir bahawa dia sedang berdosa..jenis tak takut dosa.

Tak ape lah...

Mungkin tak pernah ditegur Allah...bebas lah, Allah pun bagi chance tak kan aku tak bagi chance. 

Cuma...kalau itu istidraj...

Renung2 kan lah...

Sekian..