Nak Jadi Baik Wajib Jaga-Jaga


Hari ni aku nak share berkenaan JAGA2. Bukan jaga2 jangan main mata, nanti jatuh cinta angau kan melanda tu. Tu lirik lagu tu. Tiiber.

Ni JAGA2 Untuk jadi baik2 yollz. Perrgh!

Nak jadi baik2 kena banyak jaga2 dan waspada kan.

Ustaz ustazah tolong check ni bethool tak apa yang saya tulis ni. Mestikan. 


Tips untuk selalu menjadi baik2. Alhamdulillah.

1. Jaga hubungan dengan Allah swt. Tunaikan tanggungjawab aka kewajipan diri pada Allah bab solat, zakat, puasa dll...aka jadi hamba yang taat dan beriman.

2. Jaga hubungan dengan ibu bapa. Jaga maruah diri sendiri sebagai anak dan juga jaga maruah ibu bapa, jaga aib diri sendiri dan jaga aib ibu bapa, jaga hati mereka aka ucapkan perkataan yang baik2, sentiasa beradab sopan dan berlembut, hormat, berbakti aka ambil tahu dan tunaikan hak serta kemahuan mereka. 

3. Jaga hubungan dengan sesama manusia. Saling tolong menolong, jujur, amanah, ucapkan perkataan yang baik2, beradab, bersopan, hormat menghormati  dsbg.

3. Jaga kesucian hati sendiri, banyakkan melakukan amalan sunat membantu mengganda pahala dan menghapus dosa2 yang menghitam hati. Bersedekah, melakukan puasa sunat dan solat sunat, banyakkan berdoa.

Dalam diri jaga2 tuk dapat pahala..
sebenarnya secara tak langsung diri jaga tuk jauhkan dosa jugak..

..kan.

4. Jaga anggota tubuh badan daripada melakukan perbuatan maksiat dan kejahatan. Mulut, kaki, tangan, mata, fikiran, hati dan sbgainya, tak dibawa dalam perbuatan dosa, dosa kepada diri sendiri kepada Allah dan semua orang. Mulut tak mengadu domba tuk saling menghasut tuk saling bergaduh, tak saling mengeji. Tangan dan kaki tak digerak tuk mencuri dan mengambil sesuatu yang haram, tidak melakukan tindas menindas aka membuli yang boleh mewujudkan permusuhan dan memutuskan perhubungan,..telinga tak dibawa tuk mendengar perkataan mengumpat dan tak dibawa tuk mendengar muzik hingga terlalaikan dari mentaati perintah Allah..dsbg.

Boleh nak dikata, selagi namanya itu yang baik2, pilihlah...
Yang dipilih tu sudah suatu yang baik..
Meletakkan diri di kalangan orang yang berkehendakkan yang baik2.
InsyaAllah semoga Allah meletakkan diri di kalangan orang lulus sebagai orang yang baik2.
Hakikatnya,
Beramal ibadah itu bukanlah ukuran baiknya sudah akan seseorang itu. 
Tapi untuk menjadi hamba Allah yang taat dan baik, semua itu mesti dilakukan..

Sedang jua..
...diri dilarang untuk merasa dirilah yang terbaik...
..dilarang merasa diri adalah seorang yang sangat baik.
Sepertimana...
Memilih dan mengaku jadi beriman itu wajib.
Namun lain halnya bila mengaku diri sendiri adalah seorang taqwa dan seorang yang tergolong orang yang baik2..dan itu dilarang.
Status itu hanya Allah swt saja yang tahu dan Dia sajalah yang boleh menganggap serta menentukan tentang taraf baik dan taqwa akan hambaNya.

Menjadi taqwa itu baik,
Menjadi baik2 itu jalan kepada taqwa..

Jadi,
Indahnya memilih tuk berada di kalangan orang yang berjuang ke arah baik2 dan taqwa.

Memilih yang baik2 tu membersihakan hati dan mendatangkan redha Allah.
Sedang...
Ingkar perintah Allah atau menjadi jahat itu menghitamkan hati...mengundang murka Allah.
Nauzubillah.

Hanya..
Dalam diri menjunjung dan berjaga2 dengan semua tu..
Pasti akan ada ujian dan cubaan dari Allah.
Dan sedar hakikatnya diri bukanlah seorang yang sempurna..
Kalau terbuat dosa..cepat2 lah menyesal dan insaf.
Aka bertaubat...InsyaAllah, Allah sentiasa akan menerima taubat hambaNya selagi mana hambaNya tu masih diberikan rezeki hidup, rezeki nafas, rezeki jantung berdenyut...berdegup..apakah sama je.
Yakinlah..Allah swt pastikan maha menerima taubat hambaNya. Allah maha pengampun.

Ok,
Sama2 lah beramal...tuk mendapatkan syurga yang luas terbentang tu.

Tak terbayang bestnya macam mana. Tapi best laa...

Macam duk dalam satu dunia ni...tapi pasti keadaannya jauh sangat berbeza...

Lebih baik..
Lebih bagus,
Lebih sempurna,
Tak de lebih lah...tapi memang sempurna..dari segi kualiti nya..ada nilainya...indahnya..yang tidakkan luput serta tidakkan hancur sampai bila2. Fuh!
Harus puji ciptaan Allah. kan kan...
Kita pun yang duk dalam tu tak mati2 macam manakah rasanya...aduih..
..hidup tanpa rasa takut tuk terbuat dosa lagi..
..ya..takut tersilap itu terkurang ini...risau tak mampu buat dengan sempurna..terjejas mana2 yang menerbitkan dosa lalu mengundang murka Allah..Allahu. Nauzubillah.
Kat sana nak makan tak takut lebih2 makan..lebih makan yang kat dunia ni selalu dirisau undang penyakit, buat malas beribadah. Belum campur risau halal tak halalnya lagi. Allah.
Nak bercampur gaul pun selesa semua dalam tu baik2 belaka. Allah..
Itulah kehidupan saat tanpa ujian yang dinanti...
Sedih...😥 

Selagi diri masih hidup di dunia ni...
..maksudnya ujian dan perjuangan tu..belum lah selesai...


Sekian. Sama2 muhasabah..
Semoga kita layak ke syurga semuanya..Aamin.


Your sincerely, owh..lupa bukan surat..