Kalau Fikir Susah Senang


Hidup ni kan diri jangan fikir susah senang susah senang...nak buat sesuatu benda yang dihajat tu..
InsyaAllah ada jalan teruslah jalan,
Usahalah dan Tawakkal 'alallah.
Aka,
Kalau ada rezeki terus lakukan tanpa berkira. Allahu.
Kalau diri fikir susah senang,
tak de lah diri hidup dalam berpahala...
tak de lah diri hidup dalam berkasihani dengan sesiapa pun.
tak de lah diri hidup dalam menolong diri sendiri tanpa membebankan sesiapa.
Selagi ada tulang empat kerat,
Pakailah dalam beribadah..

Mencari rezeki itu suatu ibadah..
Menolong orang itu suatu ibadah..
Dan,
Semua benda baik2 pun suatu ibadah sebab wujudnya di situ pahala.
InsyaAllah sekiranya dalam kawalan.

Ape benda..benda yang baik nak dikawal..?
Ade...benda baik yang dikawal..
Semuanya harus dalam kawalan...
Kalau terlebih nanti mengabaikan tanggungjawab lain...
Contoh,
Tidur itu ibadah tapi mesti dikawal, macam mana tidur kalau terlebih?
Makan itu ibadah tapi mesti dikawal, macam mana makan kalau berlebih?
....dan lain2.
So,
Jangan fikir susah senang.
kan..kan..

Memang,
Masalah ape pun..ia adalah sesuatu benda yang susah sekiranya diri tak de ilmu,
tak de rezeki,
tak de kemampuan,
nak menyelesaikannya...
Tapi kalau ada jalan semua senang...
insyaAllah..
Allah kata, 
Dia beri masalah seiring dengan jalan penyelsaiannya.
So,
Kalau penyelesaian tu kemampuannya tak wujud pada diri kita,
InsyaAllah ia ada pada diri orang lain.
Sebab tu hidup kita ni kena saling tolong menolong..kan.
Ada rezeki pergi tolong sesiapa pun.
InsyaAllah itu yang akan membuat Allah redha kepada kita.
Semoga dengan itu Allah membuka jalan agar rezeki kita semakin bertambah.
Aamin.

Tawakkal 'alallah.


Sekian.