Aku Tak Boleh Keliru...

 Firman Allah dalam surah al Jumuah ayat 5:

"...buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat keterangan Allah, dan ingatlah, Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang Zalim."


Bila baca makna daripada ayat di atas. Tiber rasa tersentap aku. Aku biasa fikir,..'adakah aku memang tergolong orang2 yang zalim ya Allah, hingga kadang2 aku dipersalah itu ini yang aku tak bermaksud? 

Sedang aku sedar Allah hanya akan menghukum bagi mereka yang sengaja dan bermaksud aka berniat dalam perbuatan salahnya..supaya terjadi begitu dan begini pada aku. 

Sedang mereka juga seorang yang sangat confident dalam percakapannya dan merupakan orang islam sendiri. Aku keliru apakah aku layak diperlakulan begini walaupun aku tak tahu apa salah aku dan aku tak buat apa pun yang mereka tuduhkan?. Kalau aku benar2 pesalah kan..dah lama kut aku ke jail. Nauzubillah. Seolah mereka sedang tunggu aku jatuh salah sendiri atas kezaliman dorang sendiri lalu meringkuk dalam tu. Omg Nauzubillah. Aku masih waras ya. Bukan syurga dan neraka dunia yang aku nak cari tapi syurga akhirat. Kang dunia tak dapat akhirat berserakan. Omg again. 

Bila fikir ayat di atas...ayat tu seolah menjawab hati aku..memujuk hati aku. 'Kalau kau zalim kau tak kan lah diberi petunjuk oleh Allah macam ni..?' Fuh lega aku...Alhamdulillah. Semoga benar..dan semoga aku tak keliru dengan keadaan diriku sendiri yang tak bersalah dan bukanlah harus merelakan mereka membuat dosa ke atas diri aku sendiri (boleh tuntut kat akhirat) hanya kerna percayakan karekter mereka sendiri seorang yang confident bila bercakap dan seolah warak.

Kerana terlampau tak logiknya perbuatan mereka itu ya Allah..membuat aku keliru..buat benda tak logik bercampur baur sikap seolah warak..Allahu. Macam mana aku tak percaya kalau aku ni jenis yang mudah percayakan orang. Walaupun apa yang mereka tuduhkan tu tak nampak bukti dan juz merepek2. Dalam juga aku pernah terfikir mesti mereka ada tahu sesuatu yang aku tak tahu sebab tu mereka macam tu. Mungkin mereka benar. Mungkin aku harus biarkan mereka..tapi kalau mereka betul kenapa secara senyap2, aku minta pengakuan tak mahu berterus terang dah buat aku macam tu macam ni, dibelakang aku bercakap hal aku ke orang sana sini omg..

Mereka fikir mereka menyorok mereka betul. Menyorok tu la tanda memfitnah dan tak betul. Sepandai2 tupai melompat nanti kat akhirat akan tahu jua..Allah nampak lah kan. Berlakonnya tu macam real sangat tak bersalah dan menafikan tak buat aku macam tu macam ni..sampai akhirnya aku malas nak fikir dan pilih percaya dia tak buat walau memaang tak percaya pun dia tak buat, demi hubungan tetap baik. Betapa aku sabar nya tahap nak jadi wali dah kut. Aamin. Bukan apa diri tak sanggup berkenaan hal maruah diri sendiri ni dijaja jaja...diaib2. Padahal its nothing...

Kadang kalau aku jatuh betul2 percaya. 'Kenapa dengan aku ni??' Dan aku cepat menafikan..'no..sebenarnya aku lah lebih tahu keadaan diri aku sebenar..aku tak bersalah dan ini semua fitnah dan suatu agenda nak menjatuhkan maruah aku. Mereka yang memulakan fitnah ini hanya pendengki dengan diri aku yang jika bebas dari tuduhan ni aka tak difitnah dan disusahkan, pasti aku akan maju, disayangi dan berjaya dalam hidup. Sementara mereka pula adalah seorang yang tak pernah puas hati dengan apa yang Allah dah beri pada mereka kerana iri hati dan dengki.

Memang lumrah kan kadang diri boleh jadi keliru. Sebab yang terdorong mempersalah tu jugak antara orang yang boleh dipercayai kerana seolah warak...

Bila aku fikir2..sebenarnya diri dia dah kantoikan diri dia sendiri seorang yang tak warak pun sebenarnya dan tak boleh dipercayai dalam baiknya dan dalam kata2 nya..harapkan confident je. 

Aku dah belajar dari hidup, orang confident tak semestinya percakapannya betul dan benar..fikirkan je seorang pencuri dan perompak..diorang pun seorang yang sangat confident dalam mencilok duit. Sedang perbuatannya mencilok duit tu salah.

dan jugak..sambung tadi..

..kerana seorang yang benar2 warak tak kan terlibat dalam hal menunding jari pada orang lain sedang mereka bukan melihat dengan mata kepala sendiri...bukan bertanyakan kepada aku sendiri apa jadi..polis pun kan kalau nak siasat..dia tak tanya sebelah pihak aka dia tak tanya saksi kejadian je ape jadi..tapi dia akan tanya suspek sekali.

Sedang diorang lebih kepada menggunakan status diorang untuk membuat dan menarik orang lain percaya kata2 diorang, yang kononnya lebih rapat atau lebih kenal dan tahu hal sebenar tentang aku..

Betapa kuatnya sakit hati diorang kat aku. Rela menggadaikan akhirat sendiri demi dunia yang bakal roboh kerana bakal kiamat ni..

Nasihat aku kepada yang demikian seandainya dia perasan belok aku ni...'diri fokus pada amal nak dibawa nanti je lah...jangan sibuk fikir nak terus tunding dan main2 kan hidupaku secara kasar macam ni. Nanti jawab soal mungkar nakir...nama aku yang korang sebut. Abis tu kat dunia diri aku je yang korang sibukkan...keredhaan Allah langsung tanak fikir.

Nasib Allah selalu nasihat aku...peringat aku hadiah kat syurga kalau sabar...korang serius yang rugi nanti tak dapat apa. Jadi fikir2 kanlah.. 

THEN,

Berhibur..berhibur jugak..kerja kerja jugak..rehat rehat jugak..Jom beramal..jom fikirkan nak masuk rumah kat sana dengan amal soleh yang mana..best kan.

Dan jangan lupa aku pun manusia jugak. Apa korang tahu aku pun mampu tahu...

Apa yang korang dengar..aku pun mampu dengar..

Korang tak yah tegakkan atas benda apa pun pelik sedang aku pun sedang pelik apa yang berlaku pada diri aku. Aku yang harus protes kat Allah atas apa yang berlaku, bukan korang..iaitu kenapa jadi pelik camtu..dan dengan pelik tu orang jadi tunding aku..Ya Allah?. jadi kalau aku pun tak protes kat Allah..korang tak diuji ada pelik cam tu sepatutnya harus bersyukur dan diam...ni hanya melibatkan aib aku..bukan korang..

..............Korang ada hak atas dunia ni...aku pun ada...aku tak dapat..korang je dapat...meh buat pertukaran..aku plak dapat kat sana nanti..korang tak yah...sebab korang halang jalan aku nak bebas dalam jalan Allah dengan tenang dan waras dalam dunia ni. Korang dah susahkan aku...Sekian..Boleh fikirkan lagi nak berubah dan bertaubat tuk aku maafkan, sebelum aku dah tak de..no more chance.

Macam ayat kasar kan..

but

I juz learn to be serious...huhu..korang kan tak suka sangat aku buat lelucu dan lelawak...tak suka aku nak chill dengan pe jadi..nak jugak lihat aku jatuh sentap...toyak...macam aku lah pesalah sebenar atas dunia ni..padahal hakikatnya...korang yang memulakan yang menampkakkan jahat sendiri. Serius pergaduhan bukan karakter aku..aku nak redha Allah. Aku bukan jenis suka membesarkan sesuatu perkara..Kadang aku bersuara sebab juz membela diri aku atas sebab aku teraniaya..bukan jahat..aku perlu bersuara...tuk menegur..sebelum bala menimpa atas muka bumi sebab membiarkan kezaliman yang jadi..bala macam covid. Korang pernah nak apa pun susah sebab ada covid. Tu impak menghalang kebebasan aku yang Allah nak korang sedar dan insaf. Tapi korang tak nak sedar terus menyalahkan aku. Kan...

Tiber...

Apa pun aku nak minta maaf kalau salah cakap...bye...semoga tenang..