Aku Kuat Atau Lemah..?


Nak tau diri ni betul2 lemah atau kuat..

..aka samada kekuatan diri tu bergantung pada harta benda, makhluk atau direct semata2 dari Allah?

Contoh:

Kalau diri ada barang kemas yang diri pakai kat badan.

Cuba bayang kan diri tak memiliki pun barang kemas tu.

Takade pun kat situ.

Kalau dia tak de...

Diri hilang semangat atau lemah ke tak?

Kalau lemah tu maksudnya kekuatan diri tu bergantung pada harta benda.

Itu syirik.

Sebab tu lah kan orang2 warak lebih suka berumah sederhana..biasa2 je.

Yang tak mampu pengaruhi diri..

Tak rasa obses..

Sebab bila diri terpengaruh...

Ia akan bertukar menjadi kekuatan diri.

Menjadi sebahagian dari hobi dan tabiat.

Tak ada tak boleh....

Padahal yang diri perlu obses tu dengan Allah..

Tak de Allah tak boleh..

Diri ni kena semai dalam hati bahawa..

Diri perlu Allah.

Bukan makhukNya dan harta benda tak perlu.

Perlu..

Perlu yang tak lah sampai terpengaruh menjadi sebahagian dari kekuatan..

Macam trend akhir zaman ni..

Ada henfon Kekuatan tuk happy..

Ada make up Kekuatan tuk yakin diri..

Ada alat solek Kekuatan tuk tampil cantik..

Semua rasa bergantung makhluk...

Sewajarnya ada semua tu..

Dalam setiap usaha..

Biasa2..

Tanpa dipengaruh...

Tanpa harap apa2..harap cuma pada Allah..

Aka tawakkal..

Bersyukur..


Nanti masa di hisab..

Benda semua tu tak ada..

Apakah diri akan persoalkan kalau dah tak nampak setiap nikmat yang dikecapi dulu??

Sedang kan di padang mashar tu diri hidup..

Kalau mati tu lain citer..

Itulah bukti bahwa diri ada semua harta benda tu di dunia hanya tuk diuji.

Dan bukti..semua2 nikmat tu bukanlah dicipta tuk kekuatan diri.

Akhirnya Allah musnahkan macam tu saja.

Tak boleh bantu apa2.

Allahu.

Kecuali hasil dari jalan Allah dari benda dunia yang diri adakan tu..

Allahu,

berupa pahala..

ikhlas kerana Allah..


Wallahu 'lam..

Jom sama2 lah diri memperingati dan memperbaiki diri...


Sekian..