Apa Yang Best?


Meneliti hari yang tak wajar dirasa dan diperkata membosankan..
Walhal nak dirasa bestnya atas ujian baru yang satu ini..
Payah...
Hanya merenung dari hikmah di sebaliknya,
Di situ..ada sebuah ganjaran yang berbalutkan keredhaanNya seandainya diri menghadapi dengan penuh kesabaran...
Lalu diri pun bersyukur...
Hah..itu best..

Perkembangan seminggu covid..
Berat aku dah tuwun 4 kg..
Diet saja² mana nak dapat macam ni.
And macam² lagi rasa turun,
Tinggal tunggu diri turun dalam kubur je blom lagi ni...
Turun dalam tu tak semestinya kerana covid.
Duk saja² pun bleh sampai ajal, 
..tak sakit apa...
..kalau dah tertulis.

Sonoknya kalau dapat mati khusnul khotimah kan.
Ya Allah! Sekiranya lah di waktu aku memang dah tercatat boleh dapat khusnul khotimah. Di kala itu mati kan lah aku ya Allah kalau itu yang terbaik.
Dunia ni pun bukannya best akhir zaman ni macam² nikmat dan ujian yang membahayakan amal soleh diri jadi hancur kerananya..
Nauzubillah.

Allahu..

Allah je yang tahu diri dah ditahap mana..
So jom sama² berlumba kejar khusnul khotimah...



Sekian.