Tentang Suka Dan Dosa

 SUKA

Hidup ni bukan tentang suka tak suka diri..

Hidup ni tentang suka tak suka Allah...

Semua benda mesti ikut aturan dan sukanya Allah..

Apa yang diri pilih bersesuaian dengan apa yang Allah suka atau redha (yang halal dan tidak dilarang)

Mendekatkan pada puasnya hati Allah Aka redha Allah kepada diri.

Dalam erti kata,

Diri memilih apa yang tertulis seiring dengan apa yang Allah suka.

Cuma tinggal ia disandarkan pada Allah dan niat kerana Allah.

Menyedari membuat Allah redha itu ialah jalan untuk diri mudah ke syurga.


DOSA

Dosa sesama manusia membuat kacau,

Lebih kacau apabila diri memperindah bahasa dengan sopan..

Namun, 

Yang di sekeliling mencoba tuk merosak..

..menjatuh diri dalam dosa,

Merosak melalui tingkah yang buruk,

Kata lidah yang menyakiti,

Jelingan yang maut,

Wajah yang penuh kebencian..

Tanpa belas..

Apakah tatkala diri menjaga lisan jua terjadinya ujian atas mulut mereka,

Apatah lagi seandainya tak menjaga apa²,

Allahu.

LEMAH!

KAMI HAMBAMU YANG LEMAH..

Mampu memilih positif tapi memilih sebaliknya kerana keegoan,

Walhal,

Di sisi ada kitab al Quran tapi tlah lama dipandang asing..


Wallahu a'lam