Kenapa Kena Kecam?

BILA ISU YANG DIBANGKITKAN IALAH "Gelek orang kecam, tak gelek pun orang kecam jua"

Meh, aku nak komen skit tentang ni...

Kau gelek dalam bilik air tanpa siapa pun tahu, mana ada orang kecam...


Lagi satu..bukan isu ada orang kecam atau tak de orang kecam, tapi isunya ialah Allah murka atau tidak...sekian...hamba Allah yang paling beradab di muka bumi berbanding aku..dan yang paling mulia jua berbanding musuh Allah, dan tak pernah buat salah...hehe!


Betul²..kata budak umo 5 tawun. 

Lepas tu...

Mama!..nak syusyu... 

Ape daa..masuk plak dialog dia...


Sebenarnya itulah lumrah..bila kita pernah buat salah atau buat sesuatu yang tak boleh diterima orang ramai, atau buat sesuatu yang tak disukai..Allahu..sampai bebila pon orang akan hingat..selagi tak nampak berubah 100% selagi tu dikata...


Macam kehidupan seorang banduan, ada juga yang mengejek dan memperkata dia seorang bekas banduan walau dah keluar penjara dah bertaubat buat keja halal. Masih ada yang pandang serong..pandang hina..orang sukar nak percaya dah berubah. Itu lah namanya ujian bila berada di jalan yang benar. Giitu.


Hakikatnya diri ni Allah uji, samada nak berubah kerana manusia ngata kah..atau kerana Allah...kalau berubah kerana manusia...pastikan kerana kesian, kesian makin berlambak dosa ngata dia, kerana salah aku jua, nanti Allah akan sayang sebab kita sayang dan menjaga orang lain dari terbuat dosa..bukan kerana takoot melebihi Allah. Lepas tu bila dah tak kena kecam dah...mula balik buat dosa..sebab insaf dulu tu tanpa takot dengan Allah..tapi takot dengan manusia..


Sekian yang sebenar² sekian...boleh juga kesian...ayat terbalik..