Yang Layak Merasa Mulia Tu Cuma ALLAH

 


Secara apa yang aku tahu la, kita semua ni tak de yang mulia, sama saja di sisi Allah swt, makhluk yang kerdil hina dan lemah. Tanpa bantuan Allah kita tiada apa. Yang membezakan taraf kita di sis Allah adalah melalui amal ibadah. Kalau diri rasa amalan diri pun tak pasti diterima Allah swt. Layakkah nak kata diri dah ditaraf mulia berbanding yang lain.

Hanjing tu diberi kekurangan dan keburukan macam tu sekadar tuk Allah uji kita. Mana ada Allah nak ciptakan sesuatu makhluk tu tuk Allah zalimi. Pastilah Allah ciptakan haiwan macam tu sekaligus menerbitkan pantang larang ke atasnya buat menguji kita ni, taat ke tak taat perintah Allah. Kita ikut je apa Allah suruh. Tapi jangan merendah² kan, jangan mengeji, mengejek dan jangan menghina. Nak berdakwah..berdakwah, tapi gunakan perkataan yang sopan dan beradab. 

Ape kah diri rasa dengan bercakap sesuatu yang menghina kejadian mahluk lain itu akan mendatangkan redha Allah? Sedang haiwan seperti itu tiada pilihan. Sedangkan Allah sengaja menciptakan dia begitu.

Mungkin diri sendiri pun dah lupa kisah seorang lelaki soleh yang menjadi penghuni syurga selepas dirinya bersedekah roti kepada anjing, sedangkan sebelum itu dia telah melakukan maksiat dan tercatat sebagai penghuni neraka. Pengakhiran kita yang menentukan kita mulia atau hina di sisi Allah. Pilihlah pengakhiran yang mendatangkan redha Allah dengan menjaga akhlak dan memuliakan sesama makhluk yang lemah dan kurang dengan cara dan adab yang tertentu, bukan pengakhiran yang tidak mendatangkan redha Allah dengan tidak menjaga Akhlak aka biadap. Yang layak merasa mulia itu cuma Allah swt. 

Di akhirat nanti, yang utama yang akan dipandang Allah ialah akhlak di samping solat, bukan berakhlak tapi tak solat, bukan solat tapi tak berakhlak.


Wallahu a'lam