*MuhasabahSeciput
Apakah ada worang dalam dunia ni yang suka² je nak menyusahkan orang lain?
Mana lah ada orang yang nak menyusahkan saja², kecuali dia memang susah. Samada susahnya kepada seseorang itu, sebab dia sakit mental, sakit jiwa, malas, terlebih berat, rabun, berpenyakit kronik, tiada ilmu, aka susahnya itu berlegar pada ketiada mampuan nya yang boleh diselesainya sendiri mahupun tidak (dengan bantuan orang lain)
Jadi di sini bukanlah semestinya diri perlu melayan pada ketidakmampuan itu bulat² lalu memilih menyushakan sesiapa, seharusnya, kalau diri susah sekalipun, selagi ada kemampuan selesai sendiri, sedaya upaya usahakan tuk menyelesainya sendiri. Biar susah sendiri². Kalau sekiranya perlu khidmat sesiapa atas tak de kemahiran atau benar² tiada kemampuan diri, baru lah meminta tolong sesiapa. Itu pun sekiranya benar2 penting.
Tak penting, tapi perlu menyusahkan sesiapa, sebolehnya elakkan. Pastikan kalau penting ke tak penting ke sesuatu yang nak dilakukan tu, selagi ada usaha dan kemampuan diri, elakkan menyusahkan sesiapa. Jadi barulah sesuai dengan istilah suka tolong orang.
Membebankan orang lain dengan masalah diri meskipun dengan hanya meluah adalah suatu yang membuatkan orang itu jatuh kepada susah. Bagaimana seorang yang suka menolong suka melihat orang itu susah..? Susah hati juga masuk dikategori perlu ditolong. Susah hatinya mendengar masalah diri.
Orang yang suka menolong, usah lihatkan kesusahan diri. Selesai sendiri dulu, kalau usaha dah habis, baru usaha dengan meminta pertolongan sesiapa atau jika tiada siapa yang dirasa mampu tolong, berserahlah pada Allah swt.