Marah tu adalah fitrah manusia.
Tanpa ada rasa marah sekiranya berlaku sesuatu yang salah atau tak diingini,
Seseorang itu diibarat seperti keldai.
Bukanlah bermaksud diri wajib marah kalau tak marah takut diibarat keldai.
Sedangkan kalau marah pulak ia menyukakan syaitan.
Marah tapi ianya dikawal.
Perlu untuk tegur yang salah.
Tapi dengan adab dan akhlak.
Sesuatu yang menyukakan syaitan itu ialah sekiranya marah yang tidak dikawal dengan adab dan akhlak yang mulia.
Islam menuntut diri untuk sabar dan tenang dalam menegur cukup dengan adab dan akhlaknya.
Sekiranya yang batil tidak ditegur, itulah yang menyebabkan..
Lebih berleluasa maksiat,
Lebih berleluasa kejahatan,
Yang akhirnya mengundang azab Allah.
Apa jua perbuatan pun mesti dikawal dan sederhana.
Dalam makan, minum, tidur, bercakap, bekerja dan sebagainya.
Sekiranya ia berlebihan boleh mendatangkan mudharat.
Wallahu a'lam.