Fahamilah Bukan Kini

 

Jangan dirintih apa yang diri tak dapat di depan mata,

Nikmatilah atas apa yang orang lain kecapi dan syukurilah...

Jika itu hukuman tuhan..

Hadapilah dan berdoa semoga suatu masa apa jua nikmat yang seolah tertangguh itu diri akan rasainya..

Selepas berakhir..

Hanya orang baik saja yang suka beralah dan memikirkan kesusahan orang lain..

Meninggalkan kepentingan diri tanpa meninggalkan harapan akan mendapat secara sama, 

Adil dari tuhan..

Suatu masa,

Fahamilah bukan kini,

Mungkin nanti..

Aamiin...