Tanda-Tanda Aku Nak Berhenti Menyanyi


Mengintai dari tirai kamarku ke tirai kamarmu..peergh tiber!
Berdosa mengintai². Merisik tak pe. Haha..guraw je.

Topik hari ini adalah..tanda² aku berhenti menyanyi.

Aku sedang dalam istiqmah untuk berhenti dari menyanyi sumbang ni. InsyaAllah Allah izinkan. Bukan mudah ye sebab nyanyian ni sudah menjadi sejiwa dengan aku. So selow². Kalau tak mampu benti nyanyi dalam app karaoke tu..aku kena puasa sebulan. Hah, gitu! Aku tak main², tapi cuma sebab tak mampu. So ini cabaran buat aku. 

Tanda² aku nak benti menyanyi.

1. Aku bagi mesej di gambar profile yang tak pernah aku letak sebelum ni. Iaitu mesej makluman yang aku hanya sekadar sementara saja di situ. Aku bagi klu, atau surprise skit melalui gambar yang pelik selama beberapa hari yang akhirnya aku tunjuk kan mesej aka maksud sebenarnya di gambar profile bhwa aku tak kan kekal menyanyi di situ.

2. Aku semakin mesra dengan geng² menyanyi dan semangat menyanyi dengan aura berbeza dari biasa, sebab aku merasa aku tak kan lagi bersama semua tu lagi nanti.

3. Aku tak letak gambar profile cantik² tapi juz blank beserta mesej.

4. Aku tak bermood nak layan babak dan tak menjiwai watak seperti biasa.

5. Aku tak tambah followers lagi.

6. Aku tak cari lagu lain lagi dari yang bukan followers aku tapi aku juz fokus pilih pada yang followers aku open je.

7. Aku tutup akaun smule aku yang lain sebulan sebelum. 

Sentuh bab akaun smule lain. Aku sebonarnya ada tiga akaun smule. Akaun pertama aku adalah akaun nasyid. Aku setting tuk nyanyi lagu² nasyid je semua, tak kira duet pompuan lelaki atau nyanyi solo. 

Akaun kedua aku plak akaun bebas, maksudnya lagu nasyid dan lagu bukan nasyid bleh, nyanyi dan babak dengan laki pompuan boleh, open oc boleh, nyanyi solo public boleh, dll. 

Dan akaun ketiga aku yang aku tutup beberapa lepas plak, aku setting juz nyanyi dengan sesama pompuan aje. Pompuan sama pompuan, tak nyanyi dengan laki. Lepas tu babak je boleh dengan laki pompuan dan akaun ni jugak aku tak buat open oc. Open oc dan nyanyi dengan lelaki aku buat dekat akaun kedua .

Aku set akaun dengan masing² berbeza peranan adalah untuk saja² nak seronok² je.

So dengan itu, habis sudahlah khidmat suara sombang aku di smule. Hihi. Tak kan ada lagi rekod² suara haku lepas ni. INsyaAllah Aamin. Aku tak kan masuk dah di app smule mahupun app² nyanyi lain tuk menyanyi sampai bila². InsyaAllah aamin. Istiqmah. Aku nak anggap aku tak pernah nyanyi pun.. tak pernah kenal muzik pun. Tak pernah sukakan muzik..gitu. Untuk berhenti nyanyi, mestilah buang ikatan semua tu kan dari jiwa, dari pandangan mata, dan dari pendengaran teliinga, dan juga kena berhenti seketika dari mendengar lagu², risau rindu n terkembali semula nyanyi nanti.

Actually ada satu kesan support utama aku tuk mampu berhenti..iaitu..Allah.

Dengan izin Allah, hadirnya seorang insan yang pernah dicintai itu tanpa rasa sukanya lagi padaku, perrgh, oh terima kasih tak menyukaiku lagi..mudah tuk aku tinggalkan semua ini sayang..giiitu. Fuh! (Maksudnya aku muncul di situ bukanlah tuk mengejar cintanya, bukan untuk berjodoh dengannya tapi memang tuk membuang rasa cinta di hati aku yang aku sukar lepaskan selama ni pada dia, dan akhirnya setelah aku mendapat tanda2 dia tak suka aku lagi, dan alhmdulillah rasa ini berganjak pudar). Sebab perah santanlah jadi camni. Merasa bahawa dia cinta dan sukakan diri ini dari awal. Membuat diri dirundung serba salah kerna fitrah diri aku yang tak suka menghampakan harapan orang. Githew. Belajar dari kesilapa..n.

Tak perlu susah² nak buat dia tak menyukai diri ini lagi. Tunjukkan karakter yang bukan dari diri yang sebelum ni..baru tahu cinta nya itu ikhlaskah atau sebaliknya..atau aku hanya perah santan. Githew.

So tiada lagi perasan² lepas ni denganmu. Sudah terbukti kau tak cintaiku lagi. Perrgh. Perah santan yang bisa membuat tertangguh tuk menolak bayangmu. Sayang. Perrgh! Lagi. Hahax. (Berlinang air mato den)

InsyaAllah..semoga. Kalau ada jodoh semoga berjumpa di syurga. 😞🤒 Allahu.