10 Doa Di Hari Jadi Ku

 

Hari ni aku besday!

Happy birthday diriku..

I got KFC di hari jadi ke 3* ini..

Dah tua pun aku..

Doa aku tuk diri ku di hari ini..


Doa level surat cinta beribu patah kata.


Bismillahirrahmannirrahim,

Allahumma solli 'ala Muhammad.


"Semoga Allah swt memberikan ku umur yang panjang serta diberkati dalam sentiasa mentaati perintah-Nya. Aamiin..

Semoga Allah swt memasukkan aku ke dalam golongan orang² yang layak menjadi ahli syurga firdausNya. Aamin.

Semoga Allah swt sentiasa mengampunkan segala dosa² ku, dosa kedua ibu bapaku, dosa² kaum muslimin muslimat yang hidup dan yang telah meninggal dunia, dosa² dulu kini dan selamanya. Aamin.

Semoga Allah swt melindungkan, menjauhkan, menyelamatkan, memeliharakan aku serta kaum muslimin muslimat dari azab neraka jahannam, daripada azab kubur, daripada segala bala bencana mara bahaya, malapetaka..serta dari segala fitnah² sebelum dan selepas matiku. Aamin.

Semoga Allah menetapkan aku mendapat khusnulkhotimah di saat matiku nanti dan dalam sempat taubatan nasuha. Semoga hidupku diakhiri dalam hari yang baik hari jumaat, penghulu segala hari, dan pada bulan yang sangat mulia bulan ramadhan. Aamin.

Semoga Allah swt memberikanku iman yang benar, ilmu yang bermanfaat, hati yang bersih, dan sihat tubuh badan selalu. Aamin.

Semoga Allah swt memberikan aku dan kaum muslimin muslimat taufik dan hidayahNya selalu. Aamin.

Semoga Allah swt memberikan pasangan hidup (seorang jodoh) kepadaku dan kepada sesiapa yang belum berjodoh, dengan pasangan yang terbaik dari sisiNya yang sentiasa menjadi peneman dan penyokong di jalanNya hingga ke jannah. Aamin.

Semoga Allah swt sentiasa mendengar doa² baik dan menerima amal ibadahku..serta kaum muslimin muslimat...Amiin..

Semoga diriku dan semuanya sentiasa dalam redha Allah swt..


Aamin..Aamin..ya Rabbal 'alamiin.."


10 doa² ku di hari jadiku...


Sekian