Sesi melepaskan makanan aiskrim dan popia raya ke dalam anak tekak done. Lepas ni aku rasa nak shopping lak. InsyaAllah.
Rindu bertandang lagi dengan arwah mak. Rasa terbayang lambayan terakhirnya sewaktu di tolak ke depan menaiki ambulan. Beliau tak mampu melambai tapi tangannya dinaikkan ke atas lalu telapak tangannya digenggam dan dibuka berulang². Lepas itu hampir dua minggu tak menjenguknya dek di halang doktor tuk mengelak atau mengurangkan risiko jangkitan covid ke atas pesakit. Saat doktor dah benarkan jumpa saat tu beliau diberitau tak de harapan tuk hidup lagi.😢. Waktu dibenarkan jumpa, then sehari lepas tu beliau menghadap ilahi pada subuh jumaat, tanpa anak² di sisi namun ditemani warga emas yang lain hampir seumur dengannya, nurse dan doktor.
Waktu aku menjenguknya. Aku perhati di dahinya penuh dengan air. Tertanya² jua, mungkin kah itu peluh. Tapi aku tak pernah menengok sesiapa pun ada peluh banyak tu dan bentuk bulat macam tu. Airnya sebutir² jernihnya bak embun pagi yang berada di dedaunan rerumput. Perrgh. Dalam sedih bermadah. Aku tak leh lupa. Tapi aku lap. Aku mintak izin tuk lap. Dalam matanya pejam tak bermaya. Sedang kepalanya lentok ke tepi sebelah kanan. Sukar tuk dibetulkan. Katilnya ditinggikan doktor dek kesukaran bernafas. Hairan kenapa peluh tu tak berserak dan meleleh ke tepi..kenapa dia masih bulat². Apa tu? Hairan hati aku. Lepas tu aku cium pipinya. Wangi semerbak. Biasa duk wad ni tak lah macam ni wanginya pesakit. Meneliti pengalaman pernah mencium pesakit di wad dulu. Aku nak sedekah bacaan apa pun tengah period masa tu. MashaAllah. Tapi aku ada membisikkan zikir² dan menyuruh beliau ingat menyebut Allah Allah dan selawat.
Doktor panggil, katanya waktu 10 minit melawat dah habis. Aku meninggalkannya dengan berat. Aku cium tangannya dan pipinya sekali lagi. Dan membisikkan esok dah mula dibenarkan sorang² anak mak jumpa mak. Mungkinkah beliau mengerti bahawa itu petanda beliau sudah tiada harapan hidup? Atau sekadar berfikir boleh berjumpa dengan insan tersayang tuk melepas rindu?
Balik rumah aku khuatir, seakan hati aku jadi berat dengannya. Aku tak dapat tolong apa sangat. Mesej di wassap satu persatu muncul ucapan dan doa semoga arwah mak sembuh melalui telefon beliau. Mesej anak² muridnya, rakan² arwah dalam sama² barisan tenaga pengajar dan bukan, sanak saudara dan semuanya. Allahu.
Tapi Allah swt lebih sayangkannya. Dalam redha semuanya, arwah mak pergi. Aku jua redha. Semoga bertemu lagi diri dalam tolong menolong di sana ye mak. Aamin. Semoga diizinkan Tuhan tuk menolong.
Teringat jua memori saat hampir² beliau pergi dalam dua tiga minggu sebelum. Aku baring di badannya bagai selimut. Sedang beliau mengiring sambil berzikir. Sambil aku ucap "bestnya teddy bear ni, mana nak dapat teddy bear besar dan sedap macam ni lagi." Spontan ayat tu keluar dari mulut aku seolah terasa² akan kehilangannya. Walhal ketika tu beliau masih boleh bergerak bangun dan berkata² lagi.
Aku terus menempel kat situ lama. Sampai beliau suruh aku bangun dan menyuruh memicit kakinya. Aku laju mengikut arahan bagai syok sangat dapat tolong. Di antara memori dan secoit bakti yang terakhir. Tiada lagi memori potong kuku, bagi makan madu, memadikannya, pakaikan baju, sorong sana sini. Kata² nasihat dan dorongan. Dah tak de. Semuanya dah tak de. Tuhan dah ambik lombong emas aku. Syurga aku.😖😖😢😢
Segunung, setinggi langit bumi, dan sebanyak bilangan makhkukNya Al-fatehah buat Mu mak dan tak lupa juga arwah abah. Aamin3x
Tuk menolongmu di sana, tuk menutup andai ada kekurangan dalam layananku selama mana hidup ni dengan mu jua, tuk redhaNya. Dan apa² jua seandai berguna. Diri semua tak sempurna.😢