Hobi Dan Tabiat ku


Hobi dan tabiat aku..
Actually HOBI aku secara umumnya ialah dan adalah suka melakukan perkara yang seronok aka fun. Tak kisah ape janji ianya tidak menjadi larangan dari sisi agama. 

Hobi mestilah ia suatu benda yang diri suka lakukan. Kata orang hobi adalah sesuatu yang diri selalu lakukan. Ya, betul jugak tu. Tapi bagi aku, tak kisahlah jarang atau selalu. Ia tetap dalam senarai hobi aku. Fuh! 

Contoh hobi aku: 

Aku suka menyanyi (bukanlah serius), sekadar seronok², padahal bukan reti pun, kunun je reti. Lepas tu memasak (tak selalu tapi suka la, boleh la, bila masak sekali tu menjadi terus) haha.


TABIAT pulak, aku jenis mudah tergelak berdepan benda lucu terutama sekali bab gelakkan diri sendiri. Haha..astaghfirullah hal 'azim. Well, apekah ini layak diceritakan? Harap2 bukan keaiban. Astaghfirullah3x. Aku suka gelakkan diri aku sendiri kalau sesuatu yang aku hasilkan tu macam lawak je..macam wat aku rasa malu je..aka cover² malu dengan gelak. Haha. Contoh benda yang aku pernah gelakkan diri aku sendiri ialah, bab kalau menyanyi kelaut..kedengaran sumbang mambang dan tawaq hebek je bunyinya..haha.

Mudah tergelak.
Mungkin aku mewarisi sikap arwah abah aku kut. Mudah tergelak bila mendengar dan melihat perkara lucu meskipun yang beliau layan tu suatu perkara yang merepek. Contoh cerita lawak pak pandir. Tapi beliau jugak seorang yang suka serius. Beliau seorang ahli agamawan islam. Bekas seorang ketua pegawai dakwah di Jabatan agama islam di luar negeri. Fuh! Arwah mak aku pulak seorang yang sukakan serius. Beliau juga seorang ahli agamawan. Seorang guru agama. Tapi, beliau tak suka melayan benda² merepek dan tak suka sekiranya aku bersikap ala² merepek. Normal lah tu kan. Beliau mesti nak kan suatu yang terbaik tuk anaknya aka untuk diri aku.

Bagi aku perbezaan yang timbul, itu bukan suatu yang berlawanan, tapi adalah suatu kelebihan yang ada pada diri kedua orang tua aku yang boleh gabungkan menjadi suatu elemen menarik di dalam diri aku..fuh!..dan yang aku boleh ambil contoh dari kedua² nya. 

Maka itu terciptalah..hobi dan tabiat aku yang unik..haha. Entah ape. Byw, hanya aku je yang kenal diri aku. Githew.

Sekian..

*ambil yang positif je ye..yang negatif koing ke barat.