Mimpi Ustaz

Aku terjaga dari tidur dan mimpi. Rupanya aku termimpi ustaz. Aku termimpi aku nampak dia nak tidur, dalam pembaringan tu dia banyak mengingat dan menyebut 'Allah, Allah, Allah'. Dan sebelah dia ada isterinya, sedang tidur nyenyak. Dalam aku melihat ustaz, aku berteka teki dalam hati, 'boleh pulak dalam bilik tidur tu ada pasang cctv sampaikan diperlihatkan ke orang lain termasuk segala amalannya sebelum tidur.' Allahu.

Tapi, mungkin lah aku dapat melihat tu sebab sebagai orang yang bermimpi. Bukan dari cctv. Haha. Ya..Dia Allah hanya perlihatkan untuk aku. Suruh mencontohi ustaz itu. 

Tapi, kalau fikir² ustaz yang berkehendak aku beramal macam tu, kepada siapa² je ambil ilmunya secara langsung tak langsung, ai ustaz, berceramah sampai dalam mimpi aku? Hehe. Dan lagi itu maksudnya ustaz dah di level tinggi sampai diizinkan Allah memberi mesej dalam mimpi. Allahu akbar.

Kemudian lepas tu, aku terjaga dari tidur. Aku fikir², ustaz sebenarnya nak bagitau aku sebelum tidur tu diri mesti kena banyak mengingati Allah swt.

Kebetulan sebelum tidur tu aku dah tidur lalu terjaga pukul 1 pagi. Aku berzikir sambil mendengar ceramah dia di ytube. Kemudian terlelap tanpa sengaja. 

Aku rasa lah kan, ustaz ni mesti orang yang tahu sesuatu tentang aku.

Memang aku kadang tidur tak baca ape. Setakat bismillah dan mengharap amalan waktu isyak sebelumnya. Mengaji dan berzikir sikit.

Ya, aku mesti kena banyak ingat Allah. Kan. Terima Kasih Ustaz memperingati, walau cuma dalam mimpi, yang roh bertemu roh.


Wallahu a'lam.