Kecewa Dan Rindu!

Perasaan kecewa tak sama dengan rindu. Sekuat mana rindu. Akhirnya kalah jua dengan namanya kecewa. Kenapa yang negatif selalu saja macam PAC-MAN.

Itulah perlunya Dia. Tidak dijadikan ujian melainkan sebab Dia nak menarik diri tuk lebih hampir denganNya.

Tuk selalu menadah tangan berdoa..meluah dan merintih atas sesebuah kekecewaan dan penyeksaan. Kerana tlah lama tangan hati itu fikiran itu diabaikan tukNya.

Kecewa dek hadirnya suatu ujian yang menyeksa perasaan menuntut tuk pergi menjauh dari yang mengecewakan, yang menyeksakan. 

Sedang rindu juga ujian. Ujian yang menyeksa menuntut tuk selalu dekat dengan yang dirindu. Ketika tak mampu dekat, baru lah menyedari hanya Dia lah yang sentiasa kekal di sisi. Mudah tuk didekati. Tak pernah berganjak pergi, melupakan ataupun menyakiti. Kerna sifatNya yang maha kaya dengan kemuliaan dan kebaikan. Setiap yang terjadi pasti ada hikmah yang baik dariNya.

Bersangka baik dengan Allah itu indah, kerna di situ jua terbitnya keredhaan dan kasih sayangNya.

Cari kesilapan diri sendiri. Kenapa Allah perlu ciptakan sesuatu yang menyakitkan, pasti Dia lebih kenal siapa hamba yang Dia ciptakan ini. Cara Allah menghadapi dan memperlakukan hambaNya, masing² dengan cara yang berbeza kerna kemampuan yang diberikan atas hambaNya tuk menghadapi sesuatu itu tak sama.

Sekiranya menyedari dan tahu apa silap diri, diri hanya perlu memilih..untuk berhenti atau meneruskan. 

Meneruskan tuk sesuatu yang sebenarnya tak perlu. Berhenti tuk sebuah kesedihan yang masih berjalan. Sungguh sebenarnya terpilih kan jalan penyelesaian yang mengaut lebih banyak kesedihan disebaliknya. Kerosakan yang tidaak jelas namun terasa..DOSA.


ALLAHU.