Berguraulah Dengan GURAUAN YANG BENAR



Seperti yang kita tahu bahawa lawak atau gurau secara bohong dan main-main tu adalah dilarang dalam agama Islam kita.

Lawak atau gurau yang bohong tapi main-main tu macam mana?

Iaitu lawak yang menipu, tak logik atau merepek untuk meraih perhatian orang ramai, atau untuk tujuan menghiburkan orang ramai tapi dengan cara menipu.

Sabda Baginda Rasulullah:
"Celakalah orang yang berbicara kemudian berbohong agar orang lain mentertawakannya, celakalah dia, celakalah dia." - [HR Ahmad 19200].

Contohnya:

''Cuba tengok tu kuda''. Kita pun tengok ke arah jari yang ditunjuk arah mana kuda, sedangkan kudanya tak ada di situ..kemudian dia pun cakap..''Aku gurau je..ha..ha..ha!''

Gurau macam ni adalah gurau secara bohong dan main-main semisal dengan merapu dan merepek Aka sia-sia yang mana ianya adalah dilaknat Allah SWT.

Jadi kalau lawak merepek dan bohong tu dilarang..

Macam manakah lawak atau gurau yang dibenarkan dalam Islam itu?

Iaitu gurau yang Allah tak murka lah.

Gurau yang Allah tak murka dan dibenarkan dalam agama Islam itu ialah seperti gurauan Rasulullah.

Rasulullah SAW bersabda: Wahai ibu, syurga tidak akan dimasuki oleh orang tua. Lantas orang tua itu menangis kerana hanya memahami zahir daripada kata-kata Rasulullah. Lalu Baginda menjelaskan kepadanya bahawa apabila dia masuk ke dalam syurga, dia tidak masuk dalam keadaan tua tetapi bertukar menjadi wanita muda yang cantik.

Maksudnya masuk syurga dengan keadaan tua..tidak, tapi masuk syurga dalam keadaan muda itu...ya.

Gurauan yang benar atau bukan bohong itu ialah seperti kita mengkiaskan atau iktikadkan dalam hati akan jawapannya yang betul tapi lain dari apa yang orang lain fahami.

Antara gurauan Rasulullah yang lain ialah,

Seorang sahabat mendatangi Rasulullah SAW dan meminta agar membantunya mencari unta bagi memindahkan barangnya. Rasulullah SAW berkata, “Kalau begitu kamu pindahkan barang-barangmu itu ke anak unta di seberang sana.” Sahabat hairan dan berfikir bagaimana seekor anak unta dapat memikul beban yang berat. Dia bertanya, “Ya Rasulullah, apakah tidak ada unta dewasa yang boleh memikul barang-barangku ini?” Rasulullah SAW pun menjawab, “Aku tidak mengatakan anak unta itu masih kecil, yang jelas dia adalah anak unta. Tidak mungkin seekor anak unta lahir daripada ibu selain unta,” Sahabat itu tersenyum dan dia mengerti gurauan Rasulullah SAW. (Riwayat Imam Ahmad, Abu Dawud dan al-Tirmidzi)

Maksud dari gurauan Rasulullah tersebut ialah Ibu unta itu juga pernah menjadi seekor anak dari unta. Dan antara lain Ibu unta itu juga semestinya seekor anak unta.

Antara contoh gurauan lain yang boleh berlaku di zaman ini ialah,

Ada seorang kawan baru tanya kat kita, ''Kau tinggal seorang diri ke?'' Kita pun jawab, ''Ya! seorang diri je, datang lah rumah''. Esoknya dia pun datang rumah dan tengok dalam rumah kita ada berempat orang termasuk kita. Dia tanya, ''Kau kata kau tinggal seorang je!''. Maka kita pun jawab lah, ''Ya..tinggal seorang diri dalam bilik aku...bukan tinggal seorang diri dalam satu rumah..!''

Yakni kalau tak bergurau macam tu, entah zaman bila kawan kita yang pasif dan tak bergaul dengan ramai orang tu nak datang rumah.

Atau,

Antara gurauan yang lain,

''Kau dah solat ke?'' Kita pun jawab, ''Dah !'' (Dalam hati, kita kisahkan dah tadi solat zohor, atau semalam punya solat asar.) Dan sementara dia pun tak Tanya kita dah solat asar ke dah solat zohor ke, Maka kita bebas nak berkias apa jawapannya yang logik untuk jawapannya kita.

Tiba-tiba, kita pun bangkit solat asar.
Kawan pun naik hairan. ''Bukan ke kau kata tadi dah solat?'', Kita pun jawab, ''Ya, aku sudah solat zohor (tadi) atau asar semalam. Asar yang ni belum...Hahaha...''

Kalau kawan kita tanya, ''Kau dah solat asar ke belum?''
(Sama juga lah kalau niat nak bergurau) Kita cakap, ''Ya, Sudah!'', Kawan kita tanya lagi, ''Tak nampak pun!!''. Kita pun jawab, ''Ya memanglah semalam waktu aku solat asar kau tengah tidur.!'' Niat kita dalam hati nak kiaskan yang semalam punya solat bukan solat yang hari ni.

Kalau dia tanya, ''Kau dah solat asar hari ni?'' Tu baru kita jem. Tak dapat pasang gurau dah.

Tujuan pasang niat Dan wujudkan kiaskan lain ni adalah untuk jauhi dari berbohong, atau kita nak bergurau tapi nak gurauan secara yang benar, yang ada bijaknya, yang ada logiknya, yang Nabi pernah lakukan. Dan InsyaAllah semoga yang Allah redhai.

Kadang-kadang jua, kita tersensitif dengan teguran kawan, kita jawab secara gurauan berkias untuk sedapkan hati kita. Agar kita boleh jua berlapang dada dan redha.

Selain jua, boleh dengan tujuan berwaspada seperti dalam pertanyaan dari orang yang baru dikenali, ''Kau tinggal seorang diri atau ramai?'' Kita jawab, ''Ramai (dalam hati kias ramai dalam satu flat).'' Padahal kita tinggal seorang diri dalam rumah. Kita nak elak jauh ke arah bohong, kita niatkan siap-siap jawapan dalam hati kita sebelum beritahu kepada dia. Supaya kita tak terlalu direct bercakap, yang boleh mengundang diri kita diambil kesempatan atau rumah kita dicerobohi oleh orang yang kita tak begitu kenali.

Dengan orang yang kita tak begitu kenali atau pun dia adalah sejenis kawan kita yang terkenal dengan panjang tangan Aka mencuri. Kita tak perlu jelaskan bahawa kita sedang bergurau. Atau kerana hati serba salah sangat kerana tak berlaku jujur. Kerana itu kita pun tunjukkan kepada dia keadaan rumah kita yang sebenarnya (Surprise!!), bahawa kita tinggal seorang diri sebenarnya. Biarkan masa yang mengatur hingga kita tak boleh simpan rahsia lagi.

Tapi itu jika ada soalan. Kalau tak ada soalan, kita nak cakap secara gurau yang benar pun boleh. Macam gurauan Rasulullah perihal ibu unta. Rasulullah tak ditanya dulu, tapi Rasulullah yang mengarahkan pembantunya secara direct untuk diletakkan barang-barang ke atas anak unta. Kemudian baru Rasulullah disoal, kerana ada kemusykilan.

Atau kita dalam majlis ilmu bersama Ibu bapa kita di rumah, kita pun teringat kita tak solat lagi. Lalu kita minta izin ibu bapa kita untuk pergi menunaikan solat, ''Ibu..ayah! saya belum solat, saya pergi solat dulu ya.''  Dan tiba-tiba bapa kita pun melarang, ''Kamu tak boleh pergi solat!'' Kita pun naik hairan. Sebab selama ni bapa kita seorang yang sungguh-sungguh tegas dalam perihal solat. ''Ayah! kenapa saya tak boleh solat?''. Bapa kita pun jawab, ''Sebab kamu belum ambil wuduk!''. 

Kita pun dalam keadaan surprise je...ketawa terkekeh-kekeh, ingat apa lah tadi.
(Sekadar contoh)


SEkian.
Semoga bermanfaat.