Kata ulama',
Kita kalau rasa malas berzikir atau beribadah..
Kita jangan buat banyak..
Buat sikit2 aje..
Buat sekadar kemampuan kita..
Buat banyak2 memang lah rasa terbeban..
Tapi kan,
Pernah tak kita terfikir..
Kadang kita solat pun nak bangkit rasa terbeban yang amat.
Padahal belum solat satu pun lagi.
Bukan ada angka banyak pun..
Bukan dengan sebab dah buat banyak kita terbeban..
Tapi sebab apa?
Sebab...
Kita dah banyak melakukan aktiviti dunia yang kita suka..
Yang selera dengan nafsu..
Diperintahkan oleh nafsu,
Tapi solat adalah perintah Allah bukan nafsu,
Iman kita boleh jadi kuat sampai boleh lihat cahaya arasy Allah,
Tapi sebab kita campur adukkan dengan benda nafsu yang melemahkan iman..
Level iman kita pun jadi tak tinggi mana lah..
Malu nak cakap iman tak kuat..
Padahal kita beribadah je..
Padahal iman boleh kuat..
Tapi sebab bercampur dengan benda dunia yang melalaikan..
Ia melemahkan..
So,
Boleh tak fikir kenapa kita dah solat sunat tapi nak buat banyak lagi tak larat..
Kita nak zikir tapi buat banyak lagi zikir tak mampu..
Mustahil Allah tak bagi mampu..sebab benda baik..Allah mesti lagi suka kita pilih yang baik2..
Padahal..
Kalau buat dosa maksiat relax aje buat maksiat tak penat-penat..
Allah izin ikut selera hawa nafsu sampai berpuas-puas..
Boleh tak fikir tentang masalah iman kita..?
Nak ke arah bukan selera nafsu tu amat susah..
Sebab dah melayan nafsu sampai kita jadikan dia sebagai leader kita atau nafsu sendiri nak jadi leader..
Dan bila nafsu tak tertundukkan lagi..
Kita dah nak bawak pergi ibadah..
Tatkala iman sedang lemah selepas bergelumang dengan aktiviti dosa lalai..
Atau ada aktiviti sia2 kita lakukan..
Bayangkan..
Macam mana nak dapat solat yang khusyuk!?
Bayangan aktiviti dunia dan pelbagai yang singgah di fikiran semuanya adalah dari kesan mengikut hawa nafsu,
Sebab tu kita diperintahkan bajai hati dengan iman,
Atau buat block dari hal-hal dunia yang sebelumnya kita jalani dengan perbanyakkan mengingati Allah,
Zikir atau membaca al-quran..sebelum mendirikan solat fardhu.
Bajai hati dengan Iman..
Tundukkan nafsu yang mengawal diri supaya dia tak mempengaruhi khusyuk..
Pernah tak kita terbaca kisah orang yang dulu2,
Tentang bagaimana ahli abid, wali, sufi2 beribadah..?
Hebat2..hingga sampai tahap dapat karamah!
Sebab aktiviti mereka tak campur adukkan dengan benda2 melalaikan dan sia2..
Tak campur aduk dengan perkara2 dunia yang main2,
Yang merapu..merepek dan bohong-bohong walaupun sekadar untuk gurauan..
Siapa yang mengelak dari bercakap bohong..walaupun sekadar main2,
Nabi saw kata, Allah akan membina sebuah rumah untuknya di dalam syurga,
Jadi bukan Allah tak bagi mampu melakukan ibadah, ataupun memilih ketaatan tapi kita yang pilih salah dalam memilih amal apa yang patut untuk kesan baik pada hati kita..hingga kita terasa beban dalam beramal.
Selidik pada diri selalu..samada diri lebih iman kah atau atau lebih nafsu melalui perbuatan kita.
Dalam diri kita harus ada..
1) Perjuangan merebut iman..dan
2) Perjuangan meruntuhkan nafsu...
Wallahu a'lam.
SEkian.
*Peringatan untuk diri sendiri sama.