"Aku tak kan jadi orang yang marah-marah kalau tak de siapa yang ganggu!
Aku tak kan jadi orang yang waspada kalau tak de siapa yang suka hati dengan aku!"
Sabar...!
Dalam kita berjuang hidup dalam memilih kebaikan, menyebar kebaikan atau menjunjung kebaikan mesti lah akan ada ujian dari Allah.
Ujian Allah itu sebenarnya untuk menguji kita samada kita betul-betul beriman atau tidak kepadaNya,
Aka Dia nak tahu kita benar2 beriman atau tidak dengan menimpakan ujian-ujian kepada kita.
Lalu kita dianjurkan untuk bersabar setelah ditimpa ujian tersebut,
Kerana sabar itu adalah ciri-ciri atau tanda kita beriman.
Dan bila kita sabar Allah akan ganjarkan pahala dan menghapuskan dosa-dosa kita, atau meningkatkan darjat kita,
Firman Allah SWT bermaksud: "Patutkah manusia menyangka mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: 'Kami beriman' sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? "Dan demi sesungguhnya! Kami menguji orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang yang sebenar-benarnya beriman serta nyata pula apa yang diketahui-Nya mengenai orang yang berdusta." (Qs. Al-Ankabut, ayat 2 dan 3)
Nak jadi orang yang benar...nak jadi orang yang baik...
Haruslah kuatkan kesabaran...harus jadi orang yang sabar..
Bagaimana baik dan benar akan nampak sekiranya sifat kesabaran tiada?..
Bagai mana kah kita nak tau kita penyabar sekiranya kita tak diuji ?
Bagaimana kah sabar nak ada seandainya kita tak kuatkan iman diri dengan amal soleh.?
Amal soleh adalah penghubung diri kita dengan Allah.
Jika dalam fikiran kita selalu ada Allah..(bebas unsur-unsur makhluk)..
Maka apa pun terjadi kita akan sentiasa tenang.
Sedang orang yang beriman itu apabila ia mengingati Allah..hatinya akan tenang.
Tenang dalam menghadapi apa jua pun.
Firman-Nya yang bermaksud: “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Qs. Al-Rad, ayat 28)
Jadi apabila kita ditempatkan ujian ejekan orang, gangguan orang saat diri dalam menyebar kebaikan atau apa-apa kebaikan yang kita pilih dalam hidup.
Teruskan perjuangan menjadi baik, jaga lidah kita jangan mencarut..jaga adab kita jangan biadab, jaga sangkaan-sangkaan kita jangan su uzon dengan Allah, jaga supaya sentiasa kita nampak yang baik pada pilihan untuk diri kita.
Teruskan menegur, menasihati dengan akhlak yang baik seperti yang Rasulullah ajarkan.
Teruskan berpesan-pesan dengan sabar terhadap ketidak sabaran orang lain.
"Poyo lah kau ni...
Asik asik suruh aku sabar...sabar...sabar...
Pesan2 suruh sabar...
Kau tahu tak betapa banyak aku rugi hari ni...!"
Astaghfirullah hal'azim...Sabaar!
Kita sabar..
Dalam kita sabar saat menyabarkan,
Allah jua sedang bersabar...
Kita tak bersendirian.
Kita diuji dengan para pemerintah yang tak begitu adil,
Atau,
Ahli politik yang tidak begitu amanah..waliyazubillah.
Kita nak sesuatu kesalahan tu supaya dapat diubah,
Kita nak sesuatu itu nampak baik pada pandangan agama, jua pada kaca mata rakyat..
Maka kita pun tegur lah dan teguran kita itu pula mendapat reaksi pelbagai pihak,
Menjadi viral dan kita pun didatangi surat saman dan akhirnya waran tangkap...
Begitu jua apabila kita tegur dan nasihat sesuatu dari parti politik
Tiba-tiba kita diibarat memperlekeh perjuangan mereka,
Mereka terus mencari2 salah kita pula di mana sebagai seorang ahli agama...
Hasbunallahu wanikmalwakil.
Itulah ujian Allah dan sabar.
Alhamdulillah! jika kita masih memilih sabar dan masih berperilaku benar.
Yakinlah bahawa Allah SWT sentiasa berada di pihak yang benar..
Benar yang terletak pada menjunjung pendirianNya Allah yang mahu di akhirnya semuanya baik-baik belaka.
Kita sebagai rakyat selalunya memandang dari bawah dari sudut kita sebagai rakyat yang susah...
Pemerintah pulak terkadang atau selalunya memandang rakyat dari sudut dia yang di atas...
Yang sentiasa senang..yang dikelilingi limpahan nikmat harta dan wang ringgit...
Jadi normal lah jika hati mereka kurang sensitif..jika hati mereka kurang faham, kurang menjiwai jiwa susah kita yang dibawah..
Mereka akan terdedah dengan cuma janji-janji saja sebagai cuban untuk bertahan dan menyedapkan hati..
Adil dan bagusnya mereka itu dalam memerintah melainkan mereka bertindak mengikut dari sudut agama.
Kerana agama islam mengajar erti sebuah keadilan dan kejujuran...
Dengan mengikut agama...
Pasti tidak akan timbul janji-janji palsu...
Pasti yang jelas haram tidak dihalalkan.
Pasti..!
Sebab yang benar itu adalah dari kerana agama...
Agama ajar kita untuk menjunjung Al-Quran dan As-sunnah.
Yang benar-benar semuanya berpandukan Al-Quran dan As-sunnah.
Tidak akan sesat selama nya kita sekiranya sentiasa berpegang kepada keduanya dalam berkeputusan..
Sabda Nabi SAW:
Maksudnya: “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selagimana
kamu berpegang dengannya iaitu kitab Allah (al-Qur’an) dan sunnah Nabi-Nya (Sunnah Nabi SAW).” (Hadis Riwayat Imam Malik)
Sabar jika diuji dengan kesulitan apa pun.
Sabar namun mesti ada usaha...
Dalam usaha mesti diseliti rasa sabar...
Kita menegur..menasihati..berpesan dengan kata-kata yang benar dan sabar, kita jua harus benar dan sabar selama mana menjunjung dan menyuarakan yang benar. Aka kita jua mesti beramal dengan apa yang kita sampaikan.
Beramal dengan ilmu yang kita sampaikan..beramal dengan sabar yang kita selalu berpesan-pesan kan sabar kepada orang lain dan sebagainya...
Firman Allah SWT:
﴾وَالْعَصْرِ ﴿١﴾ إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ ﴿٢﴾ إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ ﴿٣
Maksudnya “Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.” (Qs. Al-Asr: 1-3)
Memetik kata-kata dari web Mufti wilayah persekutuan,
"Dr Yusuf al-Qaradhawi berkata: Kebenaran adalah satu daripada empat rukun yang dapat melepaskan manusia daripada kerugian di dunia dan di akhirat.
Keempat-empat rukun itu adalah, beriman, beramal soleh, berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.
Hubungan antara berpesan-pesan dengan kesabaran dan berpesan-pesan dengan kebenaran adalah, bagi menunjukkan amanah kebenaran itu begitu berat dan bebanan yang besar.
Selain itu, jalannya dipenuhi dengan kebencian dan ditumbuhi duri-duri.
Oleh itu, sesiapa pun perlu memperkasakan diri dengan kebenaran yang dikhabarkan kepadanya bagi memantapkan diri dengan kesabaran semasa berada di jalan itu.
Maka, kebenaran itu tidak akan berjaya tanpa sifat sabar dan sesebuah jemaah itu tidak akan menjadi hebat tanpa saling berpesan-pesan pada kebenaran dan kesabaran."
(Lihat al-Sobru fi al-Quran - Mukjizat Sabar dalam al-Quran, oleh Dr Yusuf al-Qaradhawi, hlm. 126-127)
Wallahu a'lam
SEkian.
Untuk teguran dan renungan bersama.