Rasulullah SAW menjelaskan kelebihan menolong orang lain yang dalam kesusahan,
Maksudnya: “Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (Hadis riwayat Muslim)
Tiba2 dengan izin Allah aku terfikir untuk memaafkan dia saja.
Dia yang pernah melayan aku secara sombong.
Waktu aku datang rumah dia,
Dia yang sedang berada di beranda depan rumah dia
memalingkan muka..ke sisi kanan nya,
Bagai seorang yang merajuk akibat putus cinta,
Tak kira dia seorang lelaki dan telah berusia seanggaran 50 abad tahun.
Aku tak menjangka,
Waktu melihat kelibat aku bersama anak perempuannya ke rumahnya.
..tatapan itu yang aku akan diperlihatkan,
Aku mara dalam keadaa hati yang masih terus husnuzon kerana baru pertama kali berjumpa dengannya,
termasuk pertama kali dilayan sebegitu,
Aku membuat keputusan untuk tak menyapa dan tak memandang wajah murungnya.
Dan terus membontoti anaknya ke dalam rumah.
Syukur, kemasukan ku ke rumah itu dengan tiada unsur2 syaitan dalam fikiran.
Pendeknya syukur dia tidak memarang aku atau merebus diri aku hidup2 untuk santapan malam itu..
Sungguh karnibal holocast lah kalau begitu..
Yang hanya akan disokong oleh israsewel...dan sekutunya..
Nauzubillah..
Berharap jika sekutunya rasa jijik...terus tinggalkan israwel, biarkan ia kesepian oleh palauan dunia!
Macam seekor!
So,
Tatkala itu anak perempuannya mempelawa aku tidur bermalam di rumahnya selesai menjaga
arwah ayahku di hospital..pada sebelah siangnya.
Hati husnuzonku bagai mewakili ayahnya dan berkata...'gwenchana'
Dan kenapa aku memaafkan dia,
Bukan saja dia..
Mereka semua yang pernah terinstall dalam hidup aku dulu2 pun aku maafkan..
Dengan semua akhlak buruk yang aku terima dari mereka, ya aku telah maafkan...
Sebab..itu adalah dikira melepaskan kesusahan orang lain,
Bayangkan jika kita tak memaafkan kesalahan seseorang yang bersalah pada diri kita,
Bukan kah dia akan berada dalam kesusahan di padang mahsyar.
Amalan dia pulak bagaimana nak diterima Allah naik ke langit saat ni,
Sedang urusan dengan orang-orang belum selesai.
Ibarat berhutang.
Tak kira dia hidup kah atau mati kah...!
Kalau sampai mati,
Kita tak tahu mungkin roh dia sekali tergantung di awang2 an kah tak diterima Allah naik ke langit,
Sebab banyak hutang akhlak dengan orang,
Tak memberi hak layanan yang sewajarnya,
Tak beradab dengan yang sepatutnya,
Yang boleh di tuntut di padang mahsyar kelak,
Kita kalau tak solat..
Jaga akhlak dan amalan banyak...
Amalan dan pahala kita hangus
Sebab tak solat...
Tapi kalau solat..
Amalan banyak setinggi langit,
Tapi sebab tak jaga akhlak..
Mengumpat orang,
Memfitnah orang,
Sombong,
Hangus pahala tu akibat keburukan sendiri,
Atau pun hilang sebab di transfer ke orang lain yang disebutkan oleh kita,
Dan bila hangus dan hilang..
Tinggal dosa je..
Maka ke masukan ke neraka lah kita akhirnya,
Nauzubillah!
Dalam syurga tu kata ulama,
Banyak orang miskin,
Amalannya sikit,
Dan ilmunya pun sikit..
Tapi dia sentiasa jaga akhlak,
Dia senntiasa merendah diri,
Dia tak cari gaduh..tak cari pasal,
Dia sentiasa dalam redha Allah...
Dalam neraka tu,
Banyak orang kaya2,
Tak orang kaya pun banyak,
Suka tak jaga sikap dan akhlak,
Ilmunya banyak dan tak banyak pun ada,
Amalnya...banyak, setinggi langit,
Apa yang menghanguskan pahala tu...
Tak jaga akhlak tak jaga hubungan dengan sesama manusia,
Tak solat tak jaga hubungan dengan Allah!
Jadi,
Semoga kita memilih jadi orang yang pemaaf,
Bukan kerana aku atau kita nak tunjuk rasa diri bagus,
Tapi usaha memilih kebaikan dan ketaatan untuk redha Allah,
Allah redha maka Allah akan sediakan syurga..
Kita terfikir2 nak syurga..
Buat amal banyak2...
Buat jahat juga sesekali..
Tak fikir dan tak jaga pun redha Allah...
Difikiran kita kalau buat amal dapatlah harta syurga...
Sesungguhnya belum tentu dapat kalau Allah tak redha,
Redha tu terletak pada perangai kita,
Malas pun perangai,
Lalai pun perangai..
Bukan dosa sesama manusia je Allah tak redha,
Dan sebenarnya kita fikir tak fikir harta syurga pun kita bakal dapat jugak jika kita jaga redha Allah..
Fokus pada keburukan diri sendiri, ubah dan awasi..sambil beramal untuk redha Allah adalah yang betul dan lebih baik,
Bab habuan,
Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya..
Tugas kita cuma pilih yang baik2 sahaja...
Qadak takdir tu ialah...
Bila ia tertulis..kita pilih dan terjadi bermaksud sesuai dengan kehendak Allah..
Bila ia tertulis...kita tak pilih, ia juga boleh terjadi dan tak terjadi..
Bila ia tak tertulis..kita pilih...ia tak terjadi kerana bila ia tak tertulis maka ia tak sesuai dengan kehendak Allah,
Bila ia tak tertulis..kita tak pilih...maka normal lah ia tak kan terjadi...
Akhir kata,
Semoga kita boleh sama2 menjadi hamba Allah yang diredhai..
Semoga kita sama2 boleh selalu memaafkan kesalahan orang lain atau sesama kita...redha meredhai, Aamiin.
Ingat lagi kata Nabi saw,
'Melepas kan kesusahan orang lain lebih baik daripada beiktikaf di dalam masjid..' (hadis)
Walaupun hadis tersebut merujuk kepada orang yang menanggung susah hutang dan anjuran kita untuk tolong melunaskannya lebih baik darpada beriktikaf di dalam masjid,
Tapi memaafkan orang jua termasuk melepaskan seseorang daripada kesusahan di padang mahsyar dan termasuk sikap terpuji yang diredhai Allah,
Mungkin dengan asbab kita memaafkan orang,
Kita layak memasuki syurganya tanpa hisab,
Lalu tergolong orang2 yang diberi izin oleh Allah untuk menjamin keluar dari neraka mana2 orang yang kita kenal dan rapat sewaktu kita di dunia ini dahulu,
Biarlah kita menjadi orang yang menolong di sana..daripada menjadi orang yang ditolong....
Wallahu a'lam...
SEkian,
Peringatan untuk bersama...