Assalamualaikum wbt!
Nak tanya..
Korang pernah tengok tak dalam dunia ni orang yang karakter dia terbalik?
Contohnya, A dan B,
A ni muka dia comel2,
Air muka dia ala2 mintak kasihan,
Muka penangis lah senang cakap,
Muka macam jenis orang mangsa2 gitu.
Tapi karakter dia sebenarnya samseng2, gangster2, suka cari gaduh, suka marah2, penindas, tak nak kalah, suka menghina orang, suka melaga dan mentertawakan orang, suka berdengki2, suka sakit2 hati, suka kan kuasa dan mempengaruh atas orang lain dan lain2 sikap2 buruk.
Lebih kurang nak cakap, dia memang sorok sikap buruk dia dari pengetahuan ramai tapi dengan orang2 tertentu dia akan tunjuk2 sikap sebenar dia...yang tersebut!
Tapi si B pulak,
Air muka dia nampak seakan garang, pemarah dan murung,
Air muka seorang yang suka cari gaduh dan pendendam,
Muka dia bila orang tengok akan menyampah dan sakit hati,
Muka seseorang yang suka tengok orang lain ditimpa susah,
Tapi karakter dia sebenarnya seorang yang pasif, prihatin dengan nasib orang lain, tak suka cari gaduh, tak suka marah2, suka gurau senda, suka tolak ansur, tak banyak karenah dan tak suka memperbesarkan masalah, suka mendamaikan orang, tak suka iri hati dengki, tak suka menyakitkan hati orang lain, tak sukakan pengaruh dan pangkat dan lain2...
Dan A...B ni pun ditakdirkan mereka bertemu dalam dunia ni,
Pendek cerita suatu hari di antara mereka tercetus lah satu isu...
Dan isu itu pulak terbit dari sikap si A...
Korang boleh fikir sendiri tak?
Apakah nasib si B sebagai seorang yang pasif,
Tak pernah dikenali sesiapa,
Kurang pergaulan...
Tapi karakter dirinya dijaja2 direka cipta buruk oleh orang yang punya karakter seperti A...
Amatlah senang lagi disebabkan luaran B ada ciri2 untuk dianggap buruk,
Sehingga orang yang tak pernah jumpa dia mahupun terjumpa selepas itu bagai mengenalinya sungguh2 sebagai seorang yang pesalah.!!!
Mesti ramai orang yang bernasib macam ni kan dalam dunia ni...?
Cuba renungkan...
Di akhirat nanti...
Nasib kita sebagai seorang yang tak pernah nampak sesuatu bukti atas sesuatu pertuduhan,
Tiba2 kita duduk di kandang orang yang memperjuang kejahatan...!!
Nauzubillahiminzalik...
Itulah ulama kita ada berkata,
Jika kita tak SAHIH atas suatu cerita tu,
Kita jangan mudah nak percaya atas segala cerita2 yang dibawa tu...
Dan jugak 'don't judge the book by it's cover!'
Dalam erti kata...
Jangan menilai seseorang tu sekadar dari luarannya sahaja.
Kita sesama Islam ni...senang je...
Kalau suka...kawan2..
Tak nak kawan2...Dalam duk diam2 pergi jauh,
Hati...jangan ada istilah tak suka..tak suka, benci2..
'Tak sempurna Iman, selagi kita tak sayang sesama Islam kita seperti kita sayang diri sendiri'
Ingat hadis tu!
Kita kena pastikan kita tak terjebak juga dengan gaduh2.
Sebab kita ada sesuatu jihad yang memestikan dan mewajibkan kita bersatu!!!
.......
Kita tak gaduh tapi kita nak tersibuk je..
Kalau nak tersibuk jugak..
Check lah identiti orang yang menyebar tu...
Solat ke tak?
Kawan2 dia siapa?
Ahli solat jugak ke kaki samseng, mungkin lah info negatif tu dari kawan2 dia,
Sebab orang yang tak solat..dia mudah sangat dipengaruhi dan diperdaya oleh syaitan,
Sedang kita yang solat pun mudah goyah inikan pulak yang selama hidupnya tak pernah solat atau dijiwanya langsung tak ada wujud rasa suka solat,
Tak solat sudah pastilah tingkahlakunya dipengaruhi syaitan yang semata2 niatnya nak mewujudkan pergaduhan dan perbalahan atau permusuhan ke atas manusia...,
Syaitan dan ketua dia iblis memang suka semua kejahatan2 tu..
Dan secara logiknya jikalau dipengaruhi oleh syaitan sudah pastilah itu adalah hanya sangkaan atau fitnah, tokok tambah dan sebagainya,
Sekalipun mungkin isu itu memang wujud..
Yang sebenarnya tak lah sedahsyat yang dianggap itu pun..
Kita boleh hadapi ia dengan tenang dengan menganggap semuanya sudah tertulis,
Semua orang ada keaiban sendiri..
'Menjauhlah dari orang yang tak boleh terima keaiban orang lain di mana dia memandang seseorang yang kurang sempurna di matanya itu dengan pandangan yang penuh penghinaan serta sangkaan2 buruk...
yang mana dia juga tak boleh terima kelebihan orang lain di mana dia memandang seseorang yang lebih sempurna di matanya itu dengan pandangan yang penuh dengki serta agenda2 buruk...'
Allahuakbar!
Walaupun kita dianjurkan supaya jangan bergaduh sesama Islam,
Tapi kita boleh memilih untuk menyelamatkan diri dari orang2 yang bersifat buruk agar tidak terikut dengan sifat2 negatif yang dipertontonkannya sebagai seorang yang rapat dengan kita.
Khuatir kita tak kuat dan lama kelamaan bersifat seperti sifat dirinya.
Bukan menjauhi dengan niat untuk merasakan diri sendiri lebih baik dan lebih mulia darinya atau bermusuh,
Tapi sebagai langkah waspada dan supaya mudah untuk kita bersangkaan baik.
Namun,
Sebab sebagai seorang yang beriman dan bertaqwa,
Memang sewajarnyalah kita bersabar..
Iaitu tetap memilih untuk berdepan dengan masalah itu..
...dengan rela memilih sabar kerana faham di situlah terbitnya pahala2 dan tingakatan darjat kita di sisi Allah,
'Seorang mukmin itu ialah bilamana semua keadaan dia anggap baik'
"Sungguh menakjubkan keadaan seorang mukmin. Seluruhnya urusannya itu baik. Ini tidaklah didapati kecuali pada seorang mukmin. Jika mendapatkan kesenangan, maka ia bersyukur. Itu baik baginya. Jika mendapatkan kesusahan, maka ia bersabar. Itu pun baik baginya.” (HR. Muslim, no. 2999)
Bukanlah dia anggap baik2 tu tanda setuju orang2 yang menzalimi orang lain atau dirinya dan setuju dengan setiap kejahatan yang terjadi..nauzubillah!
Tapi dia bersangkaan baik dengan Allah..dia bersyukur dan percaya setiap sesuatu ada hikmah di sebaliknya,
Sebagai ujian sabar buat dia untuk menjaga tingkah laku dan akhlak dia sendiri,
Tetap memandang orang lain dengan mulia,
Selalu mencari aib diri saja,
Tak suka mencari keaiban dan kesalahan orang lain...
Sebab tahu diri sentiasa dalam penilaian Allah,
Sedar setiap apa yang dia lakukan sentiasa dicatat malaikat di kiri kanan bahu...
Dan faham di antara catatan itu pula akan sentiasa dibawa turun naik di waktu subuh dan asar,
...dibawa menghadap ke hadrat Allah SWT.,
Syaitan ia akan sentiasa memperingatkan tentang apa je kecelaruan yang terjadi daripada masa dulu2...
Sehingga kita tak jadi orang yang redha dengan ketentuan Allah, orang yang pendendam, pembenci, tak nak jadi pemaaf, rasa diri hebat, tak nak kalah..
Walau pun menyebabkan Allah tak REDHA..
Walhal orang yang diri tak puas hati tu seperti Nabi Adam,
Tapi dimusuhi Iblis..
Seperti Habil..
Tak suka cari gaduh...
Tapi dimusuhi saudaranya Qabil...
Angkara hasutan Iblis jua..
Yang REDHA tanpa kira walau dibenci Allah!
Akhirnya rosaklah kita sepertimana Iblis!
Nauzubillahiminzalik...
Kita pun dah tau kisah bagaimana iblis dan Syaitan berjaya menghasut saudara2 Nabi Yusuf seramai 11 orang untuk memusuhi Nabi Yusuf,
Akibat dengki dan iri hati Nabi lebih disayangi bapa mereka Nabi Yaakub,
Dan juga sebaik mengetahui 11 bintang sujud kepada beliau melalui mimpi,
Sebenarnya membuktikan ramainya adik beradik yang bersatu dalam sesuatu perbalahan bukanlah boleh membuktikan mereka semuanya adalah benar!
Adik beradik itu juga boleh jadi seperti orang awam yang bukan keluarga kita tapi mempunyai hati yang hitam dan dengki...
Mereka juga manusia biasa seperti sesiapapun tapi tercampak masuk dalam keluarga kita dengan membawa akhlak yang buruk, mungkin sebab pengaruh kawan2 yang terlalu sosial, atau mungkin angkara bersahabat dengan kawan2 yang bersahabat dengan musuh2 Allah iblis dan syaitan, atau bersahabat dengan jin syaitan, atau bersahabat dengan jin yang berkawan dengan syaitan sepertimana antara kita manusia yang suka sangat berkawan dengan Syaitan...
Tau benda tu syirik dan salah..tapi buat juga..
Tapi bila bala datang dan terjadi angkara dosa2 syirik dia sendiri..
Mula lah mepersalah orang lain yang buat malang!!
Padahal Allah memang jika akan membalas kepada sesuatu kaum yang Dia nak menghapuskan dosa2 nya, nak menegurnya..
Dia akan timpakan malapetaka atau bala jua sebagai peringatan!!!
Kita nak bala segera pergi..
Tapi kita meneyelesai masalah dengan menggunakan punca2 bala itu sendiri datang terjadi!!!
Cara menyelesaikan yang mengundang dosa2 syirik seperti menggunakan iblis dan syaitan...
Di manakah bijak kita!???
Wallahu a'lam..
Sama2 Renungkan...
SEkian!