Bahaya Menjadi Seorang Isteri Jika...



Korang pernah tak merasa takut nak berkahwin dengan sebab takut tak mampu menjadi seorang isteri/suami yang baik?

Kita rasa kita mampu jadi baik, tapi bila diuji sebenarnya tak!
Kita takut pasangan kita tak mampu menjadi baik lalu mengheret kita sekali menjadi tak mampu... 
Kita salahakan pasangan jadi punca tapi sebenarnya ujian dalam hidup atau perkahwinan tu memang pasti ada.!
Sebenarnya kita lah yang tak bersedia untuk meredhai (puas hati) dengan apa jua ketentuan dan kekurangan dalam perkahwinan yang Allah wujudkan sebagai ujian..

Macam kata UAI, 
Lelaki suka kan kepada wanita2,
Dan wanita pula suka kan harta benda...

Dengan tu, logik tak suatu masa,

...kita malas nak fikir dah berpasangan kerana kita dah ada karier sendiri, kita dah berpuas hati dengan pencapaian yang kita ada tanpa bantuan dari suami, kita dah boleh dapat yang kita nak dengan usaha sendiri. Sehingga mewujudkan rasa nak hidup sendiri kerana dulu kita rasa kita nak berkahwin kerana nak ada istilah dijaga, dan ada yang tanggung. Dan bila kita dah mampu tanggung diri kita sendiri...bagi kita tak perlulah nak ada suami dah...

Dan logik jugak...

Kita sebagai isteri...sedar bahawa bila kita tak ada karier apa2...kita dah dapat macam2 dari suami. Kita bersyukur dengan mengizinkan suami berkahwin lagi sekiranya suami menginginkanya, dan sekiranya suami seorang yang mampu (kaya). Dan mampu berlaku adil..

Aka,

Kita dah dapat macam2 harta benda dari suami, bagi lah pula apa yang menjadi keinginan suami iaitu beristeri lagi. Memandang kan mereka lelaki sukakan wanita2 dan mampu menanggung serta berlaku adil.

Bila kita tak mampu menjadi orang yang mempertimbangkan dengan akal atas segala rentak ujian Allah...
Maka bahayanya kita...sekiranya menjadi..

#Wanita yang haram cium bau syurga
*Meminta cerai dari suami tanpa suami melakukan apa2 kesalahan.

Rasulullah SAW bersabda:

“Mana-mana isteri yang meminta cerai daripada suaminya tanpa alasan maka haram baginya bau syurga.”

(Hadis Riwayat At-Tirmidzi No. 1187)

Dan boleh jadi kita pun akan jadi orang yang mengungkit2 pemberian suami sebagai sebuah alasan untuk mewujudkan penceraian. 

Alasan kita selalunya menjurus kepada kesalahan suami yang sikit dan menutup banyak kebaikan2 suami yang pernah diberikan kepada kita yang menjadikan kita sebagai seorang isteri yang seolah2 nya tak bersyukur..aka tidak berpuas hati dengan apa yang telah diberikan oleh suami. Jika kita bersyukur, maka kita akan pandang ke hadapan yang mana mungkin kita tak kan mampu dapat sebaik keadaan ini lagi sekiranya tidak bersabar, (mungkin dapat yang lebih teruk) atau tidak akan mendapat segunung ganjaran Allah.

Jika fikiran kita dan kesabaran kita semuanya kerana Allah..semoga kita dilindungi dari menjadi golongan yang tidak ingin dipandang oleh Allah di akhirat nanti. Aamiin.

#Wanita yang tidak akan dilihat Allah.
*Mengungkit2 dan tida pernah merasa cukup dengan pemberian suami.

Rasulullah SAW bersabda:

"Allah tidak akan melihat kepada wanita yang tidak bersyukur kepada suaminya dan ia tidak merasa cukup dengan apa yang diberikan oleh suaminya."

Hadis Riwayat. An-Nasa'ie No.9086, Al Baihaqi dalam Sunanul Kubra [7/294], dishahihkan Al Albani dalam Shahih At Targhib No. 1944).


P/S: Amatlah rugi dan buang masa jika kita memilih perceraian disebabkan kita merasa cemburu suami ingin berkahwin lagi, sedang keinginan kita sebenarnya adalah harta benda atau nikmat yang diberikan suami dan jika kita cemburu itu bukanlah cemburu tapi kedekut kita atau sifat penting diri kita.

Sedangkan suami diizinkan untuk berkahwin dengan tiga lagi wanita. Dan kita pula lebih rela melihat suami menjadikan harta benda kesayangan mereka sebagai isteri2 mereka. Mereka boleh saja mengatakan kita seorang isteri yang ingkar sebab tak mahu menurut kehendak suami yang mahu berkahwin lagi. Namun sebaliknya, kita pula yang menggertak mereka untuk bercerai. Sudahnya suami dengan ego menurut kehendak untuk bercerai walau masih lagi sayangkan isteri. 

Sebenarnya tiada kes teraniaya bagi isteri yang diceraikan disebabkan suami memilih berkahwin lagi, kerana mereka ada kuota empat, boleh berkahwin lagi sekiranya diizinkan syarak disebabkan mampu. 

Walau ada juga antara wanita2 yang berkahwin bukan kerana harta, asal ada suami yang setia dan penyayang serta bertanggungjawab...namun, itu sekadar pilihan. Hakikat fitrah kita sebagai wanita2.. memang sukakan kebendaan.

Kita kalau terlalu ikutkan fitrah kita sukar berada atas kebaikan dan kebenaran yang dikehendaki Allah.

Marah itu fitrah...
Berhibur itu fitrah,
Suka wanita2 itu fitrah (lelaki),
Suka kebendaan itu fitrah (wanita),
Suka makan itu fitrah..
Dan lain2..

Dan pilihan kita...sewajarnya adalah seperti pilihan Nabi. 
Pilihan Nabi semestinya sentiasa dalam REDHA Allah.
Tidak kebendaan namun hati sentiasa taatkan suami.

Wallahu a'lam.

SEkian,
Semoga kita sama2 mampu merenungkan apa yang kita masing2 akan dapat kesan dari kesilapan kita hari ini...saat masih ada ruang untuk memperbaiki diri dan memilih yang elok2 buat takdir diri di akhirat kelak..Aamin.