Tiga Situasi MENUMPANG

 

Assalamualaikum wbt,

Salam tengahari,

Dah lunch Ke?


Hari ni aku nak story pasal topik 'Menumpang'!

Korang pernah mengalami tak suatu pengalaman hidup ni. (Tapi ini kisah atau situasi yang berlainan aka bukan orang yang sama)


Situasi Pertama 

Orang tu minta izin duduk menumpang dengan dia,

Dia izinkan,

Ibarat kata dia nak bermanis2 saja,

Tapi dalam hati dia, 

Dia sebenarnya berat hati,

Dia tak mahu digelar jahat atau sampai hati oleh orang yang dikenali oleh orang tu yang mana orang yang dikenali orang tu pun kenal dia.

Tiap hari dia cari gaduh dengan orang tu,

Dia kata orang tu menyusahkan,

Setaip kali dia masak dia tak pernah pelawa makan,

Tapi bila orang tu nak tolong kat dapur masak2 dia tak izinkan,

Sisa baki dalam kuali dia masak dia lebih rela jadi basi,

Dia tak suka nak berkongsi rezeki,

Termasuk jika rezeki orang tu bila nak share dengan dia,

Dia tak suka,

Contoh kicap, sos, sabun2...dll

Dia beli yang lain walau sama je.

Bila orang tu simpati dengan dia,

Dia marah,

Dia tak suka orang tu berhutang dengan dia,

Kalau bayar lambat dia sanggup akan sumpah mati kat orang tu.

Bila orang tu mintak tolong ambik kan barang depan mata dia,

Dia marah dan membebel2 kat orang tu dan cakap dia sangat menyusahkan!!!

Walaupun orang tu dianggap menyusahkan,

Tapi dia pernah bagi something yang dia dah tak pakai kat orang tu untuk dimanfaatkan melihat orang tu pun belum memilikinya, 

Contohnya henfon.

Tapi bila orang tu seronok2 menikmatinya di depan mata dia,

Tak semena2 dia rampas dan baling ke dinding, 

Sambi berkata henfon yang dia bagi tu boleh baling ke anjing dan anjing pun boleh mati, tak best langsung.

Sementara orang tu belum mendapat pekerjaan lagi dan dia bangun agak lambat sekitar pukul 8 pagi,

Setelah berhari2 sambar waktu dia nak ke tempat kerja dia,

Dia pun sempat membanggun kan orang tu dengan mengheretnya ke dalam bilik sambil di tangannya ada hanger.

Sambil berkata 'baru kau tau siapa aku!'

Terus hari tu jugak orang tu bersemangat mencari kerja walaupun orang tu baru tak sampai seminggu menumpang di rumah dia.

Yang mana dia Masih tak tau selok belok kawasan atau negeri yang dia duduki.

Tapi dipaksanya hati jua untuk mencari kerja dan akhirnya dapat lah.

Suatu hari orang tu menyuarakan hasrat untuk pindah keluar,

Dia ada tanya...kenapa nak pindah keluar?

(Secara baik-baik)

Walhal sebenarnya di dalam hati dia berasa senang sangat.

Jawapan orang tu ialah, 

Dia nak tinggal menyewa sama2 dengan yang dia kenali kat luar.

Walhal dia nak berterusan terang sangat stress setiap hari berdepan dengan situasi2 dalam rumah yang tak sihat. Tapi mungkin dia tak sampai hati.

 

Situasi kedua,

Dia mempelawa orang tu tinggal dengan dia,

Sambil kerja dengan dia.

Tapi di depan orang lain dia cakap orang tu amat menyusahkan dia,

Walhal bila di depan orang tu,

Dia cakap jangan lah pergi mana2,

Tinggal je dekat sini,

Rumah sewa tak payah bayar,

Gaji boleh simpan2.

Makan minum semua free,

Dia mengadu kat keluarga dia bahawa orang tu menyusahkan dia dan keluarga dia pun siap panggil orang tu face to face,

Keluarga dia nasihat kat orang tu supaya cari kerja lain,

Dia pun kata depan2 orang tu dan keluarga dia bahawa dia dah nasihati tapi tak nak cari kerja dan duduk tempat lain,

Orang tu pun mestilah terkedu tak tau nak cakap apa.

Sedar dia bagai dilagakan.

Adik beradik dia siap marah orang tu sebab bagi mereka orang tu amat menyusahkan.

Di depan orang tu dia baik2 saja bila berdua2,

Dia suka support orang tu dalam apa jua pun,

Tapi sebenarnya hati dia tak rela,

Contohnya dia bagi orang tu berniaga dengan dia,

Tapi dia khuatir orang tu lebih banyak duit dari dia,

Dengan cara dia berpura2 tak cukup duit dan gaji tak dapat dibayar kat orang tu.

Hobi orang tu ialah suka memasak,

Sebelum masak dia mintak izin dulu kut2 menganggu seperti biasanya orang tu akan buat macam tu jika nak menggunakan dapur,

Tak lama ada di antara pekakas yang dia punya sendiri hilang atau rosak.

Walaupun tak berlaku kerap,

Tapi orang tu fahamlah bahawa,

Orang tu tak direla memasak dan berniaga dengan dia,

Dia sekadar nak bermanis2 saja,

Kemudian dalam senyap2 jugak dia dianggap menghabiskan beras!!!

Walhal niat orang tu cuma untuk membantu ringankan beban,

Kerana pada fikiran orang tu mungkin dengan membantu dirinya tak dianggap sekadar goyang kaki.


Situasi ketiga,

Dia punya staff berhenti kerja serta merta dan jadi dia pelawa orang tu tinggal dengan dia mungkin senang sikit nak berurusan.

Orang tu bekerja dengan dia secara contract,

Tapi peliknya dia cakap dengan jiran2 dia aka orang sekeliling,

Termasuk kawan2 dia yang toksik,

Orang tu yang terhegeh2 nak tinggal dengan dia,

Dan amat menyusahkan dia.

Tabiat dia suka menghebah2 dan mengadu2,

Setiap hari dia akan mengadu bahawa orang tu menganggu diri dia,

Dan sangat menyusahkan dia,

Kadang2 dia menyindir2 orang tu dia terima kerana sekadar simpati,

Tiba orang tu pun habis contract bekerja dengan dia,

Tapi dia nak orang tu kerja dengan dia lagi dan dia dioffer kerja lain, 

Dia suka sangat memasak,

Dia tak suka orang tu ikut dia memasak sama,

Baginya dia dah cukup pro memasak,

Dia suka suruh orang tu makan banyak2 dan kerap,

Sebab motif dia katanya nak tengok orang tu gemuk,

Walhal dia tak suka orang tu lebih cantik dan kurus berbanding diri dia.

Sikap dia kadang mood baik, kadang sebaliknya dan selalunya tak,

Dia seorang yang sangat pemarah,

Tapi orang tu sabar jugak tinggal dan bekerja dengan dia,

Mungkin orang tu cuma nak bersyukur.


Tahu tak dalam kesemua situasi, 

Bukanlah watak2 tu buruk dengan kesemua orang di luar

...aka kebetulan semua watak2 ni sangat baik dengan orang lain di sekeliling.

Tahu tak di antara orang yang menumpang tu tak sikit pun cemburu,

Malah dia berharap,

Semoga orang yang dia menumpang tu tak dibenci oleh orang sekeliling yang dia sukai,

Kerana mengingatkan bahawa rasa pedihnya tak sukai oleh orang yang disukai..

Baik hatinya orang tu kan!

So,

Bagi siapa yang pernah menumpang2 tu,

Korang ada tak pernah berjumpa dan menumpang dengan spisis orang2 macam ni??

Tak kira lah dia kawan2 korang ke, atau keluarga2 korang ke..atau korang sendiri? Alamak!

Kalau ada tu, janganlah citer kat orang lain tau,

Nanti korang bukan aib dia,

Pergi mengadu dengan Allah.

Bukan senang tau nak jadi orang menumpang2 ni,

Nasib terkena dengan jenis orang di atas,

Nyaya hidup korang...

Korang kena ada life sendiri,

Nasihat aku..agar bersabar aje lah...

Hiburkan hati dengan bukak mp3 mp4 zikir2 dan Al quran2,

Buat tenangkan hati...

InsyaAllah tetap jadi baik2,

Sebab Ayat al-Quran tu penyembuh2 penyakit di dalam hati.

Bagi keluarga atau kawan2 yang menumpangkan seseorang di rumah mereka pulak,

Jika ada bersikap begitu dengan orang yang menumpang,

Tolong lah respect,

Faham..

..mungkin korang bukanlah sejenis yang berbuat kebaikan untuk merebut pahala,

Tapi sayangnya pahala berlalu begitu saja sedangkan pahala tu penting untuk menolongnya di akhirat nanti.

Kalau sekira nya mereka jahil lah,

Semoga Allah SWT mengampunkan dsoa2 mereka dan orang yang diperlakukan sebgitu.

...dikurniakan taufik hidayah dan bertaubat. AAmiin.

Tapi sayang sangat korang melepaskan sebuah lombong emas.

Tahu tak,

Menolong seseorang yang susah tu aka melepaskan masalah atau kesusahan seseorang itu tak kira apa,

...besar pahala tau,

Lebih besar pahala dari korang beriktikaf di masjid.

Hadis. 

Jadi belajar2 lah ikhlas kerana Allah SWT.

Dan korang yang baca ni plak!

Jangan teka2 siapa yang aku ceritakan,

Jangan tuduh2 ye..

Tak elok...


Jaga2 lisan dan fikiran kita ok,

Agar tak jatuh berdosa.

Sebab Iman penting,

Untuk persediaan kita mati dan berdepan dengan dajjal.


Wallahu a'lam.

SEkian.