Tentang Buli 2


 

Ni BULI no.2,

Sebenarnya...bukanlah BULI no 2,

Sebelum BULI no 1,

Ada lagi BULI yang lain waktu di bangku sekolah dulu,

...tapi tak ape lah...

Itu aku boleh letakkan di BULI no.3 je,

Itu pun kalau aku nak citer..

Mungkin tak penting jugak nak diceritakan termasuk BULI yang no. 2 yang ini,

Sebab bendanya sudah tak berlaku lagi. Mungkin!

Aku pun dah maafkan.

Dan lagi yang waktu di bangku sekolah tu pun,

Semua masih budak2 lagi,

Yang mana masa tu saraf pun belum bersambung lagi.

Aka belum baligh sangat.

Cenggitulah takrifannya..

Kisah tu best jugak, student yang buli aku tu boleh jadi best friend aku akhirnya,

Dia BULI aku dalam pelajaran plak!

Mula aku je asik dapat no 1,

Dia plak agak corot!

Asik aku je dapat hadiah naik pentas turun pentas, 

Sekolah agama pun,

Akhirnya dia memintas aku,

Tapi mampu di sekolah melayu je,

Di sekolah agama Petang dia terkalah dengan aku dalam subjek Al-Quran,

Markah subjek dalam exam yang kitorang duduki masa tu rapat2,

Hah! itu je lah yang aku bleh cerita.

Macam mana boleh jadi best friend!?

Ada lah...;D


Tapi tak pe aku teruskan cerita yang no 2 ni,

Mana lah tau kalau dia masih membuli aku dalam senyap lagi,

Ke tengah nazak sekarang ni aku pun tak tau di antara mereka tu,

Risau plak aku...dipetiknya nama aku,

Sebab itu adalah di antara amalan terbaiknya waktu hidup kan!,

Aka membuli aku je,

Orang lain ingat aku yang buat dajjal ke dia sampai disebut2 nama aku waktu nazak ni,

Tup2 dia lah yang membuat dajjal itu...

Tapi andaikan lah dia tengah nazak,

Aku tetap doakanlah agar dia beroleh kebaikan dari Allah,

Sebab cita2 aku nak tolong orang jamin orang masuk Syurga kalau dapat masuk ke Syurga tanpa hisab di antara 70 k orang tu...

Tiber..AAmiin..

Tapi itu bukan bermakna dia boleh berbuat sesuka hati,

Dia berdosa dengan aku je,

Tapi dengan Allah SWT yang melarang menganggu maruah, hak dan hidup orang lain...

Mesti jugak bertaubat nasuha nak clearkan dosa2 sebelum mati!


Ok BULI no 2 ni,

Aku sebenarnya malas nak citer panjang lebar ye,

Sebab aku pernah tulis dulu,

Dalam diary aku jugak yang lain, tapi tak hingat bahagian mana plak duduknya...

lagi pun dah closed.


Ni..

Kisah kecurian kat tempat kerja.

Aku pendekkan cerita,

Mamat tu berbangsa india dan geng2 dia ada gak melayu,

Tapi aku fokus kat dia sorang je lah,

Sebab dialah yang punca!

Dia mat india ni satu tempat kerja dengan aku,

Dia masuk dulu sebenarnya,

Dia baik,

Suka buat jenaka,

Fuh nampak sangat aku dah maafkan dia,

Siap puji lagi,

Tapi habit dia suka mencuri duit company dalam cash register,

Lepas tu satu hari tu terkantoi lah dek HQ,

Jadi dia kena transfer lah,

HQ ni pulak transfer dia ke tempat sekangkang kerana je dari tempat dia mencuri tu,

Aka transfer ke jawatan lain lah tapi tempat kerjanya dekat area2 situ jugak,

Jadi aku pun boleh still jumpa tiap hari sebab dekat,

Tempat dia mencuri tu kat tempat aku bekerja lah,

Tapi dulu kat shift dia je dia buat,

......

Tiber satu hari tu dia datang kat aku,

Aku shift petang sampai pukul 11 malam masa tu,

Dia mengadu tak cukup duit nak beli pampers dan susu anak,

Dia bergaduh dengan bini dia cerita sebab tak cukup duit nak beli,

Dia stress,

Dia mintak aku bagi dia main duit aka buat duit dekat kaunter cash tu macam kegiatan biasa dia buat tu,

Aku cakap mana boleh,

Ini shift aku,

Nanti kantoi aku nak jawab apa?,

Dia janji dia tak bagi kantoi,

Bayangkan kalau dia menipu je,

Sebenarnya memang niat dia nak kantoikan aku dan kena transfer?,

Sebelum tu masa aku mula2 masuk jadi staff kat situ,

Belum lagi tahu menahu kegiatan mencuri2 dia tu dan staff2 kat situ,

Aku disuruh balik!

Katanya nak coverkan kalau ada boss tanya pergi mana,

Aku detect diorang tak suka aku dan nak suruh aku kena pecat sebab curi tulang,

Atau lain2 yang aku tak tau...

Sebab hanya aku je yang tak ikut campur kerja mencuri2 diorang tu,

Mungkin diorang takut aku akan menjadi perepot antarabangsa sebab tu senang je tendang!

Kita ni bukan jenis yang kerja main2..jadi tak de lah nak dengar kan...

Awal2 aku masuk kerja dah ajar kan kita ni mencuri,

Kau buat skill macam tu macam ni,

Aka tak banyak rm30 sehari je sebulan dah rm900!

Dia jelas2 kat aku,

Padahal aku tak Tanya pun!

Dia yang mengajar tu supervisor bangsa india jugak tapi yang lain,

Aku rekod sebenarnya perbualan dia tu...

Untuk keselamatan seandainya aku dibuli.

Tapi sempat terdelete masa nak jual henfon aku tu...


Sambung lagi,

Kita ni jaga halal haram dah jelaskan dah hukumnya kat dia dalam agama Islam,

Dalam Islam tak boleh dan lagi pun aku tak terdesak pun,

Terdesak pun bukanlah penyelesaiannya dengan mencuri,

Aku percaya dengan budak2 melayu yang pandai2 skill mencuri tu semuanya dia yang ajar,

Kenapa agaknya dia nak beria2 ajar orang lain ikut dia mencuri,

Kenapa tak dia sorang je??

Itu yang aku pelik!

Padahal dia buat clear je tak pernah kantoi,

Siapa datang lambat kerja,

Balik awal,

Kadang tak datang kerja langsung,

Ada orang HQ datang buat ronda baru sibuk2 datang dan tanya info2 apa dekat staff biasa,

Konon dia yang terpaling tau keadaan dan prestasi di tempat kerja bila boss HQ tu tanya apa2.

Nanti hujung bulan claim gaji atas kedatangan yang full dan terpaling cukup jam dan penat kerja!

Dia tau datang kerja tak buat, santan kerja, cuma talifon berejam2 di telinga.


Ok sambung mat india pencuri satu lagi tu,

Aku mati2 jugak tak bagi dia main duit kat kaunter aku,

Selain alasan dia nanti kantoikan aku,

Dan kita sebagai orang Islam pun berpegang pada halal dan haram, 

Dan lagi kita ni wajiblah amanah dengan ketua dan sebagainya kan,

Baru kerja duit berkat!,


So bila tak dapat tu dia buat alasan lain plak,

Dia nak pinjam duit aku RM 50,

Aku plak tinggal hampir banyak tu2 je duit aku,

Kira tak berapa cukup sampai hujung bulan kalau bagi dia,

Dia terus try2 lagi pujuk, 

Bila confirm tak dapat,

Dia melenting marah,

Dia gertak nak r*g*l aku plak!

Tibeh...

Tiba2.. dia ubah fikiran,

Dia kata nak fitnah aku lah!

Aku dengan lurusnya bertanya, 

Nak fitnah apa, kat mana??.

Macam boleh plak!!

Ada lah...kat sini2 je area tempat kerja ni,

Lepas tu dia blah!

Fikir2 area kat sini je,

Tapi orang nya duk area dari mana2 tah...

Ke mana2 tah fitnah tu nanti!

Hah tawakkal je lah,

Janji aku tak bersekongkol dengan kerja haram mencuri dia tu.

Aku pun sebaik ada budak shift aku masuk teman,

Aku pergi surau,

Masa pergi surau tu dia mesej aku,

Sebab call aku tak angkat!

Baca2..dia punya cakap nauzubillah,

Macam2 sumpah seranah,

Yang kotor2 semua,

Jadi lepas aku habis solat...

Alhamdulillah, aku masih berani lagi ke bilik office dan sambung kerja macam biasa.


Aku tak pasti sejauh mana pengaruh fitnah dia,

Dan tak pasti apa yang dia fitnahkan...

Atau sampai sekarang masih ade lagi ke tak...?

Yang aku perasaan,

Masa tu...lebih kurang 10-12 tahun lalu, 

Aku tiba2 banyak diperhati orang yang lalu lalang kat situ,

Tak kenal...keluar dari meeting or kursus something..

Antara mereka tu ada yang keluarkan ayat yang seolah2 pertikaikan jantina aku ni,

Tapi yang ramainya adalah pandang2 tersenyuim, tersengih2...yang ketawa pun lagi ada...

" eh dia pompuan la...

..eh lelaki laa...

Pompuan!

Lelaki..!

Eh lelaki ke?"

Eh! Asal tengok aku sambil2 macam tu?

Asal macam ada propaganda mempersoalkan jantina aku plak ni?,

Ke ilusi aku?

Apa yang diorang bincangkan dalam hall dewan tu agaknya,

...sampai2 bila keluar dari sana,

Macam tu ayat masing2,

Korang rasa diorang tengah pertikaikan jantina siapa tu??

Bukan sehari tu je..

Berhari2..berkali2..tak terkira...

Lepas tu kan ada yang baru datang jauh2 siap terserempak dengan aku kat situ,

BUkak suara jelas sebut nama aku,

Eh aku kata dalam hati,

Aku ke yang dikatakan tu?

Asal sebut2 nama aku?

Apa diorang pun tak tau macam mana rupa orang yang diorang kata tu ke?

Sampai aku yang dikatakan diorang duk depan muka diorang  je boleh selamba ngata sambil  lepas tu pandang aku dengan muka senyum mesra, gelak2..macam tak buat salah!

Macam boleh rasa bukan kerja diorang semua tu,

Tapi diorang diinform akan cerita tentang aku...cerita yang salah! 

Aku pun pekakkan telinga je dan buat seolah2 diorang tak cakap apa...

Fikir2,

Agaknya lah kan,

Itu kerja Mat Tamil tu..dan geng2 orang melayu dia yang mintak potong tangan sebab mencuri tu kat situ,

Dan agaknya lagi...

Mat Tamil sorang tu tak jadi nak teruskan kerja haram r*g*l dia tu,

Sebab tak bernafsu dengan aku sebab muka aku bagi dia macam jantan agaknya,

Sebab ada bulu2 macam misai sikit dekat atas bibir aku.

Hemm dah nasib!..

Lepas tu mungkin tetibe dapat idea nak fitnah aku jantan agaknya...

Tak kisah lah..kalau betul macam jantan ke...bukan betul2 pun..

Dan alhamdulillah...muka macam jantan aku ni lah penyelamat! Alhamdulillah dari kegiatan kotor dia yang mintak anunya kena kerat 10 bagi anjing makan tu.

Nasib tak tertulis...kena kerat la kan!

Then tak lama,

Dia berenti kerja lepas tu,

Tengok muka dia nampak sangat2 senang hati!

Senyum melebar kat aku siap menyapa aku kata nak berenti kerja,

...macam tak ingat tengah gaduh dengan aku,

Padahal baru semalam2 dan hari2 tengking2 aku lagi bila jumpa,

Dalam fikiran aku macam...

...macam ada projek besar je?,

Apa jadi dengan ugutan dia tu?? fikir aku.

...dia kata nak jumpa bos yang in charge kitorang kat situ nak mintak something cd or what.

Itulah last perbualan dia dengan aku,


So sekarang ni,

Kalau itu kegiatan dia dan masih buat kacau hidup aku lagi,

Aku harap dia and the geng2 yang bersubhat dengan dia berhenti lah dari kerja tu...

Berhenti dari menganiaya aku..dan

Berhenti lah dari memperbodohkan orang lain!

Dan beralih buat kerja yang bersih2.

Kalau tak..

Cuma bikin tinggikan level pahala aku je...

Kat pandang mahsyar nanti,

Semua pahala korang aku ambik,

Dan kalau tak de pahala korang,

Dosa2 aku korang pukul,

Boleh macam tu dalam has\dis cakap!

Itu pun kalau tak bertaubat lah,

Dah bertaubat ok je..

Bukan nanti bila aku dah mati,

Tapi validnya dari sekarang!!

Aku maafkan tapi kalau bertaubat lah...

Dah tak buat dah.. 

Kalau cakap nanti nak claim pahala dekat aku plak!

Aku tak buat aniaya kat siapa2,

Aku yang mangsa...

Aku jaga diri aku...

Tapi kalau aku ada terguris hati tu aku minta sorry lah,

Dosa lisan mungkin ada,

Itu pun sebab lepas mereka buat aniaya kat aku,

Bukan sebab aku yang punca cari pasal! 



Wallahu a'lam.

SEkian..