Rasa Allah Tak Ada Dan Rasa Ada Tapi REDHA!! Nauzubillah!



Assalamualaikum, Gaiz!

SElamat PEtang!


Pernah rasa tak situasi di mana kita rasa kita buat sesuatu tapi tak de siapa yang nampak!?
Sebenarnya ada..
Allah SWT dan para malaikatNya yakni yang ditugaskan untuk memerhati setiap amalan kita lah nampak!
Kalau kita buat sesuatu yang salah yang kita rasa boleh tutup dan lari dari hukuman polis atau dunia,
Tapi dengan Allah kita tak boleh tutup...betul tak?
Allah sentiasa nampak!
Dan amalan kita tu siap sedia dicatat untuk diadili nanti...
Hukuman Allah lagi dahsyat kalau tunggu sampai kiamat!

Kita hidup ni tak ada pilihan...melainkan untuk menjadi taat dan taqwa.
Taqwa tu apa?, ingat tak? atau tahu tak?
Iaitu meninggal kan apa yang dilarang dan melaksanakan apa yang disuruh.

Kalau kita dengan sebuah perkataan dunia saja kita sukar nak singkatkan menjadi pendek atau diam saja daripada berkata2 yang sia2 yang orang lain nampak..macam mana pulak dengan perbuatan jahat, buruk kita yang kita rasa tak ada siapa nampak??

Mengikut apa yang Nabi kata: "Diam itu lebih baik daripada perkataan yang sia2..."
Dan Nabi kata: "Banyak bercakap banyak pula kesalahannya..."
Boleh sampai ke mengumpat, mengata, mengejek, meremeh2 kan orang, bersangkaan buruk dll...
Nabi kata: Ramai yang masuk neraka tu antara puncanya ialah daripada tidak menjaga lidah dan percakapan.

Kita ukur diri kita sendiri...
Boleh tak tinggalkan segala yang buruk mencuri, berzina, membuli, merasuah dan lain2, yakni maksiat yang dah jadi tabiat berzaman2 kita tu..? 
Yang kita rasa tak de siapa yang tau dan nampak tu!
Mungkin kita rasa tak sama bandingannya dengan mulut!
Atau jangan banding2 kan dengan mulut!

Ada yang bertabiat buruk tapi mulut ok je..diam!
Ya betul tu..diam,
Tapi tau2 mencuri..tau2...membuli orang..tau2 berzina, tau2 senyap2 macam anai2 dah habis berkeping papan dia rosakkan,
Padahal mulut diam tu,

Ada yang mulut pot pet aka banyak cakap pulak..
Tak buat jenayah! kaki tangannya semua jaga dari buat aniaya kat orang lain,
Rasa diri lebih baik,
Tapi sebenarnya sama saja,
..di akhirat nanti akan diadili atas semua yang diungkapkan dari mulut tu,
Dan apa yang diperlakukan oleh tangan dan kaki tu! lalu dihumbankan ke dalam neraka!

Kenapa?
Sebab apa sama je..?
Sebab itu pilihan hati,
Hati itu adalah raja kepada seluruh anggota badan,
Pilihan hati yang jugak bersarangnya warna gelap dan putih,
Atau gelap saja, atau putih saja...angkara dosa2 atau pahala2,
Sebab itu kita tak boleh ikut2 kata hati..

Kalau kita sebenarnya sedar kita tak taat perintah Allah SWT,
Takut2 yang kita ikut itu dari hati yang penuh dosa kita,
Yang gelap yang tak nampak,
Sebab apa bila kita berdosa,
Hati kita yang gelap akan buat kita nampak setiap yang baik itu buruk,
Dan yang buruk pulak baik,
Dan kita fikir itu benar Allah REDHA,
Kita rasa Allah nampak tapi Allah REDHA,
Nauzubillah...
Ya, sebab apa...?
Tak Ada azab,
Tak Ada teguran,
Maintain tak....
Padahal tak tau itu ISTIDRAJ!

Kita jugak sentiasa rasa...
Saya nak jadi diri sendiri...
Atas kemahuan hati saya sendiri..
Tak!
Itu bukan jadi diri kita sendiri,
Itu adalah jadi diri yang dah diseliputi dosa2 setelah kita terikut jejak syaitan!
Maka Itu adalah kita nak jadi diri Syaitan!
Nauzubillahiminzalikh!

Jadi..sama2 lah,
Kita tinggalkan setiap yang buruk samada dari percakapan lidah atau perbuatan buruk kita
untuk mencapai status taqwa di sisi Allah.
Bermula dari mendirikan solat dan menyibukkan diri dengan amalan2 sunat.
Tanda kita nak membersihkan hati kita dari kekotoran.
Baru lah nanti hati kita diblock dari perbuatan buruk dan maksiat.
Kalau dah solat tapi masih jugak ada perbuatan buruk.?
Perbetulkan solat, perbetul kan niat,
Perbanyakkan amalan2 sunat sebelum dan selepas solat,
Dari cara ambil wudhu',
Berdoa ambil wudhu',
Perbanyakkan zikir2 dan doa2..
Sebelum azan, selepas azan...
Fikiran dan hati kita jangan sekali2 ada makhluk!
Iaitu dunia dan seisinya..
Yang perlu ada Allah je.. 
Kalau kita rasa penat dan susah lah,
Memang..
Tapi penat lagi di akhirat nanti bila kita tak ada apa2,
Bila saat kita menunggu2..
Bila kita bandingkan yang penat dan susah tu di dunia ni lagi senang...
Maka..
Senanglah hati kita nak melakukannya..

Allah nak lihat usaha kita saat di uji,
Nak lihat banyak dan bagusnya amalan, 
...sesabar mana dalam mengusahakannya,
Dalam menghadapinya...
Dalam menolak yang buruk,
Dan sebersyukur mana kita setelah mendapat nikmat..?
Seberiman mana kita dalam setiap ujian...?
Kita perlu fikir dan jaga semua tu..
Sebab memikirkan proses nak masuk syurga itu bukan sekejap,
Mudahnya kita ikut je setiap yang baik2 yang diperintahkan Allah.
Jangan banyak cerewet nak yang lain selain yang difirmankan Allah dalam Al-Quran,
Banyak songeh kita,
Maka banyak lah dosa,
Banyak lah jugak perhitungan untuk kita di akhirat nanti..
Orang paling sekejap cepat prosesnya di akhirat nanti pun kata ulama ialah anggaran 50 ribu tahun,
SEhari pun lamanya ibarat seribu tahun,
Itu mungkin yang paling sedikit dosanya!

Dan bayangkan...
Kalau banyak dosa!
Proses sebelum masuk neraka,
Dah masuk neraka,
Memakan masa mungkin bepuluh ribu tahun.
Dah keluar nak proses ke Syurga pulak,
Lagi perjalanannya pun sangat lama..

Wallahu a'lam,

*Peringatan sama untuk diri aku sendiri...


SEkian..