Nak Selesai Masalah Tapi Guna Jalan Dosa

 

Kita ni dikatakan kalau seseorang tu buat jahat kat diri ni, tak boleh benci jasad dia.


Sebab katanya kalau benci jasad salahkan jasad..jasad ni tak bleh diubah, jadi, jangan salahkan jasad.


Katanya, salahkan ke sifat buruk dia tu...sebab sifat boleh diubah..tapi dia tak nak ubah.


Ya lah..nak control diri supaya diri tak bertindak sesuka hati atas tubuh badan dia boleh lah kan..sebab kita makhluk dan bukan Tuhan..bukan kita yang buat jasad dia...


Cuba fikir ke Allah...


Percayalah dengan sifat buruk tu yang akan bawa jasad dia turut dipersalahkan..


Buktinya kata Allah orang yang bersifat macam tu akan dihumban ke dalam neraka.


Badan dia tak tinggal kat luar walaupun sifat yang salah..


Ialah..macam mana kalau sifat aje yang nak dihumban??


Maknanya kalau dah tahap dihumban tu..


Sebab sifat buruk atau dosa dia..sampai tahap tak dibasuh..tak dibuang dosa² dia..dengan taubat, lepas tu sebab dibawanya sekali mulut, tangan, kaki, seluruh tubuh bergerak aniaya orang sana sini...


So, nanti Allah akan azab seluruh tubuh dia.


Aku rasa kalau setakat dengki atau dendam tak puas hati yang dipendam, yang tak aniaya orang, tak lagi punca jasad dihumbah. Allah akan bersihkan dan hilangkannya. InsyaAllah. Menjadilah diri ahli syurga bersama² dengan rahmatNya.


Tapi, kalau sampai tahap bergerak tuk menganiaya, mengarah arah buat jahat dan menyokong supaya seseorang tu tertimpa musibah..sampai orang tu memang tertimpa musibah akhirnya angkara dia. Sungguh pun kalau bukan tangan kaki dia yang buat kerja..tapi kalau dah namanya bersubhat...bukan pahala tetap pahala..tapi dosa tetap dosa. 


Jadi apa yang nak diperjuangkan sebenarnya..?

Nak tunjuk diri tu lebih berkuasa...plus nak tunjuk protes marah kat Allah takdirkan hidup orang tu teruji tersusah atas dia. Padahal orang tu tak de pilihan apa melainkan berlegar dalam hak dia sendiri yang Allah halalkan untuk dia mengecapi di dunia sama macam dia..dan dengan itu jua dia akan bawa tuk mengecapi nikmat di syurga. 

Tetapi dia di ganggu gugat dengan alasan dia tak suka aka dengki dengan orang tu. Lalu dia cipta tuduhan orang tu bawak sial lah. Orang tu jahatlah. Cara menganggu gugat plak cara syirik dan khurafat. Plus diri dia tak solat, tak puasa. 

Percayalah orang² yang bersubhat semua tu tak solat. Macam mana nak benteng diri dari kemungkaran. Sifat sabar tak ade. Bukti ikut al-quran dan as-sunnah tak ada. Kalau solat pun macam kafir sekali seminggu. Dan kalau solat pun lima waktu tapi buat kerja jahat tulah bukti solat dia tak diterima Allah aka tak de kualiti.


Tak pernah rasulullah ajar nak merawat nak membantu nak menyelesai sesuatu dengan kaedah jin dan syaitan. Dan status dia macam dia bersubhat dengan syaitan lah kan..neraka tempatnya. 

Ya lah, cuba fikir..

Dekat alam ghaib tu ada Allah ada benda musuh Allah, iblis setan, jin tu. Cuma musuh Allah ni tetap tak nampak Allah. Walaupun sama ghaib dari pandangan manusia.

Ade ke plak nak dipilih musuh Allah tu seiring dengan Allah sebagai pembantu. Macam Allah tu tak mampu. Sebenarnya diri ni yang tak warak. Tak yakin dengan Allah. Jadi Allah tak izin orang yang tak yakin dengan dia tu..tu yang dia pi amik jalan singkat, jin, iblis setan tu. Baru Allah izin. Tu pun sebab nak bagi laknat atas dia. Supaya makin melebar dia dalam dosa aakhirnya jadi penduduk neraka. Tu bila Allah dah murka.


Lepas tu dia kata..yang nurse2 pakai ubat spital nak rawat tu boleh plak tak dikata syirik. Masalah benda ubat pil, injik dan sirap itu Allah nampakkan ke tak nampak ke diri. Apa yang baik Allah nampakkan secara zahir sebagai jalan penyelesaian tu baiklah tuk dipilih. Yang terselindung cam kuman baik ke?


Haiwan ditundukkan Allah tuk diri nak manfaatkan dia, jadi diri boleh manfaatkan, tak syiriik. Allah nampakkan tu aka diri ni boleh nampak sebab ianya baik tuk diri ni, kalau baik dan halal lah, tak semestinya baik aje yang nampak dalam dunia ni. Macam arak judi, nampak jugak tapi haram. Tu la namanya ujian buat diri. Ni istilah kalau nak bandingkan yang ghaib dan yang nampak aka nyata tu. YANG BAIK BAGI DIRI TU, YANG ALLAH HALALKAN TU, PILIHLAH YANG BAIK DIANTARA YANG NAMPAK AJE DIKALANGAN MAKHLUKNYA. BUKAN YANG TAK NAMPAK.


So, Buat apa nak cari yang Allah selindungkan yang diri tak nampak. Itu nampaknya tak halal, diri pun tak mampu nak cari melainkan dia yang cari diri ni. Bermakna ada agenda dia tuk diri kita ni dapat dosa syirik, dapat mudharat, dengan kuasa Allah.


Sedarlah...WAHAI kau yang memilih sikap macam tu..kau sekarang ni dijurang dan kelompok mereka yang sesat. Waktu masih ada tuk perbetulkan diri dengan memilih Allah je bukan benda syirik..betulkan diri..kaut redha Allah pada diri. Jangan sibukkan hanya tuk dunia..mengabai kebaikan diri di akhirat. Apa yang diri tak mampu selesai dengan jalan halal..serah aje pada Allah. Allah tak marah. Sabar dengan dirikan solat dan berdoa lalu bertawakkal tu jalan penyelsaian halal..


Nak Selesai Masalah Tapi Guna Jalan Dosa..sedang masalah tu sendiri sebab hadirnya dosa2, tiber nak tambah dosa lagi...banyakkan istighfar..


Sekian dan

Sekian..