Tadi masa kul 4 pagi aku mimpi arwah mak aku.
Muka dia happy² je.
Kita orang naik keta sama².
Tak tau siapa driving.
Arwah abah kut, dalam mimpi tu aku tak fokus ke driver.
Lepas tu beliau mintak turunkan kat sebuah rumah.
Beliau pun turun, sementara aku juz memerhati beliau dari dalam keta dengan driver.
Tiber mak duk di tangga rumah orang tu sambil senyum² and berwajah ceria.
Seolah saja memaparkan wajah cerianya tuk aku lepas rindu,
Mungkin beliau sedar perjumpaan ini tak kan lama.
Aku pun tatap lama wajah arwah mak sampailah terjaga dari tidur.
Mak biasanya waktu sihat memang sikap dia suka bertandang ke rumah jiran, borak².
Tak sangka sampai dalam mimpi pun beliau macam tu.
Agaknya jugak,
Beliau rindu nak menjalani kehidupan semula...atau sebenarnya sedang menikmati alam yang ia sedang tempuh.
Wallahu a'lam.
Waktu masa mak hidup dulu biasa mimpi berkereta dengan arwah abah bertiga dengan mak. Sekarang mak dah tak de pun macam tu jugak. Berketa kitorang sama²..huhu sedey.
.......
Bangun² aku dari mimpi,
Seronoknya mimpi mak, tengah happy².
Aku berandai kalau lah aku pandai melukis.
Aku tak kan biarkan apa yang terjadi dalam mimpi tu setakat pada bayangan je...
..lama² kian pudar dan melupa...
Huhu..
Ada jugak lepas rindu aku...pada arwah mak dan abah..kan.
Allahu..