Pengalaman Diajak Bermaksiat Dan Berjahat Dalam Hidup


Aku serius..

Dalam hidup ni aku jarang dijumpakan dengan orang yang suruh aku, sokong aku buat jahat dan buat maksiat..

Semua sokongan dari orang² tu ada pernah terjadi pun masa aku keje kat luar.

10 tahun lalu.

Tapi syukur diri bijak dan tak pernah terikut pun.


Alhamdulillah yang banyaknya Allah juz jumpakan aku dengan orang yang tak mau taat aka malas taat perintah Allah je (di sekeliling), 

..tanpa mengajak aku buat jahat dan buat maksiat Aka buat salah, kalau ada pun jahat, dia sendiri yang bersikap jahat walaupun sebenarnya macam seolah² mencabar aku jugak nak terikut membalas.

Tapi,

Basic lah kan.

Diri pun pernah berada di situasi tu..(belum pernah trima petunjuk Allah.)

Astaghfirullah. Allahuakbar. Nauzubillah.

Tapi tu pun dah cukup buat aku teruji.

Dan lagi skali,

..semua orang² yang pernah menyuruh buat maksiat and kejahatan tu memang aku tak ikut pun apa yang dorang cakap.

Nak buat apa lah ikut.

Diri kalau nak macam tu, tak payah diajak. Pergi sendiri cari. Kan.

Sebab diri sayang diri sendiri lah diri tak buat cam tu.

Tak nak kotorkan diri sendiri.

Dan lagi aku dah maafkan pun dorang.


Ujian yang paling banyak ialah, ujian..

Bila ada yang suruh aku berzina dengan dorang.

Tapi aku biasalah kan,

Suka berseloroh dan guna ayat lakonan aku.

'Oh sure, pukul berapa..kat hotel mana? boleh pegi pakai baju tidur je tak?'

Haha,

Dia ligat membalas. 

'Boleh, pukul sekian sekian...ye..'

'Ok aku akan datang dengan driver aku'

Perrgh!

Hakikatnya tak de pun.

Driver ape lah..

...monyet ke?

Aku tak pergi pun.

Aku pun tak tau sejauh mana keseriusan dia. 

Dan aku anggap dia juz bergurau je. Sebab bila aku tak pegi..dia tak call..tak bising ape..

Haha.

Kalau dia serius pun...nauzubillah!

Itu urusan dia..

Tapi aku tak kan buat benda yang tak elok macam tu. 

nauzubillah.

Diri ni bila dah tau hukum hakam tapi buat benda terlarang lagi besar dosa berbanding orang yang jahil bila terbuat dosa yang sama. 

Walaupun orang yang jahil dia pun berdosa jugak sebab tak belajar.


Macam sorang budak laki ni.

Masa tu umur aku lingkungan 20,

Dia 18 camtu,

Dia bekas sekolah pondok.

Kira tau agama la.

..steady je terus terang.

'Jom kita...dot dot..dot.'

'Hah!' Terkejut aku. Selama ni shy², tunjuk solat tak tinggal. Tiber lesap je husnuzon solat le tu.

'Buat ape?..' terkedu aku.

'S*x....'

Then,

Aku pun buat² tersenyum.

Malas nak tunjuk janggal dan terkejut sangat.

Dalam hati berdetik.

'Ooo..betullah kata kawan² aku dia ni kaki rosakkan pompuan, nasib dorang de bagitau aku sebelum ni, kalau aku rasa dia berniat camni coz feel dia cintakan aku, tak tau lah..' nauzubillah.

Aku tunjuk tak excited..or hambar (tak berminat dengan dia) but aku still senyum.

Senyum sebab bukan nak pandang dia cakap camtu tu baik, 

Tapi diri juz nak menghadapinya dengan cara baik.

Bukan semua mesti dengan cara marah².

Lepas tu aku dan dia mulai renggang, dia macam feel 'shy' plan dia 'failed'.

Dia yang pilih renggang bukan aku, sebab aku tak layan kemahuan dia.


Another, ada yang gunakan taktik kekayaan nak tackel aku supaya aku cair dengan dia and nak berzina dengan dia kat rumah sewa adik beradik dia yang kaya raya. OMG! Perrgh!

Dalam hati aku..ntah aku kena kenduri dengan adik beradik dia sekali. Nauzubillah.

'Gila plan dia ni'.

Datang jumpa je pujuk..

Datang jumpa je pujuk...

Dalam fikiran aku macam mana dia boleh sangka baik dengan aku ah.

..yang aku akan terima pelawaan dia ni.

Muka aku macam bodoh ke?

Akhir sekali aku tak layan, hubungan aku dan dia putus macam tu aje.


Ujian kedua terbanyak ialah ujian orang mengajak aku menipu and mencuri.

Awal² aku masuk keje baru je kena ajak mencuri.

'Wei kalau kau buat duit sehari je rm30 (curi duit customer bayar astaghfirullah), kalau sebulan dah rm900.'

'Aku tak terdesak lagi lah nak pakai duit, buat ape nak mencuri'

(Ayat geng² konon tak nak dipulau, boleh mencuri kalau terdesak, padahal..)

bila dipaksa beberapa kali..

Keluar terus ayat alim aku..

'Aku takut dosa lah..terdesak pun tak boleh mencuri tau..berdosa'

Liat nya dia nak faham apa itu dosa..

Terus pujuk lagi.

Entah ape ruginya dia aku tak ikut mencuri..


MULA² tak nak kantoi oleh aku, 

'kau pegi balik kitorang cover kalau bos tanya.'

'Tak nak lah'

Dalam hati, aku risau aku dikenakan.

Tiber kang..aku dipotong gaji or dipecat.

Nama plak jadi busuk.

..akhirnya dorang terpaksa terus terang..

Dedahkan kat aku kegiatan dorang ape²,

Ajak aku sekali..

..maybe tak nak ada sorang pun yang bukak rahsia..sebab tu dorang ajak aku join sekali..

Atau sebenarnya dorang mengajak aku tu,

..sekadar nak uji aku...aku pun tak tau lah..

Aka, sekadar ajak je..actually nak tau sifat aku ni orang yang geng dengan dorang atau tak,

Atau berkemungkinan orang yang berisiko membocorkan rahsia atau tak..

Untuk diwaspadakan..

Wallahu a'lam.


Ada yang saja buat trick pinjam kaunter aku nak buat duit sebab dia dah ditransfer ke job lain dek kantoi mencuri. (Company bagi warning or bagi chance)

Katanya dia boleh clearkan, tak de sape tau hilang ke mana duit tu.

Dan aku tak kan disiasat dan dituduh.

Nasib aku tak mudah percaya.

'Aku tak nak, kau try buat di kaunter orang lain dulu' (istilah kalau dia terdesak sangat)

Tapi dia tak nak buat...

(Bila aku detect dia macam nak kenakan aku)

Dia marah kat aku..

Aku dan dia mula bergaduh!

'Kau tak nak bagi aku, aku nak r**ol kau..!'

Jadi aku cakap..

'cubalah..'

Aku cakap 'cubalah' bukan aku suka dia buat benda tak elok tu,

Tapi sebab aku percaya dia tak lah sekejam tu,

Dan aku percaya dia tak lah seberani tu..

Dia cuba hampir dengan aku,

Tiber,

'Oh tak nak lahh'

Sekejap je di punya fikiran teralih..

Yes..!

'Aku tak nak buat macam ni..aku nak fitnah kau'

'Fitnah ape..?'

'Ade le..Aku nak fitnah kau ke seluruh kawasan ni.'

Lepas tu dia blah tersenyum² gila.

Dalam ati aku..

'Ape benda dia nak fitnah aku ek?'

Dia gurau je kut..

Tak kan sakit ati nak buat aku cam tu skali..

Aku bukan buat jahat dengan dia pun.


Lepas tu beberapa hari tak nampak dia,

Tiber dia muncul,

Baik ramah mesra menyapa aku macam sebelum dia bergaduh dengan aku.

Sejak bergaduh,

Menyinga je keje dia.

Meninggi suara kat aku cam kena rasukan,

Tu pun aku bleh husnuzon dia ok² je.

Resepi berani.

Dalam hati aku sangka dia dah insaf dah kut.

Tibet esok² dengar dia nak benti keje.


Ada lagi dugaan dengan orang lain plak selepas tu.

..supaya ada yang sangka dan tuduh aku pencuri.

Huish, sabo je le.

Entah² itu agenda dia dengan orang tu..

Ajak orang atau sesiapa fitnah aku... 

Supaya semua orang di situ sangka aku bukan².

Wallahu a'lam,


Lepas tu ujian lain,

Selalunya tak jelas motifnya nak ajak aku jadi jahat,

Dia tunjuk sikap dia sendiri, dia macam tu ni...

Lepas tu tetibe berkias², cover² bila disuruh mengaku, tak mengaku motif dia camtu..

Saja nak buat aku geram dan marah.

Baginya marah tu adalah nampak buruk dan jahat.

Tapi,

Sekarang ni skill lain plak..

Direct atau terus trang tapi guna cara lain....

Dia jahat dengan seseorang tu depan aku..

Kalau orang tu tak dengar cakap dia suruh aku buat ape je yang menyakit kan orang tu tuk menghukum..

Whattt!?

Dia sebenarnya nak ajar aku buat jahat beb!

Aka sebenarnya dia geram dengan aku,

Tak suka aku jaga adab akhlak, jadi ok² je. Wallahu a'lam.

Aku dalam hati sekarang ni sebenarnya menahan sabar.

Mana mungkinlah nak jadi orang hilang akal cam tu.

Banyak lagi kaedah lain nak menyedarkan.

Berdoa ke, solat tahajjud ke, solat hajat ke.

Ini dia, solat wajib pun tak...

Tapi marah sindir orang tu tak solat,

sedang, dia pun tak solat..

Apoo..adakah anda rasa dia sakit jiwa?

Rasa nak dengar tak cakap orang cam tu bab cara menghukum melainkan aku nak cakap dia mereng je.. 

Dia cam try nak kotor kan hati aku je..

Diri ni kalau boleh tak nak lah ada permusuhan sesama manusia. 

Macam mana solat nak berkualiti kalau ada persengketaan sesama manusia..then di bawa dalam solat.

lain la..if orang yang tak solat cam dia, bole la fikir nak camtu...

Kann..


Gitulah..hidup ni kan...kalau tak diuji macam ne diri nak tau diri orang yang betul² baik, or taat Allah.


Ada lagi dengan orang lain plak

Bila aku diajak menipu..

'Aku kesian la dengan dia. Aku masih ada duit lagi. Tak baik menipu orang'

....

Aku tak bising tak cukup duit, tiber dia offer menipu nak aku dapat duit banyak, tak pelik ke?


Haha,

Ok lah..

Ambil sisi yang baik je...dijadikan iktibar...tak semua orang seperti cerminan diri kita..

Jadi jangan mudah sangka..dia tak kan macam tu..sebab aku tak macam tu..

Hati manusia lain²..

Bye..


Assalamualaikum,







Ujian lain...