Awanis: Mesti kau terlalu tak suka kan aku kan, bila aku tak de, tak nampakkan diri aku, kau nampak happy sakan, lebih enjoy dengan hobi mancing kau seperti biasa. Bila aku ada, kulu kilir dengan basikal aku depan rumah kau, aku tengok dah lama kau tak layan hobi kau tu. Asik melanguk seolah meratapi sesuatu. Padahal sebenarnya, kau nak tunggu aku pergi dan supaya kau bleh bebas kerna kau anggap aku menyemak kan, kau tak pernah tunggu aku pun selama ni sebenarnya, kau tak sukakan aku pun kan sebenarnya. Aku kulu kilir tunggu² kau tegur aku, tapi kau tak tegur pun. Aku je lah yang perah santan selama ni...saat kau baca surat ni, aku dah dekat negeri seberang. Aku saja suruh siti bagi kat kau, waktu aku dah tak de. Cukup lah setahun aku bagi peluang kat kau. Aku hampiri kau nak test kau bersungguh² atau tidak kat aku. Nampaknya kau tak gentle atau mungkin kau tak de perasaan langsung pada aku. Sampai kau biarkan aku je dengan ape je yang aku lakukan. Padahal kau tau. Aku lepak dengan kawan², tak balik rumah. Layan kawan² sampai berpagi² di pondok. Nampak kau dah tak endah, tak pernah sayangkan aku. Selamat Tinggal❤️.
Shafrie: Eh, aku tak tau pulak dia sukakan aku, aku fikir dia juz bermain dengan watak jiwang dia tu dengan semua kawan² dia. Tapi, aku serius tak de niat ape pun nak lukakan hati dia, tak endah dia. Tapi perlu ke nak endah, kawan biasa je kut. Aku juz spontan je. Aku rasa nak mulakan hobi aku aku lakukan, kalau tak, aku abaikan je. Tak de mood. Bukan de kena mengena dengan dia pun. Memang lah dia selalu join hobi aku tu, aku fikir dia juz biasa² je. Eh nape plak aku rasa serba salah ni. Dia dah de kat oversea. Alamak. Aku nak wat camne. Macam ne aku nak hubungi..oh siti..siti mesti ada no phone dia. Eh ape plak aku nak cakap ah? Aku bukan de feel kat dia pun. Oh, explain hubungan aku dan dia tak lebih dari seorang kawan je kut kan. Yeah! Macam ni ke anak orang kaya bila merajuk?
Siti: Heloo, ape kabar kau?
Awanis: Kabar baik alhamdulillah. Baru seminggu aku kat sini, kau dah rindu kan aku noo..
Siti: Eh hehe..rindu rindu lah jugak. Tapi aku nak tanya kau sesuatu ni?
Awanis: Ape dia tanya lah?
Siti: Si shafie admire kau tu, dia nak mintak nombor henfon kau ni.
Awanis: Hah..jangan bagi..mesti dia nak cakap dia tak cintakan aku nye..
Siti: Mana kau tau beb? Memey itu dia nak bagi tau kau dia cakap. Dia anggap kau kawan biasa je.
Awanis: Tipu, dia sebenarnya ada feel kat aku..
Siti: Eh kau ni..tadi kau macam rasa dia tak cintakan kau, tiber kau cakap dia tipu kau plak. Mana satu kau ni?
Awanis: Itu istilah perah santan aku la..aku tau dia tak cintakan aku..ta...tapi aku nak jugak rerasa seolah dia cintakan aku..dia macam cintakan aku la beb, sebab tu aku ada feel ni..tu aku anggap dia tipu aku sebaik dia tak pedulikan aku.
Siti: Kau tu silap..sepatut kau tanya dia ada perasaan pada kau ke tak.. Bukan nya laama memendam rasa hampir bertahun macam ni dan tiber pegi blah macam tu je lepas tu salahkan dia tak balas cinta kau plak..!
Awanis: Entahlah, benda dah jadi pun. Aku dah tak leh putar balik, dan bukan semua yang diri nak tu akan tercapai kan..?
Siti: Tau tak pe., cari lah pengganti yang betul2 terpacak kat kau bukan atas nama kau perasan lagi. Hah habis citer.
Awanis: Itu lah, tapi aku betul² sangkut kat dia ni..macam mana beb? Bongok lah dia ni. Dia bleh buat bodo je. Nak kena aku mula kan jugak. Perigi tak kan pernah mencari baldi tau. Kalau sekiranya pun perigi tu boleh berjalan sendiri. Ia dapat persaingan dari kolah, sungai, swimming pool. Susah.
Siti: Amboi, berkias² sebegitu rupa. Maksud kau, dia ramai peminat ke?
Awanis: Hehe. Lebih kurang camtu lah.
Tak pe lah..tak je jodoh. Sia² je kalau aku mulakan pun, kalau dia still tak de perasaan kat aku. Ty, nantI kau bagi tau kat dia aku minta maaf k, kalau kehadiran aku menganggu dia selama ni. And bagitau maaf jugak sebab salahkan dia, tuduh dia. Dia tak salah ape pun. Perasaan dalam ni la yang salah.
Siti: Ye lah nanti aku sampaikan, ok lah maafkan aku jugak menganggu kau. Dah pukul 1.30 pagi ni. Aku dah nak tido.
Awanis: k gud nite beb. Assalamualaikum.
Siti: Waalaikumsalaam. Nite.
Esoknya..
Shafrie: Siti..dia bagi kau izin tak bagi nombor kat aku..?
Siti: Sorry Af, dia tak bagi ah. Tapi dia de suruh aku bagi tau kau yang dia minta maaf kalau² kehadiran dia selama ni menganggu kau, n minta maaf pasal dia tuduh kau n salahkan kau tak balas cinta dia jugak.. Dia yang salah katanya.
Shafrie: Oo..hehe. Sorry siti terpaksa jadi orang tengah. Malu lak aku kau tau hal kitorang. Em. Btw terima kasih.
Siti: Eh its ok. Kau orang berdua bukan orang lain, sama² kawan aku jugak. No hal lah. Eh, aku pergi dulu Af, nanti lambat plak mak aku masak. Banyak benda dia kirim ni.
Shafrie: Banyak, eh biar aku tolong, aku ikut sekali k, boleh jumpa mak kau.
Siti: Eh tak pe, lain kali lah ya Af. Assalamualaikum. Bye.
Shafrie: Ok, bye. Waalaikumsalam. Ee..dia bagi aku asap moto dia je..kau tak tau ke aku tunggu kau siti. Dia ni pun tak faham². Aku belikan mak dia barang dapur itu ini selama ni, dia tak de pelik ke tang maksud dalam hati aku ni.
............ketibaan...siapakah gerangan si siti itu? Apakah berstatus kolah, atau kah swimming pool kah?
Sekian.
Kisah pendek rekaan ku di;
(1.00am-2.30am,
Monday,
27 Jun 2022)
~Tarikh yang special, AKA seandai dtendang nombor² dua semua itu. Tinggallah cuma nombor² hari jadiku. Perrgh! Menendang dalam bayangan, tanpa sakit tanpa rasa tak dihargai..menghilang diri pasrah dalam pandangan suci, asal jangan dikhabarkan. Kelak merana hati taukan niat di hati. Kiasan seandai nya lah ia bernyawa, maafkan. Diri yang cuba menumpang secubit kasih..terima kasih.
APPAKAH!